Bab 38

231 9 0
                                    

Genap sebulan Selepas kes perang dingin dengan Nain. HAHAHAH gaduh Sebab benda kecik je. Sekarang dah ok. Siapa minta maaf dulu? Mestilah Encik Nain. Jarang lah perempuan ngaku salah. Tapi last-last kena ceramah sikit dengan suami sendiri. Yela Sebab menangkan ego.

"Ha tersengih-sengih. Ingat laki ke? Amboiiiii kalah pengantin baru." Sergahan Arif mengejutkan Nia. Nia terus membetulkan duduk.

       "Oi tak reti ketuk pintu ke?"

        "Hello? Siapa kena ketuk? I anak boss ok."

       "Anak Tak anak. Arif... seronok kan kawen? Eh tahniah tau. Makanan haritu sumpah sedap. Aduhhh lapar lah macam ni."

      Akhirnya Arif Selamat jadi suami orang. Cantik juga bini dia. High taste Arif ni. Doa dia makbul bila dia cakap nak bini lagi lawa dari Nia.

     "Kalau aku tahu best, aku dah kawen lama dah Nia. Balik rumah ada orang tunggu. Awhhhh jatuh cinta lagi."

      "Lucky man. Alhamdulillah. Nanti bagi aku anak buah."

      "Aihhh bagi lah chance berdua dulu. Kau tu bila ? Kau kan dah masuk setahun. Ke kau merancang beb?"

       "Eyyy apa cakap benda ni. Taknak lah aku cakap dengan kau. Kau tu lelaki. Tak elok. InshaAllah ada rezeki Nanti. Kau Doakan lah aku." Dalam Diam Nia memendam rasa.







        Nia termenung lama di dalam bilik mandi. Dok memikirkan tempoh waktu suburnya. Tipulah Kalau dia Tak nak anak. Tapi.... Kenapa Tak lekat lagi.

       "Ya Allah. Tolonglah kalini jadi." Nia sudah rancang untuk berhubungan dengan Nain memandang kan ini waktu subur nya. Dengan lafaz basmallah dia mula mempersiapkan diri.

     
        Nain tersenyum melihat isteri nya yang masih tidur. Langsir dibuka perlahan membiarkan matahari masuk.

       "Abang... silau." Rengek Nia. Nain duduk di sisi Nia lalu menekup kedua belah pipi Nia.

        "Good morning princess. Wake up. Dah siang ni." Nia geleng kepala.

       "Bangun. Mandi. Ke nak Abang heret ni?"

       "Abang tak kerja ke?" Nia masih pejam mata.

        "Nope. Abang cuti harini Sebab nak spend time dengan princess Abang ni. So Sayang kena bangun."

        "Kita nak pergi mana?"

         "Kemas rumah." Nia terus menekup muka nya dengan bantal lalu menhentak-hentak kaki di tilam.

          "Kan Sayang dah kemas. Nak kemas apa lagi?"

       Soalan Nia dibiarkan malah Nain mencempung Nia lalu dibawa masuk kedalam bilik mandi.

     
        Nia pandang rumah banglow berkonsep minimalist hitam putih di hadapannya. Cantik. Rumah Tak terlalu besar. Tak berkelip mata Nia. Nain disisi nya pun tak bersuara.

       "Rumah ni ke kita kena kemas? Rumah siapa? Kawan Abang?"

        "Jom masuk." Nain menyerahkan kunci pada Nia.

       Luaran rumah cantik, Tapi dalam masih kosong.  Nampak macam rumah Baru. Jap. Rumah mereka ke ni?

       "Selamat datang ke rumah kita Sayang." Nia pandang Nain tak percaya.

        "Kenapa Abang tak discuss dulu?"

        "Sebab rumah ni tanggungjawab Abang. Nafkah untuk isteri Abang. Kan Sayang cakap kat mana Abang kat situ lah Sayang. Lagipun Abang tahu taste Sayang." Nia genggam tangan Nain.

        "Thank you." Nain senyum lalu membawa Nia dalam pelukan.

         Maka bermula lah penat lelah mereka dalam membersihkan rumah dan bincang nak konsep apa. Semua nya Nain serahkan pada Nia. Baginya biarlah Nia yang tentukan. Tugasnya hanya sediakan rumah , yang menghiasi syurga mereka biarlah sang bidadari.

c | Takdir Tuhan Where stories live. Discover now