PHD|36

14 3 3
                                    

Dengan sentuhan cinta, semua orang menjadi penyair.


•36•



SELEPAS tikar bersaiz sederhana itu dibentang di atas permukaan pasir, mereka berdua melabuhkan duduk di atas tikar itu. Masing-masing melayan perasaan dengan menikmati angin sepoi-sepoi di pantai cantik ini. Ada pasangan yang sedang berjalan sambil berpimpin tangan di tepi derusan air laut, ada yang bermain kejar-kejaran, ada bermandi-manda, ada juga kanak-kanak yang sedang seronok bermain. Qiyara tersenyum manis, lebar. Kalih ke kiri, tatap wajah Imran yang nampak seperti aman. Tiada masalah.

"Saya rindu awak." ucap Qiyara. Imran terus memandangnya dengan sebuah senyuman.

"Saya cintakan awak." balas Imran. Senyuman manis itu masih tidak lekang dari bibirnya.

"Apa je yang berlaku. Apa je yang awak lakukan dan apa sahaja yang awak akan lakukan, saya akan sentiasa mencintai awak. Sampai bila-bila. Awak sentiasa yang pertama dalam hati saya. Apa je yang saya buat, ke mana saja yang saya pergi, saya akan sentiasa fikirkan awak, sayang." ujar Imran. Kata-kata itu tulus dari hatinya. Dia benar-benar maksudkan semuanya.

Qiyara sorok senyum. "Boleh saya copy and paste je ayat awak tu? Atau forward?" soal Qiyara.

Imran menghamburkan tawa. Suka dengan respon Qiyara. Nampak malu tapi nampak biasa.

"Awak nak dengar pickup line?" soal Imran. Dari posisinya menghadap pantai, dia mengubah menghadap Qiyara. Qiyara angkat sebelah kening, pickup line? Allah, kali terakhir aku dengar pickup line pun sebelum Imran ajak tunang. Klishè sungguh! Malunya!

"Tak nak!"

"Nak? Okey, saya fikir." Qiyara memejamkan kelopak matanya. Dah masak dengan perangai Imran yang tak habis-habis nak buat dia malu. Tangan mula naik menutupi kedua-dua belah pipinya yang sudah mula berona merah. Pandang Imran, lelaki itu sedang sibuk memikirkan idea pickup line yang bakal dilontarkan sebentar lagi. Bersedia ajelah kau, Qiya. Macam tak biasa pula dengan perangai Encik Tunang kau ni.

"Saya dah dapat satu." Qiyara kerut dahi ketika mendengar kata-kata Imran. Matanya meluas.

"Satu?!" soal Qiyara. Laju saja Imran mengangguk kepalanya. Dia ukirkan senyuman. Sinis. Mulutnya senget ke tepi.

"Kenapa? Awak ingat saya punya pickup line ada satu je? Saya prepare sepuluh untuk awak." jawab Imran. Sekali lagi Qiyara memejamkan kelopak mata. Speechless mendengar jawapan Encik Tunang. Allahu, nasiblah aku dapat tunang sweet kalah gula.

"Qiyara, kalau saya boleh susun huruf, saya nak letak U dekat dengan I." kata Imran. Jari telunjuk menghala ke arah Qiyara kemudian menghala ke dirinya sendiri pula. Qiyara yang mendengar, sudah hilang kata-kata. Hampir-hampir gelak, hampir-hampir menangis.

"Poyonya! Awak tanya pakcik google ke? Saya dah pernah dengar ayat tu, tapi tak apa. Saya nampak effort awak. Saya hargai." jawab Qiyara. Dia tergelak suka. Begitu juga dengan Imran. Ketawa sehingga mengeluarkan air mata jernih. Disekanya perlahan.

"Saya bergurau, sayang..." ujar Imran.

"Awak tak payah nak berpickup line dengan saya. Awak cakap biasa pun dah manis." kata Qiyara. Lalu, Imran tersengih suka.

[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.Where stories live. Discover now