Selang beberapa hari selepas peristiwa itu, mereka semua meneruskan hari-hari mereka seperti biasa.
Lie dan Himari sedang duduk di beranda rumah Puan Monika.
Himari : "Kau sudah okey ke, Lie?"
Lie : "Aku sudah okey. Janganlah risau. Bisa itu sudah keluar sepenuhnya daripada badan aku. Jangan risau."
Himari merenung ke arah belakang leher Lie. Terdapat kesan gigit yang kelihatan sangat dalam parutnya akibat daripada kegiatan Doku.
Akan tetapi Himari langsung tidak terfikir apakah yang telah Doku lakukan kepada Lie sehingga tertinggalnya kesan sedemikian rupa. Barangkali sesuatu yang semestinya menyakitkan.
Himari : "Agaknya apa yang Doku sudah buat dekat kau ya? Parut dekat belakang kau kelihatan agak serius, Lie."
Lie : "I can't think straight at that moment. Yang pasti minda aku memikirkan sesuatu yang sangat menyakitkan."
Tidak lama kemudian, Puan Monika berjalan menerpa ke arah mereka berdua.
Pn. Monika : "Nenek ada buatkan air koko suam ini. Minumlah."
Lantas Puan Monika meletakkan dulang yang berisi dua gelas air koko suam di sebelah Himari.
Himari : "Terima kasih, nenek."
Puan Monika pun duduk di samping Lie dan Himari. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya, Lie terus memandang tajam ke arahnya seperti adanya sesuatu yang tidak kena. Tindakan spontan Lie menarik perhatian Himari.
Himari : "L... Lie? Kenapa ini?"
Lie tidak menjawab persoalan Himari. Malahan dia semakin mengetatkan pandangannya ke arah Puan Monika. Himari semakin ragu-ragu dengan reaksi Lie tika itu.
Himari : "Lie. Kau okey tak?"
Lie : "Ada orang lain dekat sini."
Membutang anak mata Himari mendengarkan kata-kata Lie. Boleh dikatakan dia hampir tidak mempercayai apa yang telah diperkatakan oleh Lie.
Himari : "Apa yang kau cakapkan ini, Lie?"
Lie : "Siapa yang ada dengan kau ini, orang tua?"
Himari : "Lie! Aku sudah bagi amaran tentang berkurang ajar dekat nenek?"
Pn. Monika : "Tidak mengapa Himari. Memang ada sesuatu yang nenek nak bagitahu kamu berdua."
Himari yang baru sahaja naik darah dengan tindakan Lie sebentar tadi terus kembali membisu apabila Puan Monika berkata sedemikian. Apakah yang cuba disampaikan oleh Puan Monika sebenarnya?
Himari : "Apa maksud nenek?"
Lie : "Ada lagi makhluk 9 dimensi."
Himari sekali lagi terdiam. Dalam masa yang sama, Puan Monika menganggukkan kepalanya tanda mengiakan kata-kata Lie.
Himari : "Dekat mana?"
Himari mencari-cari bayang apa-apa makhluk yang mencurigakan. Tidak lama kemudian, terdapat seekor makhluk bersisik sebesar tapak tangan melompat daripada bahu Puan Monika.
Lantas makhluk yang mendarat dihadapan mereka bertukar menjadi seorang lelaki berkulit hijau. Alangkah terkejutnya Himari dan Lie tika itu.
Chikau : "Ohaio! Watashi no namaeha Chikau."
*Hai! Nama saya Chikau.*
Lie terkaku mendengar lelaki tersebut berbicara dalam bahasa Jepun. Bahasa yang cukup dia tidak suka.
YOU ARE READING
Unknown Cat : The 1st Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/THRILLER) [Book 1] Pernahkan anda mendengar misteri si kucing hitam? Benarkah keberadaan kucing hitam petanda nasib malang? Kehadiran kucing hitam dalam kehidupan Himari sudah memorak-perandakan segalanya. Namun begitu, ku...