"Jung Kook,omma tak pernah berhenti berdoa supaya kamu cepat-cepat sembuh. Omma nak tengok sangat kamu buka semula mata kamu dan kita hidup sama sama seperti dulu," Puan Jeon mengusap lembut umbu-umbu kepala anaknya itu.
"Hyung,Jung Ho dan Jung Min takan pernah berhenti tunggu Hyung bangun," kata Jung Ho sambil mengucup pipi Jung Kook.
"Fuhh!" mata mereka bertiga terbeliak. Puan Jeon pandang Jung Kook. Tadi dia dengar derap nafas Jung Kook.
"Jung Kook," erat Puan menggenggam tangan anaknya itu. Apa yang mengejutkan Puan Jeon,jari jemari Jung Kook bergerak. Kelihatan kedua dua kelopak mata Jung Kook sedikit terangkat ke atas.
"Ommm..." Jung Kook mengeluarkan suaranya perlahan. Puan Jeon terus tersenyum lebar.
"Jung Ho,hyung kamu dah sedar. Pergi panggilkan doktor sekarang!"arah Puan Jeon. Lekas Jung Ho keluar dari bilik dan menjerit memanggil doktor.
"Jung Kook,akhirnya kamu dah sedar. Omma bersyukur sangat! Tuhan dah makbulkan doa omma untuk lihat kamu sembuh balik," Puan Jeon memeluk anaknya itu erat sambil menangis teresak-esak. Jung Kook terpinga-pinga,memandang sekelilingnya pelik.
* * * *
"Keadaan Jung Kook baik. Saya dah periksa dan scan seluruh tubuhnya,semua organ di dalam tubuhnya dah berfungsi dengan baik. Mungkin dalam masa dua hari lagi,Jung Kook dah boleh discharge," terang doktor yang merawat Jung Kook selama Jung Kook koma beberapa bulan.
"Doktor,omma....boleh jelaskan pada Jung Kook tak apa yang sebenarnya dah berlaku pada Jung Kook sampai Jung Kook terlantar kat sini," soal Jung Kook masih lagi bingun dengan apa yang berlaku. Mungkin dia tidak dapat mengingati tentang kemalangan yang menimpanya dua bulan yang lepas.
"Kamu kemalangan teruk dan koma untuk beberapa bulan!"balas Puan Jeon. Di sampingnya,Encik Jeon dan dua orang adik beradik Jung Kook yang lain turut bersama Jung Kook. Semuanya nampak gembira bila Jung Kook dah sedar dari koma.
" Kemalangan? Macam mana Jung Kook boleh kemalangan,"soal Jung Kook lagi. Dia hanya ingat samar samar saja. Yang dia ingat,dia bertengkar dengan Jin sebab Jin curi dompetnya. Tentang kemalangan tu....ingatannya blank sama sekali.
"Ni semua salah Kim Seok Jin. Dia yang menjadi penyebab semua ni. Dia yang dah buat kamu koma. Omma benci dia sangat," sepatah nama itu cukup buat Puan Jeon sakit hati untuk menyebutnya. Kim Seok Jin. Lelaki yang dah cuba bunuh anaknya. Beberapa kali juga Puan Jeon nekad untuk membuat laporan polis tentang Jin yang cuba bunuh Jung Kook. Tapi dia ditegah oleh Encik Jeon sebab dia takde bukti yang kukuh untuk menyabitkan Jin sebagai pesalah.
"Jin-hyung?" ujar Jung Kook.
"Dahla,kamu tak payah lagi sebut nama dia. Mulai sekarang,omma haramkan kamu jumpa budak tak guna tu lagi," tegah Puan Jeon. Jung Kook hanya mengangguk.
* * * *
"Auchh!" Jin menjerit kecil apabila gumpalan kapas yang dibasahi ubat luka menyentuhi kesan lebam pada bibirnya. Boleh tahan teruk jugak dia dibelasah oleh Taehyung. Beberapa bahagian tubuhnya-muka,lengan dan kaki penuh dengan kesan lebam dan luka. Sakit tu,memang tak payah cakaplah. Memang sakit sampai demam Jin dibuatnya.
"Tukk!" bunyi ketukan pada pintu biliknya buat Jin tersentak. Botol ubat luka bersama tisu-tisu yang mempunyai tompokan merah terus Jin masukkan ke dalam laci meja.
"Onni,masuklah!" jerit Jin membenarkan Jin Hye yang berada di luar biliknya itu masuk.
"Jin tak pergi class ke hari ni?" soal Jin Hye sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik Jin. Membulat matanya melihat wajah Jin lebam dan luka.
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...