BAB 20

776 30 2
                                    

Meliar mata Dina mencari kelibat Tya di ruang eksekutif itu. Berkerut dahinya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi tadi batang hidung Tya langsung tidak nampak. Dah dua hari bos besar Medina Holdings itu tidak masuk pejabat. Tertanya-tanya juga Dina kehilangan wanita itu.

"Uik, cari siapa?" tegur Hanim. Sedari tadi dia nampak Dina mundar mandir di ruangan eksekutif itu.

"Kak, Puan Tya tak ada ek."

"Dia cuti kecemasan," beritahu Hanim sambil jarinya laju bermain di atas papan kekunci laptopnya.

"Kenapa?"

"Kena warded.“

"Lah,sakit apa. Last saya jumpa dia, dia sihat je. Tak nampak macam orang sakit pun."

"Panjang ceritanya."

"Cerita je la kak. Ada masa boleh saya melawat nanti."

Hanim menghentikan kerjanya. Kerusi dijarakkan dari meja. Dia menyuruh Dina rapat dengannya supaya tidak ada orang lain yang dengar.

Dina menurut. Dia mencangkung di sebelah kerusi Hanim.

"Ni akak cerita dengan kau, kau jangan cerita dengan orang lain tau. Cerita sini habis sini," pesan Hanim dengan mata bulatnya.

Dina angguk.

"Raid, anak puan kena warded sebab demam. Tengku, suami bos kita tu kan sekarang tengah kemaruk nak berbini dua. Dia tak ambil tahu langsung pasal anak dia. Tu yang puan kena uruskan semua benda. Mana nak jaga anak, mana nak uruskan syarikat. Tup tup akak tau dia kguguran."

"Hah?"

Terangkat bahu Hanim dek jerkahan Dina. Terkejut dia. Ditamparnya bahu gadis muda itu.

“Kenapa kau terkejut?"

"Puan Tya mengandungkan anak siapa."

Sekali lagi bahu Dina ditampar namun lebih kuat kali ini menyebabkan Dina menggosok bahunya yang terasa perit.

"Eh kau ni, anak suami dia la."

"Akak cakap tadi suami dia nak kahwin lain."

"Hah ya la. Lah kau ni. Kahwin lain je pun. Bukannya hubungan dorang bermasalah. Masih suwett macam dulu. Malah bertambah suwetttt lagi. Kau tahu hari tu sebelum Tengku outstation, dia hadiahkan puan bunga ros warna warni. Bukan main lagi. Sesi memujuk la tu," Hanim ketawa kecil pada pengakhiran ceritanya.

Dina buat muka cemberut. Menyampah dia dengar. Namun kemudian dia senyum. Senyum mengenangkan kejadian yang menimpa Tya. Gembira rasa hatinya. Biar padan muka Tya. Mesti Tya sedang bersedih sekarang.

"Ok la kak. Saya masuk kerja dulu la,"ujar Dina dan terus ke meja kerjanya. Sebetulnya dia bukan hendak sambung kerja, tujuan utamanya hendak menelefon Ain untuk maklumkan berita yang baru dia dapat. Dia yakin Ain tak tahu cerita tentang Tya sebab semalam semasa mereka berbual, Ain tidak ada sebut tentang Tya. Yang Ain banyak cerita, tentang anak Nadzhan yang di tahan wad.

Sekali deringan, panggilan terus dijawab. Lebar senyum Dina. Seperti biasa, salam ditutur dan mereka berbasa basi seketika sebelum isu utama dikemukakan. Jelas nada terkejut pada suara Ain. Sungguh dia tidak tahu tentang keadaan terkini Tya.

"Aku rasa baik kau jenguk bakal madu kau tu. Dia mesti tengah down," nasihat Dina.

"Tapi Nadz tak ada cerita apa-apa pun pada aku. Takkan la aku nak jengulkan muka depan dorang tiba-tiba. Kalau Tya tak selesa macam mana. Kau tahu kan status aku macam mana."

Dina julingkan mata ke atas. Menyampah betul dia dengan perangai acah mulia Ain itu. Kalau dah perampas tu buat je la cara perampas yang sejati. Tak payah nak la fikirkan perasaan bini Nadzhan tu. Hish!

"Nadzhan tak beritahu kau mungkin sebab dia sibuk. Tapi sebenarnya dia sangatttt la mengharapkan kehadiran kau. Kau juga yang cakap dekat aku yang Nadzhan selalu luahkan rasa kecewa dia pada kau. Ha, mana tahu dia memang perlukan kau. Lagipun bila kau ada, kau boleh bagi kata-kata semangat pada Tya."

"Tapi macam mana kalau kehadiran aku makin burukkan keadaan?"

Dina mula hilang sabar. Pen di tangan di genggam sekuat tenaga. Rasa nak jerit je pada Ain supaya ikut je nasihat dia. Ada batu agaknya dekat kepala tu sampai susah sangat nak dengar cakap. Telefon dijarakkan. Nafas dalam di tarik sebelum dilepaskan perlahan lahan. Nampaknya dengan Ain ni dia kena guna psikologi kalau nak plannya berjaya.

"Ikut kau la. Aku tak paksa. Aku cuma bagi nasihat je. Sebagai seorang kawan, aku nak kau senang tapi kalau dah kau nak susahkn diri sendiri aku tak boleh nak cakap apa dah. Ni aku letak dulu la. Aku tengah kerja ni sebenarnya."

Saja Dina berkata begitu. Dijarakkan telefon dari cuping telinga.

"Aku pergi la," putus Ain.

Lebar senyum Dina.

Nota kaki: Sebab sis baik so kita bagi hadiah buat semua yang masih menyokong "Kerana Dia". Anddd jangan lupa support cerita baru sis "Cinta Yang Tertangguh". CYT ni mmg sis buat khas dekat wattpad.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now