B A B E M P A T

252 27 77
                                        


887 word

____

"HAI!"

Firash tersenyum. "Cik Fira buat apa dekat luar ni?"

Aku tersengih. "Erm... sambut awak?" Perlahan-lahan aku menapak ke arahnya, mata tidak lari dari terus menatap parasnya yang tampan itu.

"Sambut saya?" Dahi itu berkerut. Aku mengangguk saja. "Dah, jangan banyak bunyi. Tutup mata sekarang." Kaki selamat memaksi tanah betul-betul dihadapannya. Aku sedikit mendongak untuk memandang dia. Maklumlah, Firash ni tingginya kalah tiang elektrik tepi jalan tu.

Seperti yang diarahkan, Firash memejam matanya tanpa banyak soal. Segera sleeping mask warna-warni dengan mata unicorn yang disembunyikan olehku dibelakang badan aku pakaikan ke matanya.

Aku melangkah ke belakang beberapa tapak. Tangan selamat mendarat menekup mulut. Bahu pula terhinjut-hinjut seiring ketawa halus disebalik tekupan tangan berbunyi.

Ya Allah, comel betul bakal suami orang ni!

Telefon dikeluarkan dari poket lalu menangkap beberapa keping gambar Firash. "Err... Cik? Kenapa tutup mata saya?" soal Firash sedari tadi diam kaku.

Aku segera memasukkan kembali telefon ke dalam poket dan mendekatinya. "Nanti awak tahulah. Sekarang, awak jalan ke depan."

Firash menggaru kepalanya. Dia bergerak ke depan. Tanpa sedar, kakinya memijak sebutir guli yang entah muncul dari mana. Sikit lagi mahu tersadung dan bergolek seperti nangka busuk, tetapi dengan cepat aku membantunya.

Pinggangnya aku rangkul dari sisi menghalang dia terjatuh. Ah, aku berani nak rangkul pinggang anak teruna orang  pun sebab berlapik je. Kalau tak jangan harap. Memang tergolek menyembah lantailah Firash ni jawabnya.

Nafas Firash sedikit memberat. Dapat aku dengari degupan jantungnya yang melantun deras. Terkejut sangat lagaknya. "Saya ada dekat sini, awak jangan risau." Aku menjaminnya. Pinggangnya aku lepaskan. Ni kalau 'Syafira' bakal isteri Firash tahu aku pegang bakal suami dia, mahu kena kejar dengan parang.

Aku memegang hujung baju Firash membantu dia untuk bergerak. Sesekali mata mengerling ke bawah, risau pula kali ni ada kulit pisang sesat. Pelik betul, dari manalah guli tadi muncul? Musykil aku.

"Okay, dah sampai!"

Aku tersenyum memandang perkerjaku yang sudah bersedia dalam posisi mereka.

"Satu!"

"Dua!"

"Tiga, buka!"

Sebaik saja menanggalkan sleeping mask yang melindungi mata Firash, Afiq, Irhan, Fariz, Hana, Dina dan Aini terus membaling telur ke arah Firash. Aku yang tak tahu menahu tentang plan nak membaling telur turut terkena tempias telur hanyir itu.

Wajah mulai berubah menyinga. Firash pula tertawa saja walaupun hampir keseluruhan tubuhnya diliputi cecair likat itu.

"Kenapa korang main baling-baling telur ni?!" Suaraku memetir dilangit sekaligus mematikan tawa riang mereka.

"Err... tak boleh ke, Cik Fira?"

Tak boleh ke? Tak boleh ke dia tanya?! Dah tahu jawapan lagi nak menyoal. Dapat sekor-sekor memang aku cekik budak ni.

"Kita plan nak baling belon aje kan? Ni sampai nak baling telur dah kenapa? Korang tahu tak, harga telur sekarang mahal. Kalau aku tahu stok telur dekat dapur tu berkurang, memang aku layang penampar maut dekat korang!"

Jari dituding ke wajah seorang demi seorang yang sudah menunduk. "Tapi, tak ekstrim lah setakat baling belon je. Baling telur baru ada feel." Suara Fariz melantun dideria pendengaranku.

Aku mencekak pinggang. "Menjawab! Nak kena potong gaji ke?!"

Fariz menggeleng laju. "Werk, padan muka kena marah dengan Cik Fira."
Hana disisi Fariz sudah tertawa mengejek.

"Kau tak payah ketawakan orang, Hana. Nak join Fariz kena potong gaji?"

Hana turut menggeleng. "Dah, sebelum majlis perpisahan Firash bertukar jadi majlis tahlil korang, baik kemaskan balik segala telur yang bersepah ni! Sembur pewangi sekali. Habis hanyir kafe aku korang kerjakan."

___

"Cik ni boleh tahan garang ye?"

Kek batik yang baru mencecah lidah terkaku sebentar. Aku memusingkan tubuh menoleh pandang Firash. Seperti biasa, dia tersenyum. "Garang?"

Firash mengangguk. Aku menggaru kepala. "Dah dua tahun awak berkerja dengan saya, baru hari ni tahu saya ni garang?"

Seiring berbicara, potongan kek batik disuap ke dalam mulut. Aku terleka sebentar dengan keenakan kek batik itu.

"Mak saya cakap, perempuan garang-garang ni lambat dapat jodoh."

Serta-merta kunyahan terhenti. Betul ke?

Jadi... usiaku yang sudah mencecah 26 tetapi belum memiliki pasangan hidup itulah penyebabnya? Sebab aku garang? Adakah 'penyakit' garang aku ni juga menyebabkan Huzair berpaling pada yang lain? Begitu?

"Tak apalah, lagipun saya masih tak bersedia nak pegang status isteri. Okaylah tu jodoh lambat datang." Tenang aku membalas walhal dalam hati sudah merunsing. Siapa saja tak takut jodoh lambat sampai? Takkan aku nak kahwin pada umur 40 tahun? Orang lain dah ada cucu, aku baru nak menimang anak.

Tak nak aku!

Air muka Firash sedikit berubah. "Tak bersedia?"

Aku mengangguk lambat-lambat mewakili jawapan. Sekali lagi kek batik disuap ke dalam mulut. Tiba-tiba, Dina berdiri dihadapan meja aku dan Firash duduki. Ditangannya terdapat sebuah kotak berukuran separa kecil. "Firash, saya ada sesuatu nak beri dekat awak," ujar Dina seraya menghulurkan kotak tersebut.

"Apa ni, Dina?"

"Hadiah sebagai tanda perpisahan." Riak keruh Dina direnung olehku. Sah, memang dialah salah seorang perkerjaku yang tangkap tangkap cintan dekat Firash. Macam mana aku tahu? Heh, sekilas ikan di air sudahku tahu jantan betinanya.

Firash buka penutup kotak. Aku pula dengan gaya busy body mengintai-intai sedikit, ingin tahu apa isi dalam kotak pemberian Dina.

"Err... Kasut baby?"

Aku ketawa lepas. Sebelah kasut bayi berwarna merah jambu ditangan Firash aku rampas. "Kau bagi kasut baby, Dina?"

"Cik Fira janganlah gelak. Okay apa saya bagi kasut baby. Boleh nanti anak Firash pakai. Dia kan... dah nak kahwin."

Firash tersenyum saja. Kasut bayi tadi kembali dimasukkan ke dalam kotak.
Melihatkan wajah sendu Dina, makin galak aku ketawa. Kesian member, frust crush dah nak kahwin!

_____

Nah, ni sleeping mask yang Fira pakaikan dekat Firash

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Nah, ni sleeping mask yang Fira pakaikan dekat Firash. Cute ahaii hahahahhaa

FIRA DAN FIRASHWhere stories live. Discover now