BAB 8

10.5K 496 13
                                    

Cuti sekolah telah pun tiba. Sudah pastinya manusia yang bergelar pelajar sekolah rendah mahu pun sekolah menengah mempunyai pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Ada yang hendak pergi bercuti bersama keluarga atau bersama rombongan. Ada juga yang meluangkan masa bersama kawan-kawan. Ada juga yang hanya terperap di rumah bagi yang suka buat hal sendiri. Namun , bagi Amylia sekeluarga , tiba lah masanya untuk Amylia bergelar sebagai seorang tunang kepada Aqil.

Sudah 3 hari Amylia menjadi tunang kepada Aqil. Tapi sedikit pun cara layanan mereka sesama sendiri tidak berubah. Tetap seperti biasa. Puan Seri sendiri sudah berbuih mulut menasihati Amylia supaya berbaik dengan Aqil. Tetapi , masuk telinga kiri , keluar telinga kanan.

***

"Amylia. Kenapa tak bersiap lagi ni ?"

"Kenapa Amy kena bersiap ?"

"Kejap lagi Aqil bawa Amy pergi butik pengantin"

"Buat apa ?"

"Lahh kan lagi seminggu je lagi Amy dah nak nikah. Cepat siap. Kejap lagi Aqil datang"

"Ibu ..."

"Kenapa ?"

"Aqil tu... suka ke Amy jadi isteri dia nanti ?"

Puan Seri merapati anaknya yang masih bersila di atas katilnya.

"Kenapa Amy tanya soalan macam tu ?" ujar Puan Seri lembut.

"Tanya je"

"Kalau Aqil tak suka Amy , kenapa Aqil terima Amy untuk dijadikan isteri ?"

Amylia terdiam.

"Amy jangan banyak fikir sangat. Ibu taknak Amy sakit pula. Jaga diri okay ? Jangan risau lah pasal Aqil tu. Dia baik. Pernah ke dia buat benda tak elok kat Amy ? Kalau ada , bagitahu ibu"

"Eh tak tak tak"

"Kalau macam tu, dah pergi siap cepat" Puan Seri meninggalkan anaknya.

***

Aqil sudah pun menunggu di dalam keretanya. Kereta yang dibelinya sendiri. Dia membuat keputusan untuk keluar dari keretanya. Langkahnya terus menuju ke pintu rumah Amylia.

"Assalammualaikum"

"Waalaikumussalam. Aqil tunggu kejap ye Amylia tengah bersiap kat atas. Masuk lah dulu" jemput Puan Seri.

"Eh takpe lah. Saya tunggu dalam kereta je. Nanti dia dah siap , suruh dia pergi kat kereta terus"

"Kalau macam tu takpe lah. Nanti kalau lapar , bawak lah Amylia makan sekali"

"Okay"

Puan Seri masuk semula ke dalam manakala Aqil berpatah balik ke keretanya.

Selepas beberapa minit , Amy keluar dari pintu rumahnya sedang menyarungkan kasut converse kegemarannya. Senang hidup Aqil kalau berbini kan Amylia sebab tidak perlu membelikan kasut tumit tinggi yang berjenama dan lebih mahal seperti wanita yang lain. Tambahan pula , Amylia tidak suka berimej berlebihan untuk menarik perhatian ajnabi. Baginya , asalkan dia selesa dan menutup aurat.

Amylia melangkah menuju ke arah kereta Aqil dan mengambil tempat di sebelah pemandu.

"Boleh lama lagi sebenarnya bersiap tu kan ?"

"Kau nak apa lagi ni ?"

"Uih garangnya"

Amylia mendecit sambil tangannya memasangkan tali pinggang keledar.

Aqil mengalihkan pandangannya ke kaki Amylia.

"Kau tak pakai pun kasut yang aku belikan untuk kau tu ?"

"Kenapa pun ?"

"Biar nampak ciri-ciri bakal jadi seorang isteri"

"Dah try dah. Tapi... tak selesa lah"

"Takpe takpe. Nanti aku beli yang lain"

"Ni sampai bila nak duduk je dalam kereta ni ?"

"Nak start kan enjin lah ni alahhh. Sabar" Cepat-cepat Aqil menghidupkan enjinnya dan memandu keretanya keluar dari kawasan perumahan.

***

Selesai sahaja mereka memilih pakaian pengantin , Aqil membawa Amylia ke sebuah restoren untuk mengisi perut sebelum pulang ke rumah.

"Ni bukan jalan nak balik rumah"

"Memang pun"

"Hah ?"

"Kau tak lapar ke ?"

"Kalau lapar pun , balik rumah nanti makan jugak"

"Lambat lah. Tapi ni pun sebab ibu kau yang pesan bawak kau makan sekali kalau lapar. Ada faham ?"

Amylia mencebik lalu mengalihkan pandangannya ke luar tingkap malas hendak melayan Aqil.

"Amy ?"

"Apa ?" Amylia tidak memandang Aqil.

"Nak tanya ni ?"

"Apa benda ?"

"Kau tak suka aku ke ?"

Perlahan-lahan Amylia memandang Aqil disebelahnya dengan wajah kosong.

"Gila ?"

"Hah ? Apa kau cakap ?"

"Aku cakap , kau gila ek ?"

"Kalau aku gila , aku taknak kahwin dengan kau. Aku kahwin dengan pokok"

"Nice idea"

"What ?"

"Kau kahwin dengan pokok"

"Gila"

"Kau kahwin dengan pokok , aku tak payah lah kahwin dengan kau kan ?"

"Tak payah nak merepek. Kau ingat ni kartun nak kahwin sesuka hati ?"

"I hope like that"

"Ni mesti kau dah lapar sangat ni sampai mengarut bukan-bukan. Nak sampai dah. Sabar ye sayang ?"

Kali ini Amylia memandang Aqil dengan wajah yang terkejut.

"Kenapa kau pandang aku macam tu ?"

"Apa kau panggil aku tadi ?"

"Sayang"

"Suka hati kau lah"

***

Selepas Amylia dan Aqil menjamu selera bertemankan kesunyian yang menjadi tembok besar China di antara mereka berdua , mereka akhirnya pulang ke rumah. Tidak perlu nak berangan sangat lah yang si lelaki hantar si perempuan hantar depan rumah kerana dalam cerita ni mereka berjiran.

"Assalammualaikum ibu. Amy dah balik !"

Sahutan Amylia disambut ibunya.

"Waalaikumussalam. Dah balik dah anak ibu"

Amylia tiba-tiba memasamkan muka dia.

"Kenapa ni Amy ? Aqil ada buat apa-apa kat Amy ke ?"

"Tak pun"

"Habis tu ?"

"... Kenapa ibu suruh Aqil bawak Amy pergi makan ?"

"Lahhh kenapa pun kalau ibu suruh dia bawak Amy pergi makan sekali ?"

"Amy tak suka lah. Aqil tu tak berhenti membebel. Nak makan pun membebel. Dalam kereta apatah lagi. Asyik tanya soalan merepek"

"Dia tanya apa ?"

Amylia terdiam sendiri. Perlu ke dia memberitahu ibunya soalan yang diajukan Aqil kepadanya ?

"Takde apa lah. Amy nak naik. Penat" Amylia terus menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

"Ada-ada je lah kamu berdua ni. Dah kahwin nanti apa pulak jadi tak tahu lah" Puan Seri sendiri pening dengan anak muda itu. Bila disoal , lari pula. Namun dalam hatinya dia tetap berdoa agar hubungan anaknya kekal sampai bila-bila.

Jodoh Next DoorWhere stories live. Discover now