EPILOG

309 43 8
                                    

Side note: sila baca sambil dgr lagu spring day bts or spring day army version.

7 tahun kemudian,

"Ahh Fuhh!"Hoseok menyedut udara pagi yang sungguh segar selepas tujuh tahun meninggalkan dunia luarnya. Dia mendongakkan kepala ke arah langit biru yang tenang. Gumpalan awan awan putih yang kelihatan gebu seperti gula gula kapas perlahan lahan berarak memberi laluan matahari memancarkan cahaya terik.

"Kamsahamida,"Hoseok tunduk penuh hormat ketika menerima beg pakaiannya dari pegawai polis yang mengiringinya keluar. Pegawai polis itu tersenyum. "Bestkan dapat bebas. Kalau boleh, tak payah datang sini lagi,"dia mengangkat tangan sebelum menghilang di balik pintu pada tembok konkrit yang tinggi itu.

Hari pertama Hoseok bebas setelah 7 tahun dikurung dalam penjara sebagai banduan. Perasaan gembira itu tak dapat dia gambarkan dengan kata kata. Kalau boleh semua benda yang memuat dalam otak dia nak lakukan dalam masa sehari suntuk menyambut hari kebebasannya ini.

Tapi perasaan sedih itu sedikit terselit dalam kegembiraannya. Dia masih terfikir akan nasib kawan kawannya yang masih terkurung di dalam sana. Ada yang dikurung buat selama lamanya, ada yang sedang menunggu saat dijatuhkan hukuman mati. Adakah mereka akan berkesempatan menikmati kebebasan seperti yang dikecapinya ini?

Apa apa pun dia bakal merindui mereka semua. Sejahat jahat mereka pun tetap ada hati dan yang membezakan cuma kesilapan lampau yang dilakukan. Kehidupan di dalam sana banyak mengubah diri Hoseok.

Sebuah kereta menderu ke arah Hoseok lebih kurang 20 meter dari hadapan. Kereta merah itu berhenti tepat di sebelah Hoseok. Pemandunya menurunkan cermin tingkap. Wajah yang terlihat di sebalik cermin kereta itu membuatkan Hoseok tersenyum lebar.

"Yoongggi!"Hoseok jerit kerana terharu. Yoongi tolak pintu kereta. Sederap dia datang memeluk Hoseok. Dia betul betul rindukan kawannya itu selepas 7 tahun lamanya berpisah.

"Bogo shipda! Aku rindu gila kat kauuu bodoh!"

Memang pucatlah muka Hoseok kena tahan pelukan ketat Yoongi untuk beberapa saat.

"Puii, pukimak betul kau ni. Baru sekarang nak cakap rindu aku. Time 7 tahun aku duk dalam penjara tak pernah pun datang melawat. Tup tup tup hari ni muncul dengan ajaibnya depan mata aku,"Hoseok jeling Yoongi selepas mereka meleraikan pelukan. Yoongi sengih buat muka tak bersalah.

"Aku pergi sambung belajar kat Jepun masa tu. Bukan tak nak melawat kau. Ni pun baru tiga hari aku balik sini. At least aku tak lupa kau," jelas Yoongi yang cuba memujuk. Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.

"Hahaha baguslah. Btw, kau jadi first sahabat baik aku yang aku jumpa hari ni. Hari paling istimewa ni,"ujar Hoseok cukup menyentuh hati Yoongi. Hoseok maksudkan 'kawan kawan mereka' dalam kata katanya. Yoongi tahu Hoseok pun tak boleh move on sepenuhnya lepas apa yang menimpa diorang. Dia pun sama. Susah dia nak lupakan segala galanya.
Biarpun waktu terus berputar, memori pahit itu tetap kekal seiring hembusan nafas mereka.

"Dah kita dua je tinggal sekarang. Takan roh roh diorang semua nak sambut kau pulak,"usik Yoongi cuba menutup kesedihannya.

Hoseok menyiku lengan Yoongi. "Ishh mulut kau ni, aku genyeh dengan tapak kasut kang"

Yoongi jelirkan lidah menganjing Hoseok.

Hoseok terpandang frame gambar kecil terletak di atas dash board kereta Yoongi. Gambar kawan kawannya. Melihat pada gambar itu, terasa Jung Kook, Namjoon, Jimin, dan Taehyung ada bersama mereka sekarang. Yoongi tahu Hoseok tiba tiba jadi senyap kerana ralit mengamit gambar itu. Dia menepuk perlahan paha Hoseok.

"Kau rindu diorang?"soal Yoongi. Mata Hoseok dah berair. Hoseok  angguk, lantas menitik beberapa titik air matanya.

"Kau tahu tak, aku selalu berharap kalau aku keluar suatu hari nanti...first thing aku nak buat adalah kita berenam gather sama sama. Macam dulu dulu,"nafas Hoseok putus putus bercampur dengan tangisannya.

7 REASONS WHY▶KSJWhere stories live. Discover now