BAB 8

1.9K 414 69
                                    

BUSRA menahan matanya daripada teroleng ke atas. Menyampah dengan diri sendiri. Punyalah dia berazam tidak mahu peduli soal si Absyar lagi dan sekarang...

Dia selamat tiba di balai polis malam-malam begini dengan hidung memerah dan hingus yang asyik mahu mengalir keluar. Kenapa duhai hati? Kenapa memilih mahu terus peduli? Busra mengeluh kecil. Kardigan tebal yang menyaluti tubuh ditarik semakin ke depan. Tubuh sendiri dipeluk kemas. Dia hanya mengenakan tudung sarung. Kalut kerana perkataan 'polis' dari mulut Dafi menerjah deria dengar tadi.

Masuk saja ke dalam balai polis, mata Busra melilau ke kiri dan ke kanan. Dia mendekati kaunter pertanyaan. Ada seorang pegawai polis lelaki yang sedang menulis sesuatu di situ.

"Encik... Maaf menganggu. saya nak tanya. Mana tahanan bernama Absyar?"

Pegawai polis itu merenung Busra dengan dahi berkerut.

"Kes gaduh dan pukul tadi ke?"

Busra terkulat-kulat. Tidak tahu penyebab sebenar Absyar ditangkap polis. Dafi pula tidak memberitahu apa-apa.

Lambat-lambat, Busra hanya mengangguk.

"Awak ni siapa?" tanya pegawai polis itu sebelum menggamit Busra mengikutnya ke dalam ruang siasatan. Busra mengikut.

"Saya Busra. Cikgu Absyar," jawab aku.

Bila masuk ke ruang siasatan, mata Busra terpaku kepada Absyar yang sedang duduk bersama beberapa orang pegawai di situ. Ada juga lelaki yang berumur seusia Absyar di situ. Wajah kedua-duanya lebam.

"Absyar, kenapa ni?!" tanya aku mendatar. Rasa amarah yang terkumpul di dalam dada terhadapnya sebelum ini cuba dilepaskan. Sedikit sebanyak, sebagai seorang guru di sekolah al-Quds, aku kecewa dia buat hal sehingga ditahan polis.

Absyar diam mendongak memandang aku kosong.

"Cikgu dia ke?" tanya salah seorang pegawai polis di situ yang bertag nama Bahrain.

Busra mengangguk.

"Dua orang ni bergaduh dan bertumbuk di tempat awam. Masing-masing, tak nak mengalah jadi, kami terpaksa seret ke balai polis."

Mata Busra jatuh kepada Absyar dan seteru Absyar.

"Awak pelajar 6 Omega kan?" tanya Busra kepada seteru Absyar. Dia dapat mengecam pelajar tingkatan enam sekolahnya kerana jumlah mereka yang tidak ramai.

Dengusan keluar daripada bibirnya sebelum pelajar itu mengangguk kecil.

"Kenapa boleh bergaduh?" soal aku.

Absyar menolak kerusinya ke balakang dan berdiri. Busra mendongak tinggi. Absyar memandang Busra dengan riak frust.

"Can you just stop talking? Kalau nak jamin, jamin je lah. Tak payah nak jadi pegawai polis tambahan dekat sini."

Aku terkedu.

"Absyar!" lengking salah seorang pegawai di situ kuat. Aku dua kali terkejut.

"Err... Takpe, encik. Jadi, sekarang ni macam mana encik? Saya kena buat apa untuk dua pelajar saya ni?" cantas Busra. Kalau berperang mulut dengan Absyar dalam ruangan ni, silap-silap dengan dia sekali boleh tidur di dalam lokap. Tangannya sejak tadi terkepal-kepal mahu menumbuk muka Absyar. Sakit sungguh hatinya!

Selepas hampir setengah jam berurusan di situ, Busra keluar bersama Absyar dan seterunya yang bernama Firas.

"Hacumm..." Busra mengelap hidungnya dengan tisu sebelum mendongak sedikit mencari nafas. Memang hari ini, hari malang sedunia untuknya.

ABSYAR BUSRAWhere stories live. Discover now