PHD|05

144 8 35
                                    

Cinta bukanlah bertahan seberapa lama. Tetapi seberapa jelas dan ke arah mana.

•05•







SELESAI Qiyara menghidangkan nasi goreng kepada Daliya, dia duduk bersebelahan dengan anak kecil itu. Hanya meneman Daliya di meja makan. Pada awalnya, Qiyara diminta untuk memasak strawberry waffle. Tapi sayang, ada barang-barang yang tidak lengkap. Jadi, menu akhir untuk sarapan Daliya cuma nasi goreng biasa sahaja. Campak itu ini, siap!

"Papa dah breakfast ke Liya?" soal Qiyara. Baru tersedar bahawa dia cuma menyediakan makanan kepada Daliya. Tak terfikirkan apa yang Adeel makan untuk sarapan.

"Papa jarang makan pagi. Papa tak suka makan pagi. Dia selalu sediakan makanan untuk Liya aje. Lepastu, dia pergi kerja." jawab Daliya. Qiyara yang memasang telinga mengangguk faham. Masuk telinga kanan, tapi tak keluar di telinga kiri. Maknanya, dia tak perlu siapkan makanan untuk duda sewel tu sekalilah. Bagus!

"Auntie dah kahwin?" soal Daliya. Qiyara mengangkat keningnya. Dia tertawa kecil apabila mendengar soalan yang keluar daripada mulut Daliya. Tak sangkakan anak kecil seperti dia akan mengajukan soalan seperti itu.

"Belum, Liya. Tapi auntie dah ada tunang. InshaaAllah lagi lima bulan, auntie akan kahwin dengan tunang auntie tu." jawab Qiyara.

"Handsome ke tunang auntie tu?" soal Daliya lagi. Tercetus ketawa Qiyara. Imran? Gila tak kacak. Siapa aje boleh lawan? Cuba bagitahu. Tak ada siapa! Imran aje yang paling kacak dalam dunia ni.

"Mestilah handsome. Kenapa Liya tanya?" jawab Qiyara. Kemudian, dia soal semula kepada Daliya.

"Liya nak auntie jadi mama Liya. Bolehlah Liya panggil auntie, mama." jawab Daliya. Nah, tersedak Qiyara dibuatnya.

"Auntie tak nak jadi mama Liya?" soal Daliya lagi. Qiyara terbatuk kuat. Apa? Aku? Jadi mama Daliya? Sorry not sorry, memang taklah! Kalau aku jadi mama Daliya, sudah tentu tiap waktu dan detik aku perlu hadap wajah duda sewel tu!

Tak, sekarang....apa yang aku nak jawab ni? Automatik suara aku tak keluar. Ya Allah, bala sungguh!

"Tak bolehlah macam tu, Liya. Auntie dah ada tunang. Mana boleh auntie jadi mama Liya." jawab Qiyara. Harap-harapnya jawapan seringkas itu dapat diterima oleh Daliya. Kelu habis lidah aku, kering otak nak menjawab.

Daliya mengeluh berat. Pinggan makannya ditolak sedikit jauh darinya. Dia bersandar di kepala kerusi.

"Liya dah lama tak rasa kasih sayang seorang ibu....." jawab Daliya. Dia menunduk sedih. Jari-jemarinya bermain antara satu sama lain. Qiyara yang mendengar tak senang duduk. Rasa bersalah pula. Tapi, fikirkan logik, salah aku ke? Rasanya aku tak ada pun buatkan dia menangis. Dan....aku jawab benda yang betul. Tak akanlah aku nak jadi mama Daliya? Tak inginlah nak bersemuka dengan duda sewel itu setiap hari. Mahu sakit jantung nanti.

Qiyara senyum nipis.

"Liya, makan. Sekejap lagi kita mandi kolam. Auntie temankan Liya. Harini, auntie jadi mama Liya. Untuk satu hari aje tahu?" Daliya senyum manis. Laju saja dia mengangguk kepalanya. Lalu, pinggan makannya ditarik semula. Sambung makan, selera baru datang.

SELESAI sahaja Qiyara menemani Daliya mandi di kolam rumah, terus saja anak kecil itu tidur di dalam biliknya dengan bertemankan Qiyara di sisi. Langsung tak boleh berpisah dengan Qiyara. Tersenyum manis Qiyara menilik wajah Daliya. Pipi tembam Daliya dicubit lembut. Kalau anak aku, nak aje aku gigit sampai merah. Sampai tinggal daging pun aku tak kesah!

[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.Where stories live. Discover now