BAB 18

1.9K 415 65
                                    

BUSRA terperangah kecil. Matanya melilau-lilau ke luar tingkap kereta. Matanya membulat saat tersedar di mana mereka sedang berada sekarang ini.

Absyar di belakang mula membuka pintu kereta. Dafi di sebelah juga sudah sudah bersedia mahu keluar.

"Kejap! Awak berdua lari sebab nak datang ke tempat macam ni? Dafi, sanggup ya awak tipu saya macam ni sekali?!" Busra rasa hatinya panas. Kepalanya sempat terpusing ke belakang sejenak. Mahu mencari wajah Absyar.

Absyar mengolengkan matanya ke atas. Dengan sebelah kaki yang sudah berada di luar kereta, dia sempat bersandar malas. Lagaknya, malas mahu mendengar bebelan Busra.

Dafi mendecit kecil.

"Okey, fine. Saya minta maaf! Boleh macam tu? Dan, terima kasih sebab sudi tumpangkan kita orang ke sini." Dafi terus keluar kereta.

Busra mendengus kasar. Nafasnya laju menahan marah dengan perlakuan Dafi dan Absyar. Tambah pula, bila dia menyedari mereka berada di satu tempat yang sangat salah saat ini.

PLATINIUM PUB!

Tak fasal-fasal dia yang tolong Absyar dan Dafi datang ke sini. Dia fikir Absyar mahu mencari tempat selamat yang lain untuk melarikan diri dari Tan Sri Megat. Tak sangka arah jalan yang Dafi tunjukkan membawa mereka ke tempat haram begini. Nampak sangat, Absyar bukan mahu mencari tempat berlindung sejak awal. Lelaki itu cuma bosan dan mahu berlibur.

Busra ikut membuka pintu dan keluar.

"Awak berdua masuk ke dalam kereta sekarang!" arah Busra tegas belum sempat Absyar dan Dafi menjauh.

"Cikgu balik la. Jangan pedulikan kami. Tempat ni tak sesuai untuk orang macam cikgu," halau Dafi.

"Saya tak kira. Awak berdua wajib masuk dalam kereta. Saya akan hantar kau orang depan-depan rumah. Saya akan berhadapan dengan parents awak berdua. Just... ikut saya balik sekarang," balas Busra dengan suara yang sudah termengkelan di kerongkong. Dalam geram, ada rasa risau dengan nasib mereka berdua.

Berada di tempat sebegini, tidak seminit pun dia rasa selamat. Kawasan di luar pub pun sudah menakutkan dengan pelbagai telatah manusia apatah lagi keadaan di dalam pub. Sekarang ini pun, sudah ada beberapa orang lelaki yang memandangnya serupa tidak pernah melihat perempuan.

"Nak berhadapan?" Tawa sinis Absyar pecah.

"Dah lupa agaknya. Ketika di hospital pun hampir lingkup, sekarang konon nak berhadapan dengan dia orang. Balik la. You shouldn't be here," balas Absyar mendatar.

"Tahu pun yang saya tak patut berada di sini. Habis tu, kenapa minta saya hantar awak berdua ke sini?! Bukan setakat saya, awak dan Wafi pun tak patut berada di sini! Dan, tak kira macam mana teruk pun keadaan, yes, saya akan berhadapan dengan parents awak berdua," jawab Busra berani. Benar, apa jua yang terjadi, dia akan berhadapan dengan Tan Sri Megat dan Puan Salina asalkan Absyar dan Dafi mengikut dia pulang.

"Dah obvious Dafi tunjukkan jalan and asked you to drop us here. Thanks for that, by the way. Not for you to have fun along with us. Tak perlu pertikai lagi kenapa kami boleh ada di sini sedangkan cikgu tak boleh. We live different life and have different background. Dan, itu yang menentukan siapa yang sesuai ada di sini."

Busra hilang bicara. Dia memejam mata sejenak. Sekejapan, dia menghela nafas berat.

"Balik. Your safety isn't my responsibility." Sekali lagi Absyar berujar senada. Dia dan Dafi menjuju ke arah pintu masuk pub.

Busra mengepal tangannya kuat. Dada sesak sehingga akhirnya terzahir melalui helaan keras. Matanya tajam menikam belakang Absyar dan Dafi.

"Tak padan dengan tangan berbalut. Lantak kau oranglah!" Busra membentak sendiri.

ABSYAR BUSRAWhere stories live. Discover now