Bab 43

11.3K 368 37
                                    

Petang sebelum mereka bertolak ke perak pada esok harinya, Auliya mengajak Fayadh untuk membeli di pusat membeli belah. Dia mahu memberikan hadiah kepada ayah dan juga satu-satunya adik lelaki yang dia ada.

Mereka berdua akan tidur di rumah Ayah Auliya memandangkan tapak projek itu tidak jauh dari sana. Takkan lah nak tidur hotel selama seminggukan walaupun dekat dengan rumah mentua kan? Nanti apa pula kata ayahnya nanti.

"Awak nak beli apa untuk ayah dengan adik awak?" Tanya Fayadh. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam pusat membeli belah sambil berpegangan tangan. Erat saja genggaman tangan Fayadh pada tangan isterinya.

Ditanya dengan soalan tadi, Auliya terus berfikir. Apa erh nak belikan untuk ayah dengan budak nakal tu.

"Kalau awak jadi saya lah kan, awak nak bagi apa? Saya tak tau lah lelaki suka apa" tanya Auliya.

"Hmm..kalau saya, saya bagi ayah jam" Jawab Fayadh.

"Elok jugak tu. Kat mana eh nak beli kat sini" dia melilau mencari kedai jam.

"Ha tu ada jom kita masuk" Fayadh menarik tangan isterinya masuk ke sebuah kedai jam yang agak mewah.

Seorang pelayan membuka pintu kaca itu untuk mereka dan memberikan ucapan selamat datang.

Auliya memandang sekeliling. Dia telan air liur. Mahal gila kot jenama jam ni. Kenapa lah si Fayadh ni bawa masuk dalam kedai jam Rolex ni. Mana dia mampu nak beli. Adoiii!!!

Auliya menarik baju Fayadh. Dia membisikkan sesuatu di telinga lelaki itu.

"Awak saya tak mampulah beli kat sini. Kita pergi tempat lain eh" pujuk Auliya.

Fayadh hanya senyum lalu mencubit pipi isterinya.

"It's okey, saya yang bayar lah" jawab Fayadh sambil tersenyum.

"Ta...tapi.." baru sahaja dia mahu bercakap, Fayadh terus mencelah.

"Wa cantiknya jam ni, awak jom tengok yang ni" Fayadh menarik tangan isterinya. Saja nak ubah topik kalau tak sampai kesudah diorang berdiri tengah-tengah kedai ni.

Mereka berdua duduk di kerusi yang disediakan. Fayadh memandang semua jam yang ada di dalam kaca. Memang dia sangat suka dengan jenama jam ni.

"Can i see this. And this one also" kata Fayadh. Dia tunjuk pada dua utas jam.

Pekerja itu mengambil jam yang telah di tunjuk lalu memberikan kepadanya.

Seutas lagi diletakkan di atas sebuah tempat berbentuk empat segi di hadapan mereka.

Fayadh melihat setiap inci jam tersebut.

"Awak tengok ni, cantikkan. Sesuai tak dengan ayah?" Dia menyuakan jam itu kepada Auliya.

Auliya menyambut huluran. Dan benda pertama yang dia tengok adalah harga jam tersebut.

RM 30,000 ?!

Auliya menunjukkan tag harga itu kepada Fayadh. Sekali lagi Fayadh tersenyum.

"Ala, Saya tak bankrupt pun lah kalau belikan ayah jam harga macam ni. Kalau nak saya boleh belikan untuk ketua kampung tu sekali" amboi belagaknya Fayadh. Tapi memang betul pun. Buat apa dia nak simpan duit dalam bank tu lama-lama. Mesti duit tu pun dah bosak dalam bank. Dah lama sangat terperap. Sekali sekala spend duit untuk orang tersayang. Apa salahnya kan?

"Awak, mahal lah jam ni. Kita cari tempat lain ya" Sekali lagi dia pujuk. Tetapi Fayadh menggeleng.

"I buy this" kata Fayadh kepada pekerja tadi.

Seutas lagi jam tangan diambil. Sekali lagi dia memerhati setiap inci jam tersebut. Selepas itu dia pakai di pergelangan tangannya.

"Awak yang ni pun cantikkan?" Tanya Fayadh.

Love You Mr Hot (Completed✔)Kde žijí příběhy. Začni objevovat