06 | Rahsia

595 111 16
                                    

~ If it's Meant To Be ~





          Selesai saja makan malam pada malam itu, Zara mencuci tangan serta pinggannya lalu naik ke bilik dan mendapatkan telefon pintarnya. Ada satu missed call daripada Iqbal.





          'Hm? Kenapa dia call?'

          Tanya hati Zara.

          Dia pun menekan nama Iqbal dalam senarai recent call dan menelefonnya. Beberapa minit bersembang kosong dengan kawannya, Darwisy menguak daun pintu bilik dan masuk ke dalam dan mendapati isterinya sedang menelefon dengan seseorang. Zara yang perasan suaminya masuk ke dalam bilik cuma meneruskan perbualan.

          Lama Darwisy menunggu gadis itu untuk habis berborak namun hampir 20 minit berlalu, mereka masih belum habis berbual. Darwisy membaringkan diri di atas katil dan merehatkan kedua-dua tangannya di belakang kepala.

          "Heih, lamanyaaa. Sembang dengan siapa tu?" Dia bersuara bila dah hilang sabar.

          Zara pun memandang dia dan membuat isyarat sekejap dengan tangan sebelum meneruskan perbualan. Lima minit selepas itu, barulah dia menamatkan panggilan dan membuka media sosial bagi melihat update terkini.

          "Siapa tu? Lama betul bersembang." Ujar Darwisy. Nadanya kedengaran seperti merajuk.

          "Hm? Oh, Iqbal. Hehe.. sorry. Tak tahu pulak awak tunggu saya." Jawab Zara.

          "Hpmh, tak habis-habis dengan si Iqbal tu. Kawan baik ke?"

          "Erm... nak kata kawan baik, tak tahulah. Tapi boleh jadi la."

          "Psh.. sejak bila kenal dengan dia tu?" Darwisy membuat muka tak berminat.

          "Sejak form three. Kitorang start jadi classmate sejak tingkatan tiga lagi."

          "Hmm..." Darwisy hanya bergumam.

          Zara yang perasan mood suaminya berubah terus bertanya.

          "Hah, sebab awak dah tahu pasal kawan saya, bagitahu pulak pasal Rainaa." Katanya dan meletakkan telefon di tepi.

          "Rainaa? Kenapa awak nak tahu pasal dia?" Soal Darwisy pelik.

          "Mestilah nak tahu. Saya kan isteri awak."

          "Eleh... sibuk je. Tak payah."

          "Ala, bagitahu laaa." Zara menarik tangan Darwisy agar bangun dari baring dan mula bercerita.

          "Yelahhh, saya bagitahu." Balas Darwisy malas.

          Walaupun dia mahu melupakan kisah lamanya, tetapi dia rasa isterinya perlu tahu untuk mengelakkan salah faham.

          "Masa bulan Disember waktu saya tingkatan empat..."





~ Flashback ~





          "Awisy... saya ada benda nak bagitahu ni." Kata Rainaa dengan nada sayu. Riak wajahnya pun menunjukkan bahawa dia kesedihan.

          "Bagitahu apa? Kenapa ni?" Tanya Darwisy dengan perasaan empati. Kasihan melihat teman wanitanya bersedih.

          "Sayaaa... saya nak kena pindah rumah dah." Tutur Rainaa.

If it's Meant To Be [ ON HOLD ]Where stories live. Discover now