Bab 19

241 13 0
                                    

       Nia hanya menundukkan wajah. Takut untuk bersua muka dengan pengetua dan cikgu disiplin.

      "Ini terakhir saya tanya. Betul korang tak salah?" Nia angguk bersungguh. Haikal pun.

       "Baik. Saya terima. Kami dah jumpa penjahatnya. Kami pihak sekolah memohon maaf kepada kamu berdua." Nia pandang Haikal , Haikal pandang Nia.

      "Siapa Cikgu?"

       "Diana, kelas sains. Hasil siasatan, dia mengaku dia perangkap kamu berdua dengan nota tu. Dia ada cakap dia tak suka kamu Nia. Sebab tu dia pedajal kamu." Nia diam. Sedih. Roommate sendiri.

       "Apa tindakan yang dia dapat ?"

       "Masih dalam perbincangan sekolah. Memandangkan SPM pun dah dekat sangat."

       "Cikgu... saya minta tolong. Jangan hukum dia teruk. Biarkan dia ambil exam tahun ni. Dah dapat tahu orang nya pun saya dah syukur. Saya cuma nak nama saya bersih je. Saya tak minta lebih."

        "Bagus betul Nia. Mulia hati. Patut lah pun Haikal suka." Sindir pengetua. Haikal menggaru belakang lehernya. Sah-sah cikgu dengar luahan Haikal malam tu.

      "Cikgu ni sempat kan." Haikal termalu sendiri.

       "Takpe lah. Kalau itu yang awak nak, baik. Dia boleh ambil exam. Tapi still kena dihukum. Soal nama baik awak, kami akan uruskan. Kami minta maaf Haikal, Nia." Nia lega. Sumpah doa solat hajatnya dimakbulkan lagi sekali. MasyaAllah hebat Allah. Hadiah sempena ulang tahun ke ni? 

       "Sebab cikgu buat salah, cikgu kena sambut birthday saya harini." Nia dengan selambanya. Depan pengetua pula tu. Kau ada?

      "Amboiiiiii demand. Baik. Rehat nanti jumpa cikgu kat bilik meeting. Kita makan kat sana. Haikal pun."

     "Wahhh Alhamdulillah rezeki. Terima kasih cikgu." Haikal teruja betul.

       Dengan hati yang tenang Nia kembali ke kelas. Rasa bebas macam baru lepas keluar mahkamah. Hahahah.

      "Nia?sini duduk cepat." Nia senyum memandang Anje. Dipeluk kejap bahu Anje.

      "Dah settle. Alhamdulillah."

     "Ahhhhhh betul ke? Ya Allah!" Anje mesti lah happy. Terpaling happy. Paling kecoh.

       "Kita kena celebrate ni." Nia senyum. Sumpah lega. Terima kasih Allah.

       

        Nia berjalan pulang ke blok asrama bersama Alis dan Anje. Terpancar raut wajah bahagia Nia.

         "Lepas ni kita dah boleh fokus kat SPM je. Aku lega tau." Alis memaut tangan Nia sambil jalan.

       "Aku lagi lega Alis. Allah tolong aku harini." Alis senyum.

       "Nia. Tu." Nia memandang ke arah yang ditunjuk Anje. Kelihatan Rizki dan Nain berdiri ke hulur ke hilir di depan pagar blok aspuri. Nia hanya berjalan tanpa menghiraukan mereka.

       "Long! Alhamdulillah. Aku tahu kau tak buat." Rizki memeluk Nia. Nia kaku.

       "Orang tengok lah Ki." Bisik Nia perlahan lalu melepaskan pelukan.

        "Nia, aku nak minta maaf." Perlahan suara Nain. Nia memandang Alis dan Anje.

        "Takpe. Chill ah. Aku ok. Aku masuk dulu eh. Korang balik lah." Nia berjalan terlebih dahulu daripada yang lain.

        "Bagi Nia masa Nain. Kau dah buat dia sedih dengan penghinaan tu. Kalau aku, muka kau pun aku tak sanggup nak tengok." Alis menjeling Nain. Nasib baik classmates.

        Nain hanya melihat pemergian 3 orang perempuan itu. Dah minta maaf, tapi kenapa tak rasa kemaafan pun? Nain mengeluh.

      "Dah jom balik. Abang dah buat yang terbaik untuk tolong dia. Nanti pandai-pandai lah saya cover line untuk abang." Bahu Nain ditepuk.

      "Ki, macam mana kalau dia tak nak maafkan aku?"

      "Padan ah muka. Cakap lepas je sape suruh." Nain pandang Rizki tak percaya. Nain angkat bahu lalu meninggalkan Nain.

c | Takdir Tuhan Where stories live. Discover now