B A B S E P U L U H

189 26 89
                                        


956 word

_______

"TIGA bulan lagi kahwin?!"

Aku memegang kepala yang mula berdenyut. Sikit lagi mahu terkeluar jantung apabila mendengar jangka masa aku dan Firash akan melangsungkan perkahwinan sesingkat itu.

Gila! Tiga bulan tu dia ingat lama ke?

"Iya, angah jangan risau. Baju pengantin dan aksesori kawan ibu sponsor. Barang hantaran kita boleh gubah sendiri. Pelamin... nanti ibu beritahu Uncle Josh, biar dia settle kan. Angah dan Firash cuma perlu ukur badan untuk baju, beli barang-barang untuk hantaran. Itu saja," ujar ibu panjang lebar.

"Ad, aku nak pengsan." Aku menyandar kepala dibahu Adra dengan gaya lemah. Enak saja dia mengunyah kerepek pisang. Dari dia sampai rumah aku semalam sampailah hari ini, kerjanya hanya mengunyah kerepek je.

"Wah, untung kau Fi. Semua ibu dah aturkan," kata Adra teruja mengabaikan ungkapanku yang berpura-pura ingin pengsan.

"Nanti kalau Adra nak kahwin ibu boleh tolong apa yang patut. Bagitahu je pada ibu," ujar ibu sambil tersenyum.

Adra sudah terbatuk-batuk disebelah. Aku pula diam memerhati seraya menyumbat kerepek Adra ke dalam mulut.

"Ad tak ada calonlah, ibu," ucapnya setelah batuk reda.

"Abang Fira masih available lagi. Kalau Adra nak, ibu boleh bagitahu Syazriel. Ibu pun dah lama berkenan dengan Adra. Sesuai sangat kalau kamu berdua kahwin."

Rona wajah juga sudah berubah merah menyala. Botol berisi kerepek pisang sudah selamat dialihkan dipangkuanku.

"Baguslah tu, bu. Boleh buat majlis angah dengan Adra serentak. Kau tunggu jap, Ad. Aku call along." Aku tersengih mengusik berura-ura ingin menelefon along.

"Isy, janganlah, Fira!" Telefonku dirampas oleh Adra. "Biarlah aku call. Along tu pun belum ada calon. Okay lah tu, kau single dia pun single. Kahwin je lah."

Adra mencebik. "Memandai je kau. Mana tahu dia dah ada makwe?"

"Tak adalah, along tu sibuk sangat dengan kerja dia. Doktor lah katakan. Asyik bedah pesakit je kerjanya tak ada masa nak fikir cari makwe. Baik kahwin terus. Kalau ibu suruh kahwin dengan kau, confirm dia terima punya. Siapa je tak nak dekat member aku ni? Comey lote!" Pipi Adra dicubit kuat.

Adra menjerit sambil menepis tanganku. Dia diam sejenak sebelum menggapai tanganku. "Kalau macam tu... assalamualaikum, bakal adik iparku." Adra mencium tanganku bertalu-talu. Aku menolak bahunya dengan kasar seraya mengelap tangan dibaju. Ibu pula sudah mengekek ketawa.

"Deal eh, kita kahwin sama-sama?" soalku dengan kening yang dijongket. Masih dalam mood bergurau. Adra mencebik. "Aku belum sedia nak kahwinlah. Eh kau, tadi bukan main pegang kepala gaya nak pengsan. Sekarang seronok pula usik aku?"
Aku memuramkan wajah dan kembali bersandar dibahunya. Kepala dipegang. "Betul lah aku nak pengsan. Selamat tinggal dunia, bakal pengantin perempuan nak pengsan dulu. Gerak lu pape roger."

"Isy, tak payah mengada. Tu, cuba tengok siapa dekat depan pintu tu?" Jari Adra melunjur tepat ke arah pintu rumah yang terbuka. Kelihatan figura manusia sedang bersadar santai ditepi pintu memeluk tubuh sambil merenung ke arahku.

Firash.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam, eh bakal biras! Sila masuk." Selamba Adra memperlawa Firash masuk. Aku memandang Adra. Amboi, tadi bukan main kata tak bersedia nak kahwin. Tahu-tahu panggil Firash bakal biras dia.

"Firash duduklah dulu, ibu hidang air sekejap." Ibu menghilang ke dapur untuk membancuh minuman.

"Baik, ibu." Bibirku terjongket kecil. Sibuk je panggil ibu orang ibu!

"Fira." Firash menyeru namaku. Aku palingkan muka tak memandangnya. Masih bengang perihal semalam. Dasar Firash gatal! Gila! Penghuni hospital bahagia yang terlepas!

"Fira oh Fira," panggilnya lagi.

Aku menjeling. Main oh-oh pula. Pelangkung kepala tu baru tahu!

"Fira, mana tudung?"

Pertanyaannya membuat aku tak bergerak seketika. Terus kepala diraba. Aku mula panik apabila menyedari bahawa kepalaku tak dilitupi oleh sebarang kain untuk menutup auratku. Adra disebelah menutup wajahku dengan kusyen menghalang Firash dari melihatku.

"Jangan tengok!" Jeritku sambil tangan automatik bergerak membaling barang di sekelilingku termasuk botol kerepek pisang.

"Ya, tak tengok pun!" Firash mengelak balinganku lalu pusing ke belakang. Aku memanjat sofa sebelum terjun sembunyi dibelakang sofa.

"Awak keluar dulu! Saya nak naik ke bilik, jangan cuba-cuba pandang kalau tak nak kena karate dengan saya. Faham?!" arahku bernada tegas.

Dari belakang sofa, kelihatan Firash curi-curi pusing. "I said and I did, Firash! Awak memang nak kena karate ke?"

Firash tertawa. "Tak nak, saya keluar dulu."

Aku mendengus. Perangai dia ni boleh tahan ya? 3 bulan lepas normal saja, hari ni macam terlebih gila pula.

Tanpa berlengah, kaki dijejak mendaki tangga. Rambut yang diikat gaya ekor kuda aku leraikan lalu menyanggulnya. Tudung sarung dipakai, aku kembali turun ke ruang tamu.

"Mana mamat tu?" soalku kepada Adra. "Dekat luarlah. Tadi kau juga yang halau dia."

Tak membalas kata Adra, aku berjalan ke luar rumah mencari kelibat manusia yang satu itu. Kaki menapak ke arah Firash yang duduk digazebo ditepi rumah. Elok bersila sambil memerhati aku yang mendekat.

"Hai," tegurnya sambil tersenyum. Aku mencemik muka. "Apa hai-hai? Nak kena tampar?"

"Garangnya bakal isteri saya ni."

Aku mencebik. "Ada apa awak datang sini?"

"Jumpa bakal isteri saya. Awak sihat?" soalnya lembut. "Tak. Tak sihat!"

"Kenapa? Awak demam ke?"

"Tak, sebab tengok muka awak terus rasa tak sihat. Dengar suara awak tu buat saya rasa mual, nak muntah. Tengok senyuman awak, saya rasa macam nak toreh bibir awak. Tengok mata awak, saya jadi sakit. Sakit sampai rasa nak korek-korek biji mata awak tu!"

Seperti biasa, dia hanya tertawa perlahan. "Rasa sakit tengok muka saya tu sebab saya terlalu kacak. Awak rasa nak muntah dengar suara saya sebab suara saya merdu bak buluh perindu. Awak rasa macam nak toreh bibir saya sebab senyuman saya manis dan boleh mencairkan hati awak. Awak sakit sebab tengok mata saya sebab awak takut terkena panahan cinta daripada mata saya, kan? Dari mata, jatuh ke hati. Awak takut perkara tu berlaku. Betul tak?"

Aku ternganga. Terasa seperti ada batu besar didalam mulut membuatkan aku terus membisu seribu bahasa.

Firash ni betul ke tak?

Perasannya!








_____

Hyeee! Nak ckp, saya senanye kehabisan idea pastu tak ada mood nak menulis, tak ada mood nak bukak wattpd. Sebab tu lambat update. Eceh nipu. Pak cik Oyen sekendel saya, mne pernah tak ada mood nk bukak wattpd hehe

Pastu, ada masalah. Fira terkena gangguan mental hagagagga. Asyik rasa nak marah je, hari-hari takde mood. Lepas makan je mood jadi helok haha. Silap haribulan awak jumpa saya dekat hospital bahagia dengan Firash hahahaha la tibernya

Thanks sebab sudi baca, vote dan komen cite kelisye ni. Tanpa reader, siapalah saya. Even saya tahu reader saya sikit je sokay, saya amat hargainya. Ada jugak yg sudi baca hekhek.

Ocay, no bebel ii.

Bubyeee, enjoy your reading bebeh! *bagi minilob(。’▽’。)♡

*maka tamatlah luahan perasaan seketul kanak-kanak ribena yang kesepian yini heueuueue

FIRA DAN FIRASHWhere stories live. Discover now