6.00 pagi. Keesokan hari selepas Jin-Hye dibunuh.
Dua buah kereta polis dan sebuah ambulans memenuhi halaman rumah dua tingkat itu. Jiran jiran yang berdekatan gempar dengan berita terjadinya pembunuhan kedua di rumah tersebut. Awal bulan lalu, mereka dikejutkan dengan kematian adik tuan rumah berkenaan yang membunuh diri.
Dalam bulan yang sama, pada hari ini, tuan rumah tersebut sendiri yang ditemuai mati dibunuh dalam keadaan mengerikan.
Pelik? Penduduk sekitar menuduh rumah itu telah disumpah semangat jahat sehinggakan semua penghuninya satu persatu hilang nyawa. Mereka mula takut sumpahan dari rumah tersebut akan menjangkiti ke rumah rumah yang lain. Meragut mencari nyawa. Ahh mereka lebih percaya kepada perkara tahyul.Di satu sudut, seorang lelaki bertopi fedora yang baru tiba di tempat kejadian 20 minit yang lalu sedang menyoal siasat seorang wanita. Wanita lewat usia 30-an tersebut merupakan orang pertama yang menemuai mayat tuan rumah.
Mangsa adalah Kim Jin-Hye, 27 tahun yang tinggal seorang diri selepas kematian adiknya beberapa minggu yang lalu.
Menurut kenyataan yang diambil dari wanita tersebut, dia yang baru balik bekerja shift malam dari sebuah kilang yang beroperasi 24 jam. Ketika van yang ditumpanginya berhenti betul betul di hadapan rumah mangsa. Dia mendapati pintu rumah berkenaan kelihatan terkuak luas seawal pukul 5.00 pagi. Mungkin rumah jirannya itu dirompok atau sengaja dibiarkan pintu itu terbuka.
Kerana rasa ingin tahu, dia mengintai ke dalam ruang tamu. Ketika itu, dia terkejut melihat lantai berlumuran darah. Darah mengalir dari tubuh mangsa sampai mencecah ke pintu masuk. Mayat mangsa pula dalam keadaan duduk tersandar di dinding.
"Detektif Lee, kami dah check semua bilik. Takde satu pun benda berharga milik tuan rumah yang hilang. Duit, barang kemas, telefon...langsung tak terusik,"lelaki bertopi fedora itu dipanggil sebagai Detektif Lee oleh seorang lelaki yang berusia lebih muda daripadanya.
Detektif Lee melurut bawah dagu kemudian menulis sesuatu pada buku nota kecil di tangannya. "So, ni bukan kes rompakan,"Dia meninjau di kawasan sekitar mayat. Staf forensik sedang memasukkan bahagian kepala botol yang pecah ke dalam plastik.
"Senjata pembunuhan?"tanya detektif Lee seraya meneliti objek yang berlumuran darah tu.
"Belakang kepala mangsa luka. Mungkin dihentak dengan botol ni sampai pecah. Kemudiaan....."pakar forensik itu menunjuk ke arah bahagian perut mangsa yang terburai usus."Kalau tengok dari luka kat perut mangsa ni, mangsa ditikam berkali kali dengan botol yang pecah ni. Kesan luka nampak tak kemas. Ada beberapa serpihan kaca terbenam dalam perut mangsa,"Staf forensik mengepit keluar serpihan yang berkilau dari perut Jin-Hye menggunakan forsep.
"Habis tu pisau yang korang jumpa kat sofa tu?"
"Mangsa mungkin guna pisau tu untuk pertahankan diri semasa mangsa diserang pembunuh,"
Detektif Lee mengangguk faham. Dia dah nampak beberapa gambaran dari cebisan cebisan maklumat yang didapat. "Ambil sampel darah atau cap jari yang ditinggalkan pembunuh,"
"Baik Detektif Lee,"Staf forensik tersebut memindah mayat Jin,-Hye ke atas stracher selepas mengambil beberapa bahan bukti yang diperlukan.
Orang orang yang berhimpun di luar rumah berebut rebut menangkap gambar dan rakam video ketika mayat Jin-Hye dibawa masuk ke dalam perut ambulans.
Seorang lagi anak buah detektif Lee berlari dari tingkat atas menuju kepada lelaki itu.
"Saya dah check kemera cctv,"katanya.
"Nampak dengan jelas muka pembunuh?"
Anak buah Detektif Lee menunjukkan rakaman cctv yang sudah dipindahkan ke tabletnya. Detektif Lee tersenyum lebar. Dua jarinya dipetik. "Easy. Kita dah dapat dua orang suspek. Hantar nombor kenderaan yang mereka berdua naik ni ke bahagian pusat. Kita boleh tangkap pembunuh pembunuh tu secepat yang mungkin sebelum mereka larikan diri,"kerja mudah bagi Detektif Lee. Suspek mungkin pertama kali melakukan pembunuhan. Agak noob sebab suspek meninggalkan bahan bahan bukti yang memudahkan pihak polis mengesan suspek dengan mudah.
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...