BAB 18

1.2K 38 9
                                    

Tya memicit-micit kepalanya yang terasa berpinar. Raid yang masih lena dipandang sepi sebelum dia berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Sedang Tya di dalam bilik air, tangisan Raid memenuhi ruang wad. Bergegas Tya berlari keluar mendapatkan anaknya dan entah macam mana, kakinya tersilap langkah menyebabkan dia tergelincir dan terjatuh.

"Tya!"

Bergegas Syiqin mendapatkan sahabatnya yang sudah terjelepuk di atas lantai namun dihalang Tya. Sebaliknya, Tya menyuruh Syiqin tengok-tengokkan Raid yang masih meronta.

"Macam mana la kau boleh jatuh. Nasib baik aku masuk tau. Kalau tak, siapa nak tolong kau yang dah macam nangka busuk ni?" soal Syiqin sambil menepuk-nepuk lembut belakang Raid di dalam gendongannya.

"Dah nasib weh. Nak buat macam mana," jawab Tya sambil cuba untuk bangun namun sukar. Ari-arinya terasa mencucuk-cucuk. Dia cuba lagi untuk bangun tapi gagal. Kali ini pinggangnya rasa sakit yang amat.

"Oi, kau nak bertapa ke apa kat bilik air tu," tegur Syiqin apabila sahabatnya tidak keluar-keluar dari bilik air. Raid yang sudah tenang diletakkan kembali ke atas katil.

"Qin, kau tolong aku kejap,"panggil Tya perlahan. Suaranya jelas kedengaran seperti orang yang sedang menahan sakit.

Syiqin mengatur langkah menuju ke arah Tya. Dia mula bercekak pinggan di depan pintu bilik air. Gayanya sudah seperti mak marah anak sebab mandi lambat je.

"Kenapa?"

"Aku tak boleh bangun."

Berkerut dahi Syiqin namun tetap juga dia melangkah masuk ke bilik air untuk memapah Tya bangun.

"Tya!"

Dahi Tya yang sememangnya sudah berkerut menahan sakit bertambah lagi kerutannya. Sambil memegang pinggangnya yang bisa, dia menoleh memandang Syiqin.

"Kau mengandung ke?"

"Hah?"

Syiqin terus memapah Tya menuju ke arah sofa sambil mulutnya tidak henti membebel.

"Kau duduk sini. Aku panggil doktor kejap."

"Tak payah la. Aku period je agaknya."

"Ah kau. Kau duduk sini diam-diam."

Syiqin terus keluar meninggalkan Tya yang masih kebiungan. Dalam kepayahan, Tya mencapai iPhone di atas meja. Ikon kalendar dibuka dan dia mula membuat pengiraan.

"Takkan la," bisik Tya dan saat itu juga pintu bilik dikuak dari luar. Tya mendongak memandang ke arah empunya badan.

"Apa masalah you hah sampai nak mengadu dekat walid?"

Tya kelu. Kepalanya mula berdenyut. Raid yang tadinya sudah senyap kembali menangis. Terkejut agaknya mendengar jerkahan si ayah.

Tya cuba untuk bangun apabila langkah kaki Nadzhan mula menghampirinya namun kepala yang mula memberat dan bisa yang semakin mencucuk di ari-arinya membataskan tingkahnya. Sudahnya, Tya rebah tidak sedarkan diri.

"Ya allah, Tya!"

Syiqin berlari anak menuju ke arah sahabatnya yang sudah tidak sedarkan diri. Dia nampak Tya terkulai. Sempat dia memberi jelingan maut kepada Nadzhan yang entah dari mana muncul. Nurse yang ikut sama masuk diarahkan mengambil kerusi roda untuk membawa Tya ke arah kecemasan namun Nadzhan lebih pantas mengendong tubuh isterinya dan ketika itu juga dia nampak ada cairan di celah kelengkang isterinya. Nadzhan memandang Syiqin meminta penerangan.

                         🍋🍋🍋🍋🍋

"Macam mana boleh jadi macam ni? Takkan Tya tak tahu langsung pasal kandungan dia?"

KERANA DIAWhere stories live. Discover now