Bab 22

260 11 0
                                    

       "Along." Mama masuk ke dalam bilik Nia. Nia masih elok berguling di atas katil. Lepas subuh tadi Nia masih menyambung mimpi.

       "Bangun lah mandi. Kejap lagi tetamu kita sampai." Nia diam.

       "Siapa?"

       "Bakal keluarga baru Nia." Nia diam. Faham tu faham Tapi macam sedih pula.

       "Mama dah tak Sayang Nia eh? Kenapa mama papa paksa Nia macam ni? Nia beban eh?"

      "Ya Allah Nia. Ni kan untuk masa depan Nia. Macam ni, Nia tunang dulu. Kalau tak sesuai, putus lah cara baik."

     "Ok. Mama Doakan Nia." Mama angguk sambil tersenyum. Kepala Nia diusap. Selepas mama keluar, Nia masih pegun memandang siling.

        Nia duduk di hujung katil dalam keadaan berdebar. Mama cakap ready je kalau bakal mak mentua Nia nak sarung cincin. Haihh.

       Nia mula berdiri. Memandang diri sepenuhnya melalui pantulan cermin panjang. Nia memakai baju kurung modern yang elok terletak pada badan. Dah lama sebenarnya beli, Tapi tak pakai. Hikmah lah kot pakai time tunang. Heh.

Tok tok. Nia kembali duduk di katil.

     "Assalamualaikum." Nia pandang ke arah orang yang memberi Salam. Tak tahu Kenapa wajah itu tenang sangat. Dari Segi pakaian, nampak macam biasa je. Wanita sebaya mama duduk disebelah Nia. Wanita itu Tak nampak tua. Bertudung labuh menutup dada. Bukan macam tudung sekolah tu. Bergaya Tapi menutup. Faham?

       "Ni Nia ke?" Nia angguk. Tangan Nia dipegang oleh wanita itu. Nia pandang wajahnya silih berganti dengan wajah mama yang berdiri disebelahnya.

     "Nia tahu kenapa umi datang ni?" Umi? Muka blur Nia membuatkan wanita itu ketawa perlahan.

      "Panggil je saya ni Umi. Nia kan bakal menantu umi. Nia, setuju nak jadi menantu umi? Tanpa paksaan." Nia diam sebelum angguk. Mana mungkin dia mahu malukan mama.

      "Alhamdulillah. Umi nak sarung cincin. Bismillah." Akhirnya cincin selamat ditempatnya. Nia menyalami wanita yang bergelar umi lalu tanpa disangka umi mencium dahinya.

     'Ya Allah, baiknya wanita didepan aku ni sampaikan aku rasa kasih Sayang dia mengalir.' Bisik hati Nia.

       "Wahhhh tak lama lagi nak jadi bini orang lah." Rizki mula menyakat ketika nampak Nia sedang makan di dapur.

       "Eleh padahal kau yang suka sebab bila aku dah kawen, baru mama papa bagi kau kawen. Kan?"

      "Haah. Nasib kau faham."

      "Alaaa sedih nya adik macam ni. Along Angah nak kawen." Mereka memandang adik bongsu sambil ketawa.

      "Nanti kau kawen lah." Bersahaja angah berkata.

      "Adik kecik lagi lah. Adik nak duduk bawah ketiak mama dulu." Tercetus ketawa mereka. Bertuah punya adik!

       "Ngah! Aku masih tak tahu lagi siapa tunang aku ni. Kau tak nak bagi aku gambar dia?"

      "Ada. Kejap aku sent kat WhatsApp."

Ting.

Angah
[picture]

      Tersedak nasi dibuatnya bila Nia tengok gambar tu. ini ke? Ya Allah tak nak kawen.

      "Suka ?"

      "Weh serious ah? Aku bukan nak body shaming tau. Tapi..... aku Tak kira aku nak putus gak. Bodoh lah kau ngah. Tak boleh cari yang elok sikit ke? At least cari yang ok sikit. Kau Tak nak ada anak buah yang good looking ke?"

      "HAHAHHAAH bongok punya Nia. Kau ingat kau cantik ke ? Kira ok lah dia nak kau. Kalau Tak, andartu kau sampai tua."

     "Tak baik doh kau ngah hina aku macam tu. siapa lah aku ni nak pertikaikan urusan Allah."

c | Takdir Tuhan Where stories live. Discover now