Himari : "Jemput makan!"
Lie : "Master? Tak rasa yang hidangan ini terlalu banyak ke?"
Meja makan Puan Monika dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan berasaskan ikan.
Lie yang masih berversi kucing itu masih membisu memerhatikan hidangan kegemarannya yang terhidang elok di atas meja. Tangki air liurnya mulai melimpah. Sungguh lama dia tidak makan semewah ini.
Himari : "Aku masak ini khas untuk kau, Lie. Kau tak perlulah nak memanggil aku master. Panggil sahaja Himari."
Lie : "Himari?"
Himari : "Ya."
Pn. Monika : "Jarang kita makan banyak macam ini."
Himari : "Saya teruja."
Makanan sudah terhidang elok, mereka pun mengambil tempat di meja makan itu.
Himari : "Sekarang ini, lebih baik nenek berterus terang dengan saya. Saya ini bukan cucu nenek ke?"
Wajah hampa jelas tertampak pada wajah Himari. Kunyahan Puan Monika juga terhenti apabila Himari bertanyakan soalan sedemikian.
Himari : "Lebih baik nenek berterus terang."
Nafas hela dilepaskan oleh Puan Monika.
Pn. Monika : "Biar nenek cerita bagaimana nenek boleh bertemu dengan Lie."
Langsung Puan Monika mengisahkan semula pengalamannya sewaktu dia pertama kali berhadapan dengan Lie dan Himari.
🌸🌸🌸
Di sebuah hutan belantara yang begitu tebal, Nenek Monika membelah semak samun untuk mencari hasil rezeki untuk makan malamnya.
Pn. Monika : "Cendawan. Rasanya saya makan sup cendawanlah malam ini."
Walaupun hanya serimbun cendawan, namun sudah memadai untuk memenuhi kehendak perutnya pada tika itu.
Tidak lama kemudian, kedengaran suara teriakan bayi yang kuat bergema di langit. Pada awalnya, Puan Monika terasa meremang apabila mendengarkan bunyi teriakan itu.
Namun diusahakan agar berani mencari dari mana datangnya bunyi teriakan itu. Memandangkan langit masih jelas tertampak meningkatkan lagi keberaniannya.
Dari semak ke semak, Puan Monika mencari suara teriakan bayi itu tanpa berputus harapan. Sehinggalah dia menemui jasad seorang lelaki yang sedang terniarap di atas tanah.
Pn. Monika : "Eh? Siapa pula itu?"
Puan Monika memberanikan diri untuk mendekati lelaki tidak bernama itu. Di samping lelaki itu, terdapatnya seorang bayi perempuan yang tidak henti-henti menangis dari tadi.
Pn. Monika : "Adik? Kamu tidak apa-apa?"
Melihatkan keadaan lelaki itu yang begitu tidak bermaya, Puan Monika segera menghulurkan bantuan.
Pn. Monika : "Hmm.... Kenapa kamu berkeliaran di dalam hutan dengan membawa budak kecil ya? Tidakkah bahaya?"
Omel Puan Monika di sebelah jasad lelaki tidak bernama itu yang masih tidak menyedarkan diri.
YOU ARE READING
Unknown Cat : The 1st Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/THRILLER) [Book 1] Pernahkan anda mendengar misteri si kucing hitam? Benarkah keberadaan kucing hitam petanda nasib malang? Kehadiran kucing hitam dalam kehidupan Himari sudah memorak-perandakan segalanya. Namun begitu, ku...