BAB 1

3.6K 50 5
                                    

"Tya Medina!"

Bergegar isi bangunan Medina Holdings. Nasib baik struktur binaannya kukuh. Kalau tidak, mahu roboh bangunan itu dek pekikan suara Nadzhan yang sudah naik seoktaf. Warga Medina Holdings sudah berpandangan sesama sendiri. Siapa yang tidak kenal dengan Tengku Nadzhan bin Tengku Nazri, usahawan termashur di ibu kota. CEO syarikat hartanah yang paling gah merangkap suami kepada pengerusi Medina Holdings.

Tya yang sedang bermesyuarat bersama pengurus-pengurus bagi setiap bahagian terus tergendala perbincangan mereka. Tya beriak biasa walaupun pekerja-pekerjanya sudah memandang dia semacam.

"Kita tangguhkan dulu perbincangan hari ini. Nanti I suruh secretary I inform pada kerani you all tarikh seterusnya," ujar Tya dengan tegas. Tiada bantahan dibuat, mereka hanya mengangguk sahaja tanda menurut perintah.

Usai memberi arahan, Tya terus keluar dari biliknya menuju kearah suara yang menjerkah memanggil namanya tadi namun langkahnya terhenti separuh jalan apabila tangannya direntap dengan kasar oleh seseorang.

Tegang wajah Nadzhan membawa Tya mengikutnya menuju ke rooftop. Tya cuba merentap lengannya daripada cengkaman Nadzhan namun makin dia berkeras, makin kuat Nadzhan menggenggam lengannya. Akhirnya dia membiarkan sahaja hingga mereka tiba di rooftop.

"Apa masalah you ni hah?" herdik Nadzhan sebaik sahaja mereka tiba di tingkat paling atas Medina Holdings.

Tya menjeling Nadzhan tidak puas hati sambil mengurut lengan yang berbirat akibat cengkaman suaminya tadi. Pertanyaannya Nadzhan dibiarkan sahaja bagai aingin yang lalu.

Mendidih darah Nadzhan dengan kebisuan Tya. Jika tadi lengan, kini bahu si isteri pula menjadi mangsa. Berang dirinya asyik dikasari, Tya menolak kuat tubuh Nadzhan menjauhinya sehingga beranjak tubuh Nadzhan ke belakang.

"I atau you yang ada masalah sekarang ni? Bukan you ke yang heret I sampai atas ni? Siapa yang datang office siapa sekarang ni? You tak malu ke?" herdik Tya.

Berang Nadzhan mendengar herdikan isterinya. Jarinya dituding tepat ke arah Tya dengan wajah yang garang namun ditepis Tya dengan kasar.

"You ingat I apa? Bola? Kayu? Heret sana heret sini. You ingat tak sakit ke tangan I ni?" Tya meluahkan rasa geramnya.

Nadzhan gelak. Kuat gelaknya seperti orang yang tidak waras menyebabkan dahi Tya berkerut. Dia melangkah setapak ke belakang apabila Nadzhan menghampirinya dengan wajah yang penuh senyum sinis.

"Itulah apa yang Ain rasa bila you tampar dia depan orang ramai," bisik Nadzhan tepat ke muka Tya.

"You jumpa Ain kan?"soal Nadzhan sambil lengan baju kemejanya dilipat sehingga paras siku. Nada suaranya sudah perlahan dan tidak lagi mengherdik-herdik.

Tya ketawa kecil mendengar soalan suaminya. Rambut perangnya disanggulkan dan tangannya disilangkan. Dia menganggukkan kepala dengan wajah yang bongkak. Ain rupanya yang menyebabkan suaminya bertindak seperti orang separuh gila.

"Kenapa Tya? Why?" soal Nadzhan. Jelas riak kesal pada wajahnya.

"You marah?" soal Tya.

Nadzhan mengeluh, matanya tidak lepas dari memandang isterinya. Faham benar dia dengan sikap isterinya.

"I nak you minta maaf pada dia dan jelaskan pada media perkara yang sebenar."

Tya menghadiahkan senyuman sinis pada Nadzhan. Kepalanya digelengkan.

"Kalau I tak nak, you nak buat apa? Nak tampar I? Nak pukul I?"

"I bukan lelaki dayus nak pukul perempuan."

Jawapan Nadzhan itu mendapat jelingan padu Tya. Tak pukul perempuan konon, habis tu berkasar dengan perempuan tak dayus pula? Senyum sinis terhambur dari bibirnya.

KERANA DIAWhere stories live. Discover now