PHD|15

106 5 33
                                    

Cinta tidak akan pernah meninggalkan kita sendirian.

•15•









"SAKITLAH, Megat! Lepaskan tangan saya!" tempik Qiyara dengan kuat. Sedaya upaya dia cuba untuk melepaskan genggaman jari jemari Megat pada lengannya. Sakit, ya amat! Kuat sungguh. Dah macam nak terputus segala urat tangan aku. Apa masalah lelaki gila ni? Ingatkan dua tahun hilang menyepi dah senyap. Rupa-rupanya muncul balik.

"Kenapa awak pilih Imran? Kenapa awak tak pilih saya, Qiya? Saya jauh lebih sempurna daripada dia." kata Megat. Qiyara tayang wajah jijik. Gila! Tak habis-habis!

"Apa awak merepek ni, Megat? Imran tu tunang saya! Awak lepaskan tangan saya sekarang!" malangnya, Megat semakin menggenggam lengannya. Sakit tahu tak!

"Belajar untuk terima kenyataan, Megat!" jerit Qiyara.

"Apa yang Imran tu dah buat pada awak sampaikan awak boleh pilih dia berbanding saya?" soal Megat. Qiyara kerut dahi. Tadi masa ada Imran depan mata, kau tak berani pula nak buat macam pada aku. Ini bila Imran tak ada, kau genggam lengan aku macam nak patah! Kau ingat lengan aku ni stereng kereta kau?

"Awak dah gila ke, Megat? Saya cuma anggap awak sebagai seorang kawan. Tak lebih daripada tu!" Qiyara masih lagi sedang bergelut ingin melepaskan lengannya daripada digenggam dengan lelaki berpenyakit psiko itu.

Sejujurnya, air mata aku sudah mula bergelinang ditubir mata. Di saat genting begini, aku boleh lihat depan mata aku yang masyarakat Malaysia memang langsung tak berperikemanusiaan. Sejak awal Megat datang menghampiri aku tadi, tak ada seorang pun yang tolong selamatkan aku. Afeeq mungkin ke tandas atau ke mana-mana. Sungguh nak menangis, aku hanya perlukan Imran sekarang ni.

"Saya gilakan awak, Qiya. Awak sepatutnya pilih saya bukan Imran! Awak milik saya!" bentak Megat kuat. Qiyara tutup mata. Akhirnya, air mata sudah mengalir.

"Awak ni memang gilalah! Psiko!" tempik Qiyara pula.

"Eh, eh! Kau lepas tangan kakak aku sekarang! Kau nak apa ni jantan tak guna?" penangan pernah belajar cara silat suatu ketika dahulu, genggaman Megat diketuk-ketuk menggunakan hujung telefon pintarnya sehinggalah Megat melepaskan lengan Qiyara.

"Afeeq, bagi abang Megat....."

"Wowowo, apa kau cakap? Abang Megat? Puih! Kau tak layaklah aku nak panggil abang. Kau dengan hidup kau boleh pergi mampus! Sekali lagi aku nampak kau cuba kacau kakak aku, nahas kau aku kerjakan!" jerit Afeeq kuat. Kalau tangan ni ringan, dah lama dia melayangkan penumbuk tepat dipipi kanan dan kiri Megat. Tapi, dia bawa bersabar. Tak pasal-pasal dia kena saman pula.

"Qiyara, please? Pilih saya." lengan Qiyara kembali disentuh. Lalu, laju saja tubuh Megat ditolak dengan kasar oleh Qiyara membuatkan Megat mengetap bibirnya. Qiyara teguk liur.

"Awak tolak saya?" Megat jalan semakin menghampiri Qiyara. Afeeq segera menahan tetapi dia pula ditolak kuat sehingga dia jatuh terduduk. Sia-sia ilmu silat yang pernah dia belajar dulu. Sakit punggungku! Lengan Qiyara dicengkam kasar. Sakit yang tak tahu nak ungkap bagaimana.

"Megat, sakit!" air mata Qiyara kembali mengalir. Sekarang dia rasa mahu pengsan. Hampir-hampir gelap semuanya. Dia perlukan Imran. Dia perlukan penyelamatnya.

"Sakit lagi hati aku!"

Lantas tubuh Megat jatuh terbaring di atas lantai. Qiyara terpempan melihat Imran yang menendang tubuh Megat entah dari mana. Jelas wajah Imran tegang dan merah padam. Kedua-dua belah tangannya mengepal kuat sehingga muncul urat timbul dibelakang tangannya. Matanya menjegil tajam memandang Megat yang sudah terbaring lemah.

[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.Where stories live. Discover now