B A B D U A

376 29 9
                                        

831 word

_____

AKU duduk disalah sebuah kerusi didalam kafe kosong. Maklum saja, hari ini Ahad jadi cutilah perkerja-perkerjaku itu. Adra pula sudah pulang ke rumah sebaik saja menghantarku ke sini. Seketika, keluhan dilepaskan. Wajah diraup seraya memejamkan mata.

Tak sangka, orang yang aku sayang curang dibelakang aku. Ingatkan dalam drama aje benda ni wujud, rupa-rupanya realiti pun ada juga spesis lelaki tak sedar diri nak curang walhal muka macam pinggan. Pinggan pun lebih kacak daripada dia!

Ting!

Loceng berbunyi menandakan seseorang membuka pintu kafe. Terus mata dilarikan memandang manusia yang baru melangkah masuk. "Assalamualaikum." Dia menyapaku dengan memberi salam. Bibir itu menguntum senyum manis.

"Waalaikumussalam," balasku perlahan. "Cik Fira buat apa dekat sini?" soalnya berdiri disebelah kerusiku. "Sepatutnya saya yang tanya awak, Firash. Apa hajat datang kafe hari ni? Public holiday pun nak kerja ke?"

Firash tertawa halus. "Erm... boleh saya duduk?" Aku mengangguk. Dia mengambil tempat berhadapanku. "Saya datang nak ambil barang tertinggal. Dan..."

Mata itu galak merenung wajahku seperti mempunyai sesuatu ingin diluahkan.

"Dan?"

"Saya ingat nak cakap dekat Cik esok je, tapi memandangkan Cik Fira ada dekat sini saya cakap sekarang je lah," ujar Firash lalu membetulkan duduknya. Aku merenung seraut wajah itu. Manis saja. Bibir pula sentiasa dihiasi senyum manisnya.

Aku tahu, ada segelintir perkerjaku tangkap cintan pada si Firash ni. Siapa saja tak terjatuh cinta bila mamat ni asyik tersenyum aje kerjanya. Sudahlah punyai senyum yang mampu cairkan hati para gadis, baik hati dan ringan tulang pula tu.

Firash antara perkerja kesayanganku. Hampir 2 tahun berkhidmat denganku, membuatkan kami rapat seperti kawan baik. Kadang kala, dia menjadi tempat aku meluah rasa. Selalu beri nasihat. Dan tak dinafikan, aku sayang dia.

Tetapi sebagai kawan saja.

Untung betul perempuan yang bakal bergelar isteri jejaka ini, dapat suami sempurna dari segi fizikal dan mental
Agaknya nanti kencing manis isteri Firash sebab asyik menghadap senyuman manis dia ni.

"Cik Fira, saya tahu saya handsome. Tapi janganlah renung macam tu. Naik segan saya dibuatnya." Firash menggosok belakang tengkuk. Aku pula terus melarikan anak mata.

Ottoke, malu betul kantoi tenung anak teruna orang! Kalau ibu tahu ni mahu diperli anak dara gatal!

"Err... cepatlah cakap apa yang awak nak cakap tu. Saya dah nak balik ni." Air muka dikawal tenang walaupun malu menebal dalam hati. Tak apa, benda boleh berlagak selamba jadi kita berlagak selamba je!

"Saya nak berhenti kerja..."

"Saya tak salah dengar ke ni?"

Firash menggeleng. "Kenapa tiba-tiba je ni? Gaji selama ni tak cukup ke? Ataupun awak tak selesa berkerja dibawah saya?" Mood tiba-tiba berubah menjadi serius.

"Bukan tentang tu, Cik. Alhamdulillah, gaji yang Cik beri semua cukup untuk saya."

"So what's your reason nak berhenti kerja tiba-tiba?" soalku seraya menyilang tangan ke dada. Kali ini mata tak lepas memandang dia. Sungguh, aku keliru. Gaji dah cukup aku beri jadi apa lagi alasan dia nak berhenti?

"Macam mana eh nak cakap?" Firash menggaru kening. Bibir pula dikemam. Aku perhatikan saja tingkah serba tak kenanya itu. "Macam mana nak cakap? Buka mulut, keluarkan suara. Atau awak nak saya buat tutorial dulu?"

Firash sudah tertawa. Amboi, orang sedang serius boleh pula dia ketawa. Nasib handsome! Kalau muka macam Huzair tu dah lama aku kasi flying kick.

"Tak lama lagi saya nak kahwin, jadi saya rasa dah tiba masanya untuk saya cari kerja yang sesuai."

Aku tersentak. Bukan alasan Firash yang difokuskan malah ayat 'tak lama lagi saya nak kahwin' itu menggamit perhatianku. "Awak nak kahwin, Firash?" soalku meminta kepastian. Mana tahu aku salah dengar, kan?

"Ya," jawab Firash sambil tersenyum nipis. "Wah, tahniah! Siapa perempuan bertuah tu? Tak nak kenalkan pada saya ke?" soalku tak menyabar. Teruja pula bila dapat tahu Firash nak kahwin.

"InshaAllah, nanti ada masa saya bawa Cik Fira bertemu dia," ujar Firash. Aku pula tak putus-putus senyum. Lupa sebentar dengan masalah yang menyakitkan jiwa raga tadi.

"Apa nama dia? Mana tahu saya kenal?"

"Sya."

"Takkan Sya je?"

"Syafira."

Jantung bagai terhenti seketika. Renungan Firash melata diwajahku. Kemudian, dia tertawa kecil. "Nama dia Syafira, sama macam Cik."

Nama je yang sama kan? Bermaksud bukan aku. Fuh, mujur Firash jelaskan. Kau pun satu, Fira. Macamlah nama 'Syafira' tu kau sorang aje! Berlambak lagi manusia nama sama. Otak ada untuk fikir jangan buat perhiasan je!

"Jadi... boleh ke saya nak berhenti kerja?" Perlahan dan penuh berhati-hati Firash menyoal. Aku mengherot bibir. "Kalau ikutkan saya tak rela lepaskan awak pergi. Tapi demi kebaikan awak dan bakal isteri awak, saya terpaksa lepaskan juga. Lagipun, berkerja dengan saya ni berapa sen sangatlah awak dapat. Dah kahwin, ada anak mesti banyak keperluan untuk keluarga awak perlu beli. Kemungkinan besar gaji yang saya beri ni tak cukup pun untuk awak tampung keluarga. Tak apalah, satu je saya nak pesan... jangan lupakan kawan awak yang cantik ni. Nanti kahwin jangan lupa jemput. Saya nak seat VVIP tau!"

Seperti biasa, Firash hanya tertawa. Bila lagilah agaknya aku boleh dengar ketawa Firash ni? Selama dua tahun, halwa telingaku sudah terbiasa dengan kehadiran tawa itu.

Entahlah, rasa berat hati pula mahu lepaskan dia pergi.

FIRA DAN FIRASHWhere stories live. Discover now