Menjauh (III:exposure)

203 6 3
                                    

Satu demi satu cerita yang kau anggap benar terungkai membuat kita akan menjauh-sejauhnya,aku takut saat ada yang datang memberi tanda aku akan menjauh dan rasanya sakit disaat aku tahu kau takkan pernah dipihakku

.

.

.

Ardi membenci eommanya kerana peristiwa yang pernah terjadi di depan mata.Baginya Puan Jung adalah sosok yang menjadi pemula titik hitam di hidupnya.

Dan sekarang,Puan Jung datang seakan tiada apa-apa yang berlaku.Yang Ardi tahu,setelah bercerai dengan suami barunya yang kaki pukul dan muflis beberapa tahun lalu,Puan Jung malah tak sedar diri datang dan menuntut wang padanya.

Alasan kenapa Ardi tetap tinggal dengan Tuan Bae adalah kerna dendamnya pada lelaki paruh umur itu,dia akan pastikan suatu hari nanti dia akan membalas semuanya pada Tuan Bae,hanya saja dia masih budak untuk bertindak semahu nya sekarang.

Dan satu hal yang pasti,Ardi membenci gelaran Jung Jaehyun kerna itu gelaran yang menghantuinya,yang ia tahu Jung Jaehyun hanyalah sosok lemah yang melihat appanya dibunuh didepan mata dan punya trauma mendalam dengan apa yang berlaku dihidupnya.

Kerna itu Jaehyun menukar gelaran nama nya kepada Ardia,setidaknya dia boleh menjadi orang baru walaupun sekadar berpura- pura walhal dia takkan boleh melupakannya.

Malam-malam dia akan menatap siling kamar biliknya tanpa berkedip.Siling putih itu bagai kamera yang membuka semula memori tirai silam yang pernah terjadi dihidupnya,bermula bagaimana diusia kecil dia harus belajar untuk hidup berseorangan tanpa kasih sayang orang tua,dan kemudian kematian appanya yang tak berbalas dengan keadilan,perbuatan kutuk Eommanya yang mata duitan dan memperalatnya untuk kepentingan diri,hingga akhirnya dia jatuh ke Tuan Bae yang memperlaku kan nya bagai suruhan.Rakaman itu akan berulang-ulang tiap malam hingga nafasnya sesak dengan juraian air mata sebagai pelampiasnya.

Ardi mula rasa dunianya semakin kelam, dia memejamkan mata,cuba untuk tidur seketika dan meninggalkan realiti sekarang tanpa sedar cairan bening mula menggunung dikedua mata.

"Aku takut"itulah ayat yang kerap meluncur dari mulut Ardi setiap malam. Otaknya akan menyerah upaya pula untuk menenang diri dari realiti nyeri itu,maka muncullah pula lintasan sosok gadis yang datang menenangkannya disisi.Gadis bernama Kim Hara,yang hadir menenangkannya dari kejaran masa silam.

Saat itu dia sedar,Masih belum masanya menyerah,hatinya kini menyisakan cinta pada gadis itu,jadi dia cuba bertahan. Matanya pejam pelan hingga cairan itu jatuh dari kedua kelopak mata.

Ya.Dia menangis dalam tidurnya.
.

.

.
"Kau tahu aku pernah didatangi seorang lelaki gagah tempoh hari,dia mula bertanya tentang Ardi"Tuan Bae memulakan perbualan ketika mereka duduk di warung kedai makan.

"Mereka cari sosok dari kecil hingga remaja untuk melatih mereka dengan pelbagai skill dan melakukan kerja di bawah mereka,aku tak tahu kerja apa yang pastinya ini berkaitan dengan pekerjaan gelap"ucap Tuan Bae kepada Puan Jung.

"Dia tertarik dengan Jaehyun sebab dia tak biasa melihat sosok kecil seperti Jaehyun boleh berdikari dan bekerja di pelbagai tempat di usia mudanya,kau tahu dia sudah memerhati Jaehyun dari dulu lagi"sambungnya lagi.

"Siapa mereka sebenarnya?"Tanya Puan Jung.

"Dia perkenalkan diri dia sebagai Samm, tapi semewah dirinya pun dia hanyalah orang bawah yang ditugaskan untuk memerhati Jaehyun, dia kata Jaehyun orang yang berpotensi untuk bekerja di bawah mereka, Jaehyun matang tak seperti namja seusianya, mereka rasa Jaehyun sosok tepat sebagai pemuda yang akan menjayakan misi gelap mereka"

UNKNOWN Where stories live. Discover now