FLASHBACK
"Jumpa kat taman. Saya tunggu awak! Sorry sebab saya baru reply mesej awak," satu pesanan yang dihantar oleh Minra itu sudah cukup membuatkan Jin terlompat-lompat gembira.
Jin terus menyarungkan sweater pada tubuhnya. Cap disahuk pada kepalanya. Jin melihat sekilas jam di dinding. 10.00 malam.
"Takpe ke aku keluar malam malam buta macam ni. Alah,omma dengan appa tengah tidur,diorang takan tahu kalau aku keluar pun," monolog Jin,sarkastik. Yang penting dia dapat jumpa Minra. Rindu sangat tu nampaknya.
Jin kuak pintu biliknya perlahan-lahan,takut omma dan appanya dengar memandangkan biliknya berdekatan dengan bilik omma dan appanya. Jin berjengket-jengket berjalan keluar dari biliknya dan turun ke tingkat bawah.
Dia menggunakan pintu dapur untuk keluar,kalau guna pintu utama susah sikit. Takut kantoi jiran-jiran nampak,lepastu mulalah diorang report pada ommanya yang dia keluar malam.
Jin mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Nombor telefon milik Minra didail.
Tut tut tut
"Hello,Jin awak kat mana?" panggilannya dijawab.
"Saya kat luar rumah ni. Boleh tak awak datang ambil saya. Saya takde transport lah nak pergi taman. Takan saya nak jalan kaki. Jaulah!" kata Jin disambut tawa kecil oleh Minra di hujung talian.
"Yelah. Awak tunggu kejap ye!" Minra menamatkan panggilan. Lebih kurang lima minit menunggu,Minra sampai di hadapan rumah Jin dengan motornya.
"Sorrylah saya lambat," kata Jin menggaru-garu kepalanya.
"Takpe. Lega saya dapat tengok awak depan mata saya ni. Act,saya rindu sangat kat awak. Sebab tu saya ajak awak keluar," ujar Minra lalu mencuit hidung Jin manja. Pipi Jin terus blusshing.
"Kenapa tak datang class tadi. Berkali-kali saya call awak tapi awak tak angkat. Mrs.Song membebel pasal awak tadi," kata Jin.
"Oooo,saya terbangun lewat. Biarkan jelah perempuan tua tu,"
bila mention pasal pelajaran,Minra langsung tak nak ambil tahu. Jin cuma risau Minra akan digagalkan oleh Puan Song dalam peperiksaan semester akan datang."So,kita nak pergi mana ni?" soal Jin. Minra tersenyum.
"Saya ada satu tempat best. Gerenti awak suka punya. Jomlah!" balas Minra,lalu menghidupkan motornya.
"Apa kata saya yang bonceng awak pulak. Tak bestlah perempuan bonceng lelaki naik motor," Jin cuba tunjuk gentleman pada Minra. Malulah dia kalau di mata Minra dia dianggap sebagai pondan.
"Seriuosly! Biar betul awak ni Jin?" Minra tergelak kecil. Macam tak percaya je lelaki lembut macam Jin boleh naik motor.
"Yup! Saya belajar dengan appa saya macam mana nak naik motor and now i will prove it to you,"
Minra turun dari motor dan beralih ke tempat duduk belakang. Jin yang duduk di hadapannya mula menghidupkan motor. Minra memeluk pinggang Jin erat. Berpeluh satu badan Jin dibuatnya.
Sepanjang perjalanan,jantung Jin tak henti-henti berdegup kencang,bagaikan mahu menerpa keluar dari tubuh.
"Patut ke aku berterus terang tentang perasaan aku," bisik Jin,tak sanggup lagi terus menyimpan perasaannya terhadap Minra. Patut ke dia luahkan segala galanya tentang perasaan cintanya pada wanita itu. Kalau Minra tolak macam mana? Arrgghh,susahlah macam ni.
YOU ARE READING
7 REASONS WHY▶KSJ
Teen FictionKematian Jin yang membunuh diri di dalam bilik air betul betul mengejutkan BTS. Namun,selepas beberapa hari BTS menerima satu bungkasan yang berisi 7 buah pita suara dan yang paling mengejutkan mereka pengirim bungkusan tersebut adalah Kim Seok Jin...