Lie sudah bersiap dengan meriamnya. Bila-bila masa sahaja senjata itu akan memuntahkan pelurunya.
Berdebar-debar jantung mereka semua menyaksikan aksi itu. Adakah bakal adanya nyawa yang terkorban kali ini?
Secara tiba-tiba Lie hilang imbangan dan rebah ke tanah. Meriam yang telah dijelmakannya juga terus melesap begitu sahaja.
Perlawanan itu tamat tanpa mereka sedari.
Himari : "Lie!"
Himari meluru terus ke arah Lie. Tubuh Lie yang melekit dengan darah tidak dihiraukan lagi lalu disandarkannya pada bahu.
Himari : "Kenapa nenek sanggup berbuat semua ini? Nenek jangan menghalau dia pergi. Kalau nenek menghalau dia pergi, saya akan pergi sekali ikut dia. Saya tidak peduli."
Puan Monika hanya menyaksikan Himari yang berteriak di sisi Lie. Tidak terkata dia melihat betapa sayangnya Himari terhadap Lie.
Chikau : "Gomennasai!"
*Minta maaf!*
Chikau duduk melutut dan membongkokkan tubuhnya ke arah Himari. Tindakan Chikau itu telah membuatkan Himari sedikit tergamam.
Chikau : "Maaf. Mungkin aku berkasar sangat dengan dia. Aku hanya mahu sampaikan berita sahaja. Tidak sangka boleh bertukar sampai begini."
Himari : "B... berita?"
Himari terkaku dengan kenyataan Chikau. Apakah yang hendak disampaikan oleh Chikau?
Chikau : "Kurayami no joo hendak memulakan serangan dalam masa terdekat ini."
Himari : "Alamak.... Apa yang kita perlu lakukan? Kita masih belum temui keenam-enam makhluk 9 dimensi terpilih lagi."
Kepanikan terus melanda Himari apabila mendengar berita buruk daripada Chikau.
Chikau : "Itulah apa yang aku nak sampaikan. Ada seseorang yang aku nak kau jumpa."
Himari : "Apa? Sebelum itu.... Kau ini siapa sebenarnya?"
Chikau : "Aku ini tiada sesiapa. Hanya menyampaikan berita daripada dunia 9 dimensi. Nampaknya peperangan Kurayami no joo bukanlah peperangan yang biasa-biasa."
Himari hanya merenung wajah Chikau. Langsung tidak terbayang situasi sebenar peperangan itu. Barangkali itulah peperangan yang paling dashyat yang manusia pernah hadapi.
Pn. Monika : "Himari.... Nenek minta maaf. Marilah bawa Lie masuk ke dalam. Nenek akan merawatnya."
Himari seaakan-akan sudah tawar hati dengan neneknya. Namun setelah berkali-kali dia di pujuk, dia tidak tergamak untuk berdendam lama dengan nenek yang sudah lama membesarkannya.
Mereka dengan penuh berhati-hati membawa Lie yang dalam keadaan cedera parah itu ke dalam rumah. Puan Monika merawat Lie dengan penuh rapi di dalam rumah.
Hampir beberapa jam berlalu, Lie perlahan-lahan bangun daripada pengsannya. Bunyi keluhannya jelas kedengaran bergema di dalam bilik.
Himari : "Lie. Kau sudah bangun.... Baguslah. Aku risau sangat yang aku akan kehilangan kau."
Lie : "Himari.... Apa yang sudah berlaku?"
Lie melihat keseluruhan tubuhnya sudah berbalut dengan kain pembalut luka. Bau ubat-ubatan tradisional kuat menusuk ke dalam hidung.
Himari : "Kau kena belasah dengan Chikau. Teruk sangat kau kena belasah...."
Lie : "Hmm.... Aku nak duduk."
YOU ARE READING
Unknown Cat : The 1st Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/THRILLER) [Book 1] Pernahkan anda mendengar misteri si kucing hitam? Benarkah keberadaan kucing hitam petanda nasib malang? Kehadiran kucing hitam dalam kehidupan Himari sudah memorak-perandakan segalanya. Namun begitu, ku...