Bab 16

210 11 0
                                    

Nia rasa berdebar tatkala mahu masuk ke dalam ballroom hotel.

"Nia kau ok?" Soal Anje. Diorang dah berbaik sejak Alis dan Nia berjumpa dengan Anje 2 hari lepas. Itu pun sebab Anje dipaksa turun ke KL untuk try baju. Dress Anje , Alis dan Nia berbesar hati untuk taja.

"Entah lah. Cuak sikit. Tak tahu kenapa."

"Eyyyy orang datang sebab majlis sekolah bukan majlis kawen kau." Nia memukul lengan Alis.

"Kau tak faham. Sebab kejap lagi untuk pertama kali aku pakai macam ni depan crush aku!!!"

"Siapa? Nain? Eh haah lah. Aduhhhhh. Aku harap harini hari bertuah untuk korang."

"Aamiin. Untuk korang juga. Ni si Alis ni bukan ada crush juga ke?"

"Tapi dia takde malam ni. Hmmm" Dengan lafaz Basmallah mereka bertiga masuk ke dalam setelah menunjukkan kad jemputan kepada penjaga pintu.

"Ya Allah beb cantik betul diorang deco. Memang Grand betul ni. Banyak ek duit sekolah." Mereka duduk di meja bulat yang sudah ditetapkan nama masing-masing.

"Anje, aku cantik tak? Tudung aku ok?" Nia masih lagi dengan insecure nya bila tengok rata-rata kawan nya pakai cantik-cantik.

"Ya Allah kau ni. Sumpah kau cantik. Aku pun belum pernah nampak kau cantik macam ni. Nia... kalau macam ni kau pakai, silap hari bulan boleh kalahkan Husna." Nia diam. Dia akui pakaian dia malam ni sangat-sangat 'solehah'. Rizki lah punca nya!

Seperti kebiasaan majlis perpisahan pelajar lah ada persembahan dan anugerah. Jujur Nia tak nak harapkan apa-apa. Takut kecewa.

Nia tak banyak bergerak pun. Dia lebih selesa duduk di mejanya sambil memerhati orang. Tanpa sengaja dia terpandang Nain yang duduk selang beberapa meja darinya.

'Handsome nya jodoh aku ya Allah.'

Pap! Mata bersabung mata. Cepat-cepat Nia pandang tempat lain. Jantung usah cakap. Laju!

Nia cuba kawal hati dengan fokus pada makanan. Sedap Oi menu dia. Tak lupa juga persembahan malam itu semua menarik.

"Lagu ini saya nyanyikan khas untuk seseorang yang duduk di meja belakang yang dari tadi fokus makan. Berbaju muslimah, dan sangat menawan. Terima lah..." nia pandang pentas.

Haikal?

Walaupun Nia tahu ucapan itu ditujukan untuk nya tapi Nia pura-pura tak tahu. Sebab dia tak mention nama kan?

"Masyuk ah Nia. Sweet doh Haikal." Ahmad menegur dari meja depan. Nia pandang pelik. Lagi pelik bila banyak mata memandang Nia.

"Weh asal ramai pandang aku?" Alis memainkan matanya sebagai hint untuk aku pandang belakang.

GOSH!

"Nah bunga." Haikal meletakkan bunga di atas meja lalu terus berlari naik ke atas pentas semula. Sambung nyanyi.

Kepala hotak dia!!!!

'Laki aku nampak nanti bongok!'

Nia memandang Nain namun hampa Nain berbual dengan orang disebelah. Tak nampak Nia ke?

Moment yang paling menyakitkan hati Nain bila tengok Haikal buat macam tu pada Nia. Takut Nia perasan, maka cepat-cepat Nain berbual dengan kawannya.

"Ok sekarang tibalah masa yang ditunggu. Kita pergi pada anugerah pakaian tercantik malam ni." Suara MC bergema 1 dewan. Semua bersorak riang.

"Aku syak kau Nia." Kata Anje semangat.

"Jatuh kepada cik Husna binti Abd Rahman. Dipersilakan ambil hadiah." Nia terdiam. Saat seluruh dewan bersorak namun hati Nia bagai disiat.

"Sorry Nia. Tapi takde lah cantik pun Husna tu."

"Dah lah korang. Jangan pressure aku macam ni. Kau tahu aku ni kuat insecure kan?"

"Anugerah seterusnya ialah anugerah student top lelaki. Lepastu akan bersambung dengan student top perempuan. Pemenang ini adalah hasil undian semua pelajar batch kita. Student top bagi majlis kita malam ni jatuh kepada......."

"Ya Allah Nain yang selayaknya menang. Tunjukkan kuasa Mu Ya Rabb." Hati Nia bersuara.

"Ketua pelajar kita Nain! Tahniah!" Sebut je Nain semua bersorak macam kena histeria. huh! Nia senyum dalam diam. Macam tu je Allah makbulkan doa dia?

"Come on aku harap lepas ni nama Nia!" Alis memejamkan mata.

"Trust Me Husna dapat. Aku nak gi toilet ni. Bye."

".........Dijemput Cik Rania kita dari kelas 5 Fatanah untuk naik ke pentas."

Wait. Nia pandang Alis dan Anje. Serious ke?

"Nama kau Nia!!!! Cepat lah pergi."

"Tudung aku ok?" Anje angguk teruja. Bukan dekat nak menapak ke pentas tu. Makan masa. Nia macam speechless. Sepanjang berjalan tu dia tak habis-habis sebut nama Allah.

Ramai yang bersorak untuk Nia. Bila dah kat atas pentas terus gigil 1 badan. Crush diri sebelah kot. Tapi adalah jaraknya.

"Dah boleh turun ke?" Soal Nia kepada Kawannya yang berada di atas pentas juga.

"Kejap. Kita nak tangkap gambar top student." Dah tak pasal-pasal cameraman kat depan suruh aku ready dengan hadiah bersama Nain di sebelah.

GOSH! Mimpi indah.

'Aku gantung gambar ni besar-besar dalam bilik.' Nia mula memasang niat.

c | Takdir Tuhan Where stories live. Discover now