Bab 33

12.4K 410 4
                                    

Auliya terjaga dari lena. Dia melihat jam ditangan.

"Dah jam 8? Lamanya aku tidur" dia melihat di sekeliling. Kelibat Fayadh tidak terlihat. Keluar jalan-jalan kat tepi pantai kot.

Botol yang dari tadi setia di bahagian perut diambil lalu diletakkan di atas meja kecil di sebelah.

Tangan menyentuh bahagian perut dan pinggang yang tadinya sakit.

"Yeay dah tak sakit lah" katanya gembira. Akhirnya dia boleh hidup bebas! Huaaa.

Dia bangun dari baring dan berjalan kearah cermin. Melihat penampilan dirinya sekarang. Haih selekehnya!

Rambut diikat rapi sebelum dia berjalan kearah pintu untuk keluar. Dia mahu balik ke biliknya untuk mandi. Badannya sumpah melekit sekarang.

Baru sahaja hendak mencakap tombol pintu, pintu sudah terbuka. Huh Magic!

Rupanya, Fayahd yang masuk ke dalam.

"Ehh dah bangun ke? Jom makan" ajaknya. Plastik di tangan diangkat kedepan muka Auliya.

"Saya nak balik bilik lah. Nak mandi" kata Auliya.

"Balik bilik buat apa? Mandi jelah kat sini" kata Fayadh.

Auliya tunjuk muka menyampah. Lawak apa yang dia cuba buat ni? Mandi kat sini? Ni bukan bilik dia lah. Baju semua kat bilik sebelah.

"Wahai Encik Fayadh Omar, Baju saya semua kat bilik sebelah" Auliya senyum. Sabar Auliya sabar. Jangan smack down dia, nanti viral, masuk mstar.

"Siapa kata. Tu beg awak semua dah ada kat sini" dia memuncungkan mulut kearah beg pakain Auliya.

Auliya memandang kearah beg itu. Ternganga dia dibuatnya. Dia kembali memandang Fayadh.

"Ma..macam mana beg saya boleh ada kat sini?" Tanya Auliya. Huaaaa apa lagi ni.

"Tadi, aku suruh Siti packing barang kau bawa masuk sini" Fayadh berjalan kearah sebuah meja. Plastik berisi makan di letakkan di atas meja itu.

"Kenapa pulak? Eee buat hal lah awak ni. Perlu ke saya tidur dengan awak kat sini." katanya tak puas hati. Baru je dia nak happy-happy dengan Siti sambil makan maggie cup. Hmm.

"Mestilah perlu. Puan Auliya, Siti kan dah tahu kita ni suami isteri. Lagi pun dia tak tahu yang kita ni terpaksa kahwin. Kalau kita tidur bilik berasingan, nanti apa pula dia kata" Fayadh memberi alasan. Bagus Fayadh, bagus.

Walaupun alasan tu kurang bernas, sekurang-kurangnya peratus untuk Auliya setuju sebilik dengan dia semakin banyak.

"Heish, boleh tak lepas ni nak buat sesuatu bincang dulu dengan saya" Auliya tidak berpuas hati.

"Sorry"

Serius muka Auliya sekarang ni nampak macam nak makan orang. Takut pula dia.

"Kau cakap tadi nak mandi kan? Haa pergi lah" Fayadh tukar topik. Karang bertukar jadi singa pula minah ni.

Auliya mengeluh keras. Dia terus berjalan kearah bilik air.

Fayadh hanya mampu menggeleng dan tersenyum. Bahagia pula rasa bila Auliya nak tidur sebilik dengan dia.

Bungkusan makanan di buka dah dipindahkan ke dalam pinggan. Sementara menunggu Auliya, dia terlebih dahulu menikmati sepotong kek yang dia beli di restoran bawah.

Sambil menikmati sepotong kek coklat, seperti biasa matanya memandang kearah screen ipad. Entah apa yang ditengok pun tak tau lah.

Hampir 15 minit, Auliya masih tak keluar. Kek coklat tadi pun tinggal suku sahaja lagi.

Love You Mr Hot (Completed✔)Where stories live. Discover now