BAB 5

10.6K 515 13
                                    

Amylia masuk ke kelas dan meletakkan beg sekolahnya di atas kerusi. Tatkala dia nak meletakkan bukunya di dalam laci meja , terdapat bungkusan coklat bersama sekeping nota yang dilekatkan di atas pembalut coklat itu.

I think I fall in love with you at the first sight

- Your future

"Siapa punya coklat tu ?" Suara itu datangnya dari pintu kelas.

"Eh dia ni kan. Kat mana-mana , mesti dia datang menyibuk"

Aqil menuju ke arah meja Amylia dan mengambil coklat itu. Amylia hanya mampu terlopong dengan tindakan drastik itu.

"Dah pandai kau kan nak main cinta-cinta ni ?"

"Aku pun taknak pun lah terima coklat ni. Entah siapa-siapa yang letak bawah meja ni" Amylia menyilangkan tangannya ke dada.

Aqil mengoyakkan bungkusan coklat itu.

"Nanti cair. Baik makan sekarang" Dengan selambanya , Aqil menyuapkan secebis coklat itu ke mulutnya sendiri tanpa berfikir panjang. Sekali lagi Amylia terkejut dengan kelakuan selamba badak sumbu Aqil itu.

"Nak ? Ni coklat kau" Pelawa Aqil.

"Taknak lah. Kau je lah makan"

"Eleh dalam hati nak sebenarnya"

"Taknak pun. Entah-entah ada racun dalam coklat tu"

Aqil terus menyuapkan secebis coklat lagi ke mulut Amylia.

"Aku dah makan. Aku nak kau makan juga. Mati sama-sama" Aqil terus mentertawakan Amylia yang terkejut dengan kata-katanya.

"Celuparnyaaaa mulut kau !" Lengan Aqil dipukul dengan buku teks di tangannya.

"Ehh kau ni. Takkan tak pernah dengar kot ayat 'sehidup semati' tu ?"

"Apa kena mengena ?"

"Takde apa lah" Aqil keluar dari kelas Amylia bersama coklat ditangannya.

"Coklat ni aku ambil ye ?"

Amylia hanya membalas dengan menjelirkan lidah sahaja.

***

Amylia tidak pulang bersama-sama rakan-rakannya kerana dia ingin mengulangkaji pelajaran di pusat sumber sekolahnya. Dia tidak mengajak rakan-rakannya kerana dia tidak mahu masa belajarnya dibazirkan dengan berbual kosong.

Sedang khusyuk dia menelaah pelajaran , kerusi dihadapannya ditarik oleh seseorang.

"Alahaiii mamat ni lagiii"

"Hai" Tegur Firdaus , pelajar baru dalam kelasnya.

Amylia buat tidak endah sahaja dengan sapaan Firdaus.

Suasana kembali sunyi seperti sebelumnya.

"Awak dari tadi sorang-sorang je ke ?" Firdaus memulakan perbualan.

"Awak nampak ada orang lain ke dalam ni ?"

"Nampak"

"Siapa ?"

"Pengawas yang bertugas kat kaunter tu" Amylia merenung tajam ke arah Firdaus.

"Okay okay awak sorang je. Gurau je"

Amylia bangun meninggalkan Firdaus di situ untuk mengambil buku rujukan di rak-rak buku yang tersusun rapi di situ manakala Firdaus hanya memerhati dengan ekor matanya.

***

Selesai sahaja menelaah pelajaran di pusat sumber sekolah , Amylia berjalan kaki pulang ke rumah kerana berasa malas untuk menunggu ayahnya dan pulang bersama.

Jodoh Next DoorUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum