BAB 11

2.1K 467 60
                                    

BUSRA memandang wajah tetamu-tetamu yang ada dan Puan Hanisah silih berganti. Kedatangan maklong sekeluarga saat ini bukannya tidak mahu disambut elok dan ini juga bukan kali pertama mereka berkumpul bersama. Namun, entah kenapa, Busra rasa tidak sedap hati dengan pertemuan kali ini. Hatinya berbisik hal-hal yang tidak enak.

Bangun saja dari tidur dan usai sarapan bersama mak dan Azizul, rumah mereka terus menerima kunjungan maklong.

"Busra semakin kurus. Stres kerja ke?" sapa maklong lantas mematikan lamunan Busra. Busra tersenyum nipis. Sekadar memaniskan wajah.

"Stres juga, maklong. Biasalah, Busra baru je mula kerja. Lama-lama nanti mesti Busra akan biasa." Busra menjawab tentang keadaannya di Kuala Lumpur jujur. Dia memang tertekan tetapi, Busra yakin, kesusahan yang dilaluinya sekarang akan dipermudahkan oleh Tuhan. Sabar dalam mendidik pelajar untuk menjadi manusia yang berguna pun merupakan satu jihad. Dia perlu kuat!

"Betul. Awal-awal lantikan, memang banyak kerja. Lama-lama nanti, akan biasalah tu. Paklong pun macam tu jugak sebelum ni. Memang penat tapi kita akan rasa puas bila jalankan tanggungjawab dekat pelajar-pelajar kita," celah paklong. Paklong merupakan seorang pesara guru di sekolah menengah lama Busra. Sudah hampir lima tahun paklong bersara.

Busra mengangguk kecil. Mengiakan. Saat yang sama, Busra menjuju ke dapur bila cerek air mula kedengaran. Dia membancuh teh panas manakala kuih-muih yang dibeli oleh Azizul tadi disusun di dalam pinggan.

"Kak!"

"Opocot!" Busra termelantah. Matanya mencerun memandang Azizul yang tiba-tiba muncul dari pintu dapur dan menegurnya kuat.

"Jijul ni... Nasib baik kakak tak tumpahkan air panas ni." Busra menjeling adiknya sekilas. Kalau terkena kaki atau muka adiknya tadi, pasti rumah akan bergegar dengan kekalutan semua orang. Dia cuma ada seorang sahaja adik. Mana tak risau.

Azizul tersengih sambil menggosok belakang leher. Busra melonggarkan wajah. Tahu sangat dengan tabiat Azizul yang satu itu. Adiknya akan menggosok belakang leher dengan riak canggung bila diterpa rasa bersalah.

"Kenapa?" tanya Busra sebelum menoleh ke arah Azizul.

"Saja je Jijul nak usik kakak. Tak sangka terkejut sampai macam ni." Azizul mendekati meja makan dan tangannya sempat mencapai kuih bahulu dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Mana tak terkejutnya. Muncul senyap-senyap pastu sergah kakak macam tu. Dah lah, kakak nak pergi hantar air." Busra memusingkan badannya kembali menghadap kabinet dapur dan menatang air di dalam dulang.

"Kakak tahu kenapa paklong dan maklong datang?"

Langkah Busra langsung termati. Kening Azizul tercunggit-cunggit dengan bibirnya tidak habis-habis senyum penuh makna. Debaran yang disimpan Busra sebentar tadi muncul kembali.

"Kenapa tanya macam tu? Macam tak biasa pulak maklong dan paklong datang sini," cantas Busra.

Azizul mengjungkit bahunya dengan bibir terjuih. Busra menjujut nafas dalam-dalam. Berat rasanya kaki mahu melangkah keluar tetapi mak sudah memanggil-manggil. Entah kenapa, sebelah hati boleh muncul rasa tidak senang dengan kehadiran maklong dan paklong hari ini.

Tersedar, Busra beristighfar perlahan. Tidak patut dia rasa begini tidak tentu hala. Busra bergerak ke ruang tamu.

"Susah-susah je buatkan air," ujar maklong. Segala perilaku Busra dipandang dengan senyuman dan senang hati. Tertib dan santun. Anak saudara mereka yang paling lembut dan menjaga aurat.

"Tak susah pun maklong. Masukkan gula dan teh uncang je. Lepas tu, kacau dan siappp..." Tangan Busra cekap mengisi teh panas ke dalam tiga cawan.

ABSYAR BUSRAWhere stories live. Discover now