PHD|40

13 4 5
                                    

Cinta adalah ruang dan waktu yang diukur oleh hati.

•40•





PAGAR rumah dibuka oleh Afeeq. Dialah orang pertama keluar daripada kereta dan dia jugalah orang pertama yang masuk ke dalam rumah selepas mengucapkan terima kasih kepada Imran.

"Umi nak siram pokok sekejap." kata umi membuatkan Qiyara mengangguk kepalanya. Qiyara membawa masuk telefon pintarnya ke dalam beg tangan.

"Imran, saya nak masuk dalam sekejap nak solat lepas tu saya terus nak pergi rumah Adeel. Awak nak balik terus ke?" soal Qiyara. Imran pandang jam tangannya.

"Saya nak sembang dengan umi berdua sekejap. Lepas tu saya balik la. Awak pun dah lambat pergi rumah Adeel ni." ujar Imran. Kunci keretanya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Tangannya ditongkatkan di atas pagar rumah.

"Itulah, Adeel bagi masa maximum sampai zuhur je. Tak sempat nak keluar dengan awak." kata Qiyara. Dia memeluk kotak hadiahnya.

"Tak apalah. Nanti saya bagitahu Adeel kenapa awak lambat. Awak pergi la naik atas buat apa yang patut. Saya nak sembang dengan umi." kata Imran. Senyuman manis dilemparkan kepada Qiyara sebelum gadis itu masuk ke dalam rumah bersama dengan hadiah istimewanya. Umi yang sedang menyiram pokok dihampiri. Dia tersenyum nipis.

"Umi, Imran nak cakap dengan umi sikit boleh?" soal Imran. Umi terus menutup pili air dan berhenti menyiram pokok. Tangannya yang sedikit basah dilap pada bajunya.

"Imran nak cakap apa tu? Jom la kita sembang kat dalam." kata umi. Laju saja Imran menggeleng kepala.

"Tak apa, umi. Kita cakap dekat sini je la." balas Imran. Umi ikutkan saja. Imran senyum nipis. Rasa gelisah menjamah hati. Senyumannya berubah menjadi kelat. Sekelat hatinya.

"Demi kebahagiaan dan keselamataan Qiyara, Imran dah buat keputusan untuk putuskan pertunangan ni." kata Imran, nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya. Dia memandang umi dengan sejemput kehampaan yang ternyata di air wajahnya. Hatinya luluh.

"Apa maksud Imran? Kenapa tiba-tiba nak putus tunang?" soal umi terkebil-kebil. Nadanya biasa, tapi dia terkejut dengan perkhabaran yang tak dijangka itu. Rasa seperti mimpi. Sukar untuk dia percaya. Baru tadi Imran bermesra dengan mereka satu keluarga, tiba-tiba dapat berita buruk daripada lelaki itu.

Astaghfirullah

Umi terkedu.

"Imran minta maaf, umi. Imran rasa ni yang terbaik untuk Qiya." ujar Imran. Imran tersenyum lagi. Namun, senyumnya tidak mampu menutup mendung yang menyeliputi wajahnya. Umi menghembus nafas berat. Dia menggeleng kepala dengan kening yang bertaut rapat.

"Tapi kenapa sampai nak putuskan pertunangan, Imran? Apa yang terjadi sebenarnya ni?" soal umi. Imran diam. Hatinya terkatup rapat. Terlalu berat mulut ini untuk menjawab pertanyaan umi.

"Qiya layak bahagia dengan orang lain, umi. Imran tahu siapa suami Farah. Dan, Imran dah jumpa dia. Qiya pun dah jumpa dia. Imran tak nak Qiya lepaskan peluang untuk tunaikan permintaan Farah. Imran nak Qiya hidup bahagia, umi." jawab Imran.

"Umi nampak Qiya bahagia dengan Imran." balas umi. Saat itu, hati Imran pecah seribu. Kata-kata itu menikam terus ke jantung. Bukan sebab itu umi, bukan sebab itu Imran lepaskan Qiyara. Imran terpaksa demi keselamatan orang yang Imran sayang. Hidup Qiyara akan lebih sengsara.

[COMPLETED] Neverending Heart: Pujaan Hati Si Duda | kth.Where stories live. Discover now