Menjauh (II:Counting)

183 10 0
                                    

Hal yang terperit aku lakukan adalah mencintaimu dan masih memilih untuk berpura-pura,disaat kabut hitam semakin menghampiriku,aku lihat kau jauh disana,aku mula takut akan segala hal yang membunuhku sedalamnya,dan tampaknya itu semakin dekat

.

.

.

"Mana budak tu,dia pergi macam tu saja tanpa ambil sebarang upah?"keluh Nyonya Tya sebaik selesai sambutan anaknya.

Niatnya mahu ke belakang melihat namja yang diupahnya namun tiada kelibat satupun pekerja disitu itu malah meninggalkan bersih halaman tanpa menuntut sebarang upah.

"Kenapa Eomma?" Hara mendekati Nyonya Tya sambil mendukung kucing parsi bewarna putih susu pemberian Haeri.

"Eomma ada upah namja lelaki ni untuk bersihkan halaman belakang rumah tapi dia pergi begitu saja lepas bersihkan semua,apa dia lupa dia datang sini untuk dapatkan wang?"

"Eomma pernah lihat dia?"

"Ada sekejap tadi,lebih kurang sebaya Hara tapi dia sedikit pendek dari Hara, eomma lihat dia tekun bekerja tadi jadi eomma tak mahu menganggunya dan sekarang dia malah menghilang lepas dah bersihkan semua"

Hara meng-o-kan saja sambil memeluk kucing pemberian Haeri,entah kenapa ciri fizikal yang dikatakan eommanya mengingatkan ia pada seseorang..sosok itu terdengar familiar baginya.. takkanlah?
.

.

.
Ardi termenung sambil berjalan menyelusuri jalan sunyi,langkahnya tak laju,tak juga perlahan.Dia tak percaya apa yang ia lihat,bukan sahaja saingan nya di sana tapi..gadis yang dicintainya juga ada disitu.

Dan apa yang lebih menusuk hatinya adalah kata-kata yang keluar dari gadis itu.Mengingatnya kembali buatkan lutut nya lemah,Dia cuba menahan dirinya dari tak mengeluarkan air mata.Dia tak boleh selemah itu.

Demi rasa sayangnya yang masih bernyala pada seseorang,Ardi akan berpura-pura semuanya masih baik. Katakan dia bodoh untuk bersikap kuat yang nyatanya hanya sosok lemah dan rapuh,Ardi hanya tak mahu rasa kehilangan lagi.

Ya.Kehilangan

Ardi mengepal tangannya geram seraya memberhentikan langkah kala terhenti di satu rumah yang agak besar.Rumah milik Lee Haeri.

Terasa seperti rakaman di fikirannya tentang adegan tadi membuatkan hati nya serta-merta rasa terbakar.

Kebetulan,Ardi melihat sosok kucing yang keluar dari halaman rumah Haeri,sosok kucing yang tak kalah jauh mirip seperti pemberian namja itu ke Hara,entah kenapa terlintas sesuatu di fikirannya sekarang.

"Beri kau sedikit pengajaran rasanya tak buruk"
.

.

.

Dia tak tahu apa yang tak kena dengan dirinya,mungkin kerna trauma dimasa lalu yang membawanya menjadi sosok kejam atau sikapnya yang terlalu memendam dendam hingga ia ditahap luar kemanusiaannya,kadang ia akan menjadi hal yang menakutkan untuk siapa sahaja

"Kucing je pun?dia jerat sampai putus kepala, kucing je pun Tuan Bae kata?" Nyonya Lee meninggikan suara dihujung talian.

"Nanti aku bayar,dua kali ganda harga kucing jalanan yang kau kutip tu"

"Ini bukan harga,ini pasal __"

Panggilan dimatikan,telefon dicampak ke atas katil.Tuan Bae merengus geram sebelum meluru kebilik Ardi.

UNKNOWN Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα