BAB 11

11.4K 513 12
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba. Amylia masih duduk di hadapan cermin meja solek melihat dirinya yang sudah disolek dan berpakaian serba putih untuk bernikah. Cepatnya masa berlalu. Lagi beberapa minit dia akan menjadi isteri orang. Isteri kepada Aqil.

Pintu biliknya diketuk. Terjegul kepala dua rakan baiknya.

"Amy. Dah ready ke ? Semua dah tunggu kat bawah. Ni pun ibu kau suruh naik tengok kau" ujar Farahana.

"Alahai korang ni" balas Amylia.

"Eh dah dah jom. Nanti lambat pulak" Farahana mengingatkan mereka niat sebenar mereka naik ke atas berjumpa Amylia.

***

Aqil memakaikan songkok di kepalanya. Di dalam hatinya ada rasa berdebar. Berdebar + gemuruh. Dia akan mengambil tanggungjawab Encik Harun untuk menjaga , membimbing dan menyayangi Amylia.

"Boleh ke aku jaga dia ?"

Pintu biliknya dibuka.

"Papa"

"Dah siap dah Aqil ? Jom kita gerak sekarang. Kita gerak sekali dengan diorang. Yelah bakal isteri tu jiran jugak kan hahahaha"

"Aqil ..."

"Kenapa ? Tak jadi nak bernikah ke ?"

"Eh bukannn. Aqil ..."

"Takut ? Gementar ?" teka papanya.

"Mana papa tahu ?"

"Aqil. Papa pun pernah lalui jugak. Biasalah tu. Takpe nanti kalau tak hilang rasa berdebar tu, Aqil amik wuduk. Nanti lepas dah lafaz tu baru lah lega sikit"

"Okay papa"

"Anggap lah ini sebagai cabaran. Tunjukkan yang Aqil memang nak jaga Amylia. Dah jom. Diorang semua dah tunggu kat luar"

"Papa"

"Ya ?"

"Kawan-kawan Aqil tak datang lagi ke ?"

"Eh ada. Baru je diorang sampai tadi sebelum papa naik atas tadi. Jom"

Aqil mengekori papanya dari belakang.

***

"Aku terima nikahnya Amylia Qistina Binti Harun dengan mas kahwin 500 ringgit tunai." dengan sekali lafaz sahaja, mereka menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Selesai upacara akad nikah, Aqil mendekati Amylia lalu memegang tangannya. Amylia terkejut dengan tindakan Aqil yang secara mengejut dan sukarela itu. Dia mendongak memandang wajah suaminya. Aqil hanya tersenyum. Betapa cantiknya Amylia di matanya.

Dah kenapa dia ni senyum-senyum tengok aku. -Amylia-

Kau jadi milik aku jugak, Amy. Aku akan buat kau tak menyesal dapat suami macam aku. Aku janji pada diri aku, aku akan jaga dan bimbing kau sama macam ayah kau jaga dan bimbing kau -Aqil-

***

Dua keluarga itu berkumpul di rumah Amylia. Rakan-rakan Aqil dan Amylia juga turut bersama mereka.

"Alhamdulillah selesai dah acara wajib ni. Kita pun dah berbesan , anak dah sah jadi suami isteri" Encik Harun memulakan perbualan.

"Lepas ni kita rancang untuk majlis persandingan pulak kan" Puan Azizah merancangkan acara seterusnya.

"Bila kita nak ada kan ? Amy ? Aqil ?" soalan diajukan kepada pasangan itu.

"Amy tak kisah pun bila. Tapi buat biasa-biasa je lah" jawab Amylia.

Jodoh Next DoorWhere stories live. Discover now