Menjauh (IV:Lost)

193 7 2
                                    

Rasa kehilangan,bersendirian, hal yang paling menakutkan untuk sesiapa sahaja,terutama dari orang yang kau cintai,dan aku cuba perjuangkan hal itu dari terjadi, tampaknya..semua serasa sia sia.
.

.

.

"Hara.."belum sempat Ardi melanjutkan kata-katanya,gadis itu terus melangkah pergi meninggalkannya,dia cuba mengejar yeoja itu namun Hara sudah menaiki keretanya dan berlalu pergi.

Detik itu,Ardi merasakan dunia berhenti. Dia terduduk di atas tanah bila lututnya melemah tak mampu untuk menampung diri lagi, secara tak sedar keringat mula membasahinya.Ia takut..ia takut Hara salah faham,gadis itu melabelnya jahat dan meninggalkan keseorangan seperti dulu.

Sungguh Ardi tak mahu Hara pergi meninggalkannya tambahan lagi ayat terakhir dari gadis itu..

"Ardi..aku...benci kau"

Kalimat itu benar-benar menamparnya keras.Menamparnya agar dia sedar yang ketakutan terdalamnya sudah muncul memakan diri.Ketakutan kehilangan Hara.

"Tidak....."

Dan setelah itu Ardi menangis semahu nya,ia meraung,menjerit sekuat hati,tak menghiraukan kalau ada jiran tetangga lalu-lalang melihat keadaannya yang menyedihkan,jiwanya hancur-lebur  mengingatkan reaksi dan ucapan dari Hara.

Jauh disana Tuan Bae menarik semula Puan Jung yang tersungkur untuk kembali berdiri."Baik kau pergi dari sini,Jaehyun tak suka kehadiran kau,dia akan bertindak gila lagi"

"Yah,kalau macam tu,aku nak menetap dimana lagi?!"

"Menetap sajalah dimana-mana hotel dulu,aku dah bagi kau wang kan?"getus Tuan Bae.

Puan Jung merengus kasar,sesekali dia menyapu kasar tanah yang masih melekat di lengannya."Sepatutnya kau harus beriku lebih,kau tak tahu betapa penatnya aku berlakon"
.

.

.

.
Perkara pertama yang Ardi lakukan tika sampai di sekolah adalah mencari gadis itu.Dan langkahnya terhenti melihat Hara sudah mengambil tempat di bahagian lain,bukan lagi disebelahnya.

"Noona kenapa kau berpindah tempat.. tempat Noona kan disebelah Ardi?" Kata Ardi tika Hara ralit bersembang dengan rakannya yang lain,namun gadis itu hanya memandangnya sinis sebelum kembali bersembang dengan rakannya yang lain.Tak pedulikan Ardi seakan ia tak wujud.

Bukan saja Ardi terluka namun teman Hara yang lain juga perasan akan sikap dingin gadis itu namun mereka tak berani menyampuk sama sekali.

Ardi kembali berjalan menuju tempat duduknya,hatinya rasa tersayat.Kenapa rasanya begitu mudah?begitu sajakah Hara membencinya?waktu rehat juga gadis itu sudah tak bersamanya lagi,atau boleh diringkaskan gadis itu benar-benar menjauh darinya sekarang.

Ardi orang yang kuat dan tak mempeduli kan orang disekeliling dan sekarang kerana gadis itu,dia ingin menangis didepan ramai.Iya disatu sisi,Ardi mulai rapuh,kelibat Jung Jaehyun,masa silam nya yang lemah dan menyedihkan dulu kini dapat dirasakannya semula.Rasanya sakit sekali.

Ardi mengenggam erat tangannya cuba mengalurkan rasa sakit yang ia terima dalam hati.
.

.

.

Tika bunyi loceng menandakan jam pulang,semuanya mula berkemas dan meninggalkan kelas,hingga tak ramai yang tersisa lagi,blok-blok koridor juga sudah mula sunyi tanpa murid.

UNKNOWN Onde as histórias ganham vida. Descobre agora