676 word_______
"AYAH dah ada calon untuk angah, esok ayah balik kita bincang..."
Ayat ayah berlegar-legar dilembaran fikiran. Tangan naik menggaru kepala. Apa patut aku buat supaya rancangan ayah bawa calon suami pilihannya untukku gagal?
Serasa masih terlalu awal untukku menyandang status isteri.'Tapi umur kau dah dekat 27 tahun, Fira. Masih tak sedia? Kalau macam tu sampai ke tua lah kau membujang. Nak ke digelar anak dara tua tak laku? Bila muka tu dah mula berkerut, tiada siapa nakkan kau lagi. Nak?' Hati pula membidas pedas.
Aku memegang dada. Sakitnya tuh disini...
"Jadi, aku kena terima ajelah calon yang ayah nak kenenkan dengan aku tu?" soalku kepada diri sendiri. Apa yang aku rasa sekarang hanyalah buntu, keliru, buntu dan keliru.
Rambut aku kusutkan dengan kasar. Sakit otak fikir tentang ni!
Ting!
Notifikasi berbunyi menandakan seseorang menghantar mesej kepadaku. Lantas aku mencapai telefon di atas meja. Mesej baru masuk seminit lalu daripada nombor yang tidakku kenali dibuka.
011- 45812943
+ Ali suka air tebu,
Adam suka air soya,
Wahai anak dara Pak Cik Abu,
Nak tak kahwin dengan saya?Aku mengecilkan mata. Terpampang sebuah ayat berupa pantun. Bibir mengherot ke kiri dan ke kanan. Amboi nak mengayat pun agak-agaklah, salam pun tak bagi.
Jari-jemariku laju menari diatas papan kekunci telefon.
+ Waalaikumussalam
Perlian dalam diam aku tujukan kepada dia. Akhirnya, hanya tanda biru ataupun dalam bahasa inggeris, bluetick saja menghiasi dada skrin.
Aku cebik bibir, geram. Sakitnya putus cinta, sakit lagi apabila di bluetick.
Sudahnya telefon aku lempar ke atas katil diikuti tubuhku. Nampaknya aku perlu tunggu dan lihat saja calon bakal suamiku yang dipilih oleh ayah.
Eh, sebentar. Anak dara Pak Cik Abu? Mana manusia tu tahu nama ayah?_____
"HAH, angah. Turun pun kamu."
Aku yang sedang menuruni tangga hanya tersengih. Sampai saja diruang tamu, tangan ayah aku tarik lalu salam. "Ayah baru sampai ke?"
Ayah mengangguk. "Duduk sini, ayah nak cakap sikit."
Mata aku mulai terkebil-kebil. Cakap?
Err... tentang semalamkah?Agak-agak kalau aku nak pecut lari naik ke bilik semula sempat tak?
Mahu tak mahu, aku berjalan perlahan ke arah sofa bertentangan ayah. Kusyen kecil diatas sofa aku dakap erat. "Ayah nak cakap tentang apa tu?" soalku berpura-pura tak tahu. Walhal sudah boleh tebak, tentu ayah nak berbincang soal semalam.
Ah, takut!
"Tentang calon suami untuk angah yang ayah katakan semalam." Ayah senyum segaris. Disebalik senyumannya itu, terselit beribu makna.
"Err... okay. Jadi?"
"Angah setuju kalau ayah jodohkan angah dengan dia?"
Kepalaku menggeleng laju. "Tak setuju?" Wajah ayah mula mencuka. "Eh, setuju-setuju." Laju bibir mengucap jawapan lain yang boleh menyenangkan hati ayah. Tengoklah, tersenyum lebar terus orang tua tu.
"Tapi ada syarat!"
"Apa syaratnya?"
"Angah nak tengok muka dia. Ayah ada gambar?" Nak juga tengok muka calon pilihan ayah tu. Mana tahu aku kenal?
"Ayah tak ada gambar." Tenang ayah membalas. "Kalau tak ada gambar, biar angah jumpa dia." Lantas aku membalas.
"Tak perlu, waktu dia datang meminang nanti angah tengoklah muka dia. Lepas kahwin pun tenunglah muka dia puas-puas, boleh dapat pahala lagi."
Aku mencemik muka. Ish, tak kuasa aku nak tenung muka calon pilihan ayah tu. Kahwin? Itu pun kalau ciri-ciri lelaki idaman aku ada pada calon pilihan ayah.
Boleh bimbing aku sehingga ke syurga.
Murah dengan senyuman.
Soft spoken.
Tinggi lebih daripadaku. Iya lah, kalau suami lebih pendek dari aku tak ke susah? Kalau aku nak minta dia ambilkan barang ditempat yang tinggi macam mana?
Dan yang penting, tidak baran. Kalau aku baran, dia pun baran memang sebulan saja sudah bercerai-berai aku dan dia.
Calon pilihan ayah ada ciri-ciri di atas? Jika ada, tak perlu tunggu dia yang meminang aku. Aku sendiri yang pergi meminang dia.
Kalau tiada? Say bye-bye to anak dara Sayf Abu!
"Dah habis berbincang?" Ibu muncul dari dapur sambil menatang dulang berisi minuman panas dan biskut kering. Dulang itu kemudiannya diletakkan diatas meja berhadapan sofa. Pantas aku mencapai cawan berisi air milo lalu menyisipnya.
"Sudah, angah setuju. Esok keluarga Jamal datang meminang. Terus
bertunang."Air milo yang baru melalui kerongkong terasa tersekat. Maka, tersembur keluarlah cecair coklat itu. Mujur saja tak menyembur muka ayah dan ibu. Kalau tak, mereka tak mengaku aku anak lagi.
Okay, masalahnya... esok?!
_____
Nombor telefon tu rekaan semata-mata. Jangan pergi call pulok. Kang ada orang jawab saya tak tau HAAHAHAHA
Paling parah orang tu jadi jodoh kamu PFT-
Dah lah, susah bila otak asyik nak samakan dunia realiti dengan kisah dalam novel. Ocay bye!

YOU ARE READING
FIRA DAN FIRASH
Short Story"Ali suka air tebu, Adam suka air soya, Wahai anak dara Pak Cik Abu, Nak tak kahwin dengan saya?" ______ Kata ibu, aku ni garang sebab itulah jodoh lambat sampai. Tapi... kedatangan seseorang dirumahku dengan hajat ingin menyunting bunga ditaman te...