Pengakhiran Ardi

222 5 2
                                    

Dalam tempoh 3 hari,aku bertemu 3 jenis watak,kawan yang pertemuan dengannya singkat namun perjalanan nya sama menyedihkan,sosok yang berani mempertaruhkan dirinya dan memberiku peluang,dan satu watak yang akan mendorong diriku jatuh ke jurang dalam selamanya.

-Jung Ardia

.

.

Kau..."Ardi terkejut bukan main,dia spontan terbangun dan cuba mengesot untuk menjauh walaupun tempat mereka agak sempit.

"Tenang,aku takkan bunuh kau" kata namja itu santai.

"Macam mana kau tahu aku disini?"

"Tak susah,kau lari sejauh mana pun aku akan dapat jumpa kau,dunia ini tak besar mana pun"katanya lagi,dia melihat cuaca diluar,hujan sudah tak selebat tadi tapi rintikkannya masih laju membasahi bumi.

Dia kemudian berpaling melihat Ardi kembali.

"Kau tau kita berada di Encheon?jauhnya sudah 40km dari tempat asalmu,kau benar-benar hebat dalam melarikan diri"puji namja itu dengan senyuman.

"Berterus terang bagaimana kau tau aku disini!!"bentak Ardi.Sudah beberapa hari dia melarikan diri dan dengan mudah nya namja ini menjumpainya?

"Fikir sendiri"katanya santai,Dia kemudian membuka roti di tangannya.
"Semenjak kau lari 3 hari lalu,aku tak sempat makan tau"katanya sebelum menyunggah rotinya.

"Jangan banyak berteka-teki lagi!"

"Mestilah..Dragoba bukan orang yang mudah ditebak"

"Dragoba?"

"Ya"namja itu menyelak lengannya. menunjukkan tatoo berbentuk pedang dengan api yang menyala."Ini lambang Dragoba"

"Itu..."Ardi terdiam melihat lambang itu.Entah kenapa dia seakan pernah dengar tentang lambang ini lagipun dengan melihatnya saja cukup membuatnya faham akan kemunculan namja di depannya sekarang.

"Jadi kau lah orang jahat yang berurusan dengan Tuan Bae,kalian yang beli aku kan?"bersamaan dengan itu,Ardi mula menelan ludahnya gugup."Jadi kau datang untuk tangkap aku?"

"Tak juga,kau lihatlah aku,aku bahkan tak bawa sebarang senjata,tiada perakam suara untuk merekod suara kita dan aku tak ada kelengkapan yang membantu mereka akses lokasi kita disini,jadi tenang"

Melihat Ardi yang masih takut-takut, pemuda itu mengambil masa untuk membalas walau dia tahu jawapannya adalah hal yang memang Ardi fikirkan.

"Tenang..aku tak seperti yang kau fikir kan,aku bukan tipe yang mengheret paksa mangsa tambah lagi dia masih budak mentah"katanya sebelum intensi nya tertumpu pada susana hujan diluar.

"Mahu keluar?diluar masih hujan."kata namja tampan itu,intensinya teralih ke luar.

"Apa kau mahu ubah topik aku?"kata Ardi kesal bilamana namja itu tak menjelaskan lebih padanya dan lebih memilih menikmati suasana dingin sekarang.

UNKNOWN Where stories live. Discover now