BAB 14

1.1K 28 0
                                    

Terjenguk-jenguk kepala Nadzhan mencari kelibat Tya. Pelik juga dia tidak dengar suara bising anak gadis kenalan ummi dan walidnya itu.

"Nadzhan cari siapa," soal Dato Malik. Terangkat bahu Nadzhan apabila bahunya ditepuk Dato Malik. Ketika itu hanya ada dia dan lelaki tua itu di luar.

"Tak ada sesiapa pun uncle."

Dato Malik senyum. Dia mengajak Nadzhan berlalu ke arah gazebo yang terletak berdekat padang golf kecil milik Tengku Nazri.

"Tya tak ikut hari ni. Katanya nak jumpa kenalan. Biasala orang muda, susah nak lekat dekat rumah. Panjang je langkah kaki."

Nadzhan senyum. Terasa malu tertangkap dengan Dato Malik. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia cari Tya. Mungkin kerana sikap Tya yang sering menghiburkan buat dia teruja hendak berjumpa wanita itu.

"Nadz dah ada kekasih?" tanya Dato Malik tiba-tiba. Nadzhan mengangguk perlahan.

"Tapi dah putus sekarang ni. Ummi dengan walid tak restu hubungan kami," sedih Nadzhan bercerita. Bahunya ditepuk lembut oleh Dato Malik.

"Uncle pun pernah alami nasib yang sama macam Nadz dulu."

Terangkat kening Nadzhan. Rasa teruja dia nak dengar cerita Dato Malik.

Dato Malik senyum, senyum kelat. Mungkin terkenang kenangan silam.

"Dulu uncle orang susah. Ayah uncle driver, mak uncle orang gaji. Uncle bercinta dengan anak majikan ayah uncle. Nama dia Syarifah Medina. Cantik orangnya. Lembut je. Nama Tya tu uncle ambil sempena nama dia la."

Nadzhan angguk. Tidak tahu nak komen apa. Lebih selesa jadi pendengar daripada beri komen. Takut tersalah cakap, hilang cerita Dato Malik.

"Kami bercinta secara senyap. Tak ada siapa tahu sampai la suatu hari Syarifah Medina cakap dia dah dirisik. Dia tak nak lelaki yang keluarga dia pilih. Dia suruh uncle jumpa ayah dia. Pada mulanya uncle takut tapi dia bagi semangat pada uncle. Kami bersama jumpa orang tua Syarifah Medina."

Dato Malik terdiam. Dia termenung. Lama. Nadzhan hanya menanti. Dia ingin tahu apa yang jadi seterusnya.

"Mungkin silap uncle. Jatuh cinta pada orang yang tak setaraf dengan uncle. Mengamuk besar orang tua Syarifah Medina. Serta merta mereka pecat mak dengan ayah uncle. Uncle tak dibenarkan jumpa Syarifah Medina. Dorang bawa Syarifah Medina ke Turkey. Sejak tu uncle tak dengar lagi khabar tentang Syarifah Medina."

Nadzhan diam. Bersimpati dengan nasib Syarifah Medina. Apa agaknya jadi pada wanita itu.

"Aunty tahu?"

Entah mengapa, Nadzhan tertanya-tanya adakah Datin Wardah tahu kisah cinta tidak kesampaian Dato Malik itu. Apa perasaan wanita itu apabila tahu bahawa dia bukan cinta pertama lelaki itu.

Dato Malik mengangguk. Wajahnya mengukir senyuman ceria. Senyuman yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Lama uncle bersendirian sampai lah suatu hari uncle jumpa aunty. Aunty orang yang hebat. Sangat hebat sebab berjaya hidupkan semula hati uncle yang dah mati ni. Dia seorang yang sangat ceria. Mulanya uncle tak berapa suka dengan aunty sebab dia annoying sangat. Berlagak diva. Anak Dato la katakan. Uncle tak pandang dia langsung sebab takut pisang berbuah untuk kali kedua. Tapi sebab uncle tak pandang tu dia asyik kejar uncle. Sampai rimas uncle."

Nadzhan turut senyum dengar kisah cinta Dato Malik bersama Datin Wardah itu. Tahulah dia sikap annoying dan agresif Tya datang dari siapa sekarang.

"Suatu hari tu, dia berjaya kidnap uncle. Terus dia soal siasat uncle. Tanya kenapa uncle selalu elak dari dia. Dia rasa insecure dengan rupa dia. Uncle cakap la takda kaitan dengan rupa dia atau apa-apa pun cuma uncle takut. Uncle takut kalau uncle suka dia. Uncle cerita kat dia yang uncle dah ada orang yang istimewa dan uncle akan tunggu orang tu walau tahun berganti tahun."

KERANA DIAWhere stories live. Discover now