Keesokan paginya, Himari bergerak untuk ke sekolah. Memang tidak dinafikan perasaan takut masih mengerumuninya. Akan tetapi Lie langsung tidak lekang darinya.
Himari : "Lie.... Kau pasti ke yang kau nak terus mengekori aku?"
Himari memandang ke atas tembok di mana Lie sedang mengekorinya dalam bentuk kucingnya.
Lie : "Aku akan lindungi kau tidak kira apa jua yang berlaku. Lagipun aku ini berbentuk kucing. Tiada sesiapa yang akan memandang aneh ke arah kita berdua."
Himari terus membisu apabila mendengarkan kata-kata Lie. Tanpa dia perasan, dia terlanggar seorang lelaki dihadapannya.
Himari : "M... maaf."
Lelaki itu memandang tajam ke arah Himari.
"Hei, buta ke apa?"
Lelaki itu berkeras hendak menampar pipi mulus Himari. Dengan pantas Lie bertukar ke bentuk manusia dan menepis tangan lelaki itu.
Lie : "Get your dirty hand off from my girl!"
Terkejut lelaki itu apabila dia mendapati Lie yang entah daripada mana menepis kasar tangannya.
"Kau ini siapa?"
Tanpa menjawab persoalan lelaki itu, Lie terus mendaratkan bilah kunainya pada leher lelaki itu.
Lie : "Aku mungkin malaikat maut yang akan mencabut nyawa kau sebentar lagi."
Himari yang berada dibelakangnya sudah menelan air liur dek kerana terlalu gerun dengan ketegasan Lie tika itu. Apatah lagi lelaki yang menjadi mangsa ugutan Lie itu.
Lintang-pukang lelaki itu berlari pergi daripada situ.
Himari : "L... Lie.... Tak apa ke kau buat begitu?"
Lie : "Tch! Makhluk 6 dimensi ini memang perangai lebih busuk daripada makhluk 9 dimensi."
Himari : "Apa pun, terima kasih."
Sesudah itu, Himari meneruskan perjalanannya ke sekolah.
🌸🌸🌸
Lie duduk di pohon pokok sedang memerhatikan pemandangan.
Lie : "Sekarang sudah hampir musim panas...."
Lie menarik nafas dalam cuba untuk menghirup udara segar di situ. Namun begitu, lain yg di hirup, lain yang diperolehinya.
Anak mata Lie terus terbuka luas di kala derianya mengesan bahawa dia tidak bersendirian.
Siapakah yang berada bersamanya?
Lie : "Makhluk 9 dimensi...."
Lie sejurus itu berpaling menghadap bangunan kelas Himari. Segala derianya ligat mencari dari mana datangnya aura yang cukup mengganggu itu.
Aura itu datang dari seorang guru perempuan berambut panjang lurus hitam yang berada tidak jauh daripada kelas Himari. Alangkah terkejutnya Lie melihat sendiri usaha makhluk 9 dimensi untuk mendekati Himari.
Lie : "Dia... dia menyamar jadi manusia! Haa!"
Lie kini ligat mencari kelibat Himari.
Lie : "Himari...?"
Himari sedang duduk di dalam kelasnya dan bersiap untuk belajar. Silih berganti pandangan Lie ke arah Himari dan makhluk 9 dimensi yang sedang menyamar itu.
Gerak kaki makhluk itu hendak di atur ke arah kelas Himari. Jantung Lie mulai berdegup dengan kencangnya.
Lie : "No way. Adakah dia menyamar sebagai cikgu yang akan mengajar Himari selepas ini?"
YOU ARE READING
Unknown Cat : The 1st Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/THRILLER) [Book 1] Pernahkan anda mendengar misteri si kucing hitam? Benarkah keberadaan kucing hitam petanda nasib malang? Kehadiran kucing hitam dalam kehidupan Himari sudah memorak-perandakan segalanya. Namun begitu, ku...