BAB 1

41 7 1
                                    

Keadaan rumah mewah yang sunyi, yang di dalamnya cuma terdapat dua insan, iaitu sepasang suami isteri. Tepat di bahagian dapur, si isteri tengah sibuk mengganti alas meja makan lama dengan yang baru. Terulas sedikit senyum melihat hasil kerja mengganti alas meja selesai dengan sempurna. Rasa sakit di perut dia muncul kembali. Dia memegang dan mengelus-elus perlahan perut dia. Nyawa yang masih menghuni rahim menendang-nendang, menimbulkan rasa sakit. Tapi... Rasa sakit tu bukanlah apa-apa bagi dia jika dibandingkan dengan rasa gembira kerana mengetahui tidak lama lagi bayi tu akan lahir. Hanya masalah masa, iaitu menunggu masanya tiba. Tanpa dia sedar, si suami berdiri di tepi pintu memperhatikan dia. Ada rasa ketidakpuasan pada wajah si suami, tidak tahu sebab apa. Mungkinkah alas meja yang diganti tu tidak sesuai dengan pandangan dia, atau juga disebabkan masalah lain.

'Kalau bukan kemahuan bapa aku, jangan harap kau jadi bini aku! Kau bukan taste aku Evelyn! Cuma si Melissa satu-satunya di hati aku.'

Jika si Evelyn diberikan kelebihan mendengar bisikan hati orang lain, mungkin dia akan menjerit patah hati. Selama ni dia yakin betul, si Alfred ikhlas mencintai dia. Perkara sebegini boleh mengundang kemarahan seseorang yang singkat pemikiran kepada Tuhan, mengapa Tuhan membiarkan terciptanya cinta tanpa keikhlasan. Perlahan-lahan dia maju mendekati si Evelyn yang dalam posisi membelakangkan dia. Dia melingkarkan kedua-dua lengan, memeluk perut si Evelyn dari belakang. Gerakan tangan si Evelyn terhenti seketika. Dia tersenyum tanpa menoleh, sebab dia sudah tahu tiada orang lain dalam rumah tu yang akan memeluk dia selain suami dia sendiri. Memang sudah lama si Evelyn menaruh hati dengan si Alfred, sejak pertemuan pertama mereka ketika di kolej. Ditambah lagi bapa si Alfred memang kebetulan ada niat mahu menjodohkan si Alfred dengan dia, betapa bahagianya hati dia selepas mengetahui tentang khabar gembira tu. Walaupun dia tidak tahu, selama ni, iaitu dari dulu sampailah ke masa ini si Alfred langsung tiada perasaan apa-apa terhadap dia. Supaya kelihatan anak yang berbakti dan menuruti kemahuan sang bapa, si Alfred terpaksa berlakon pura-pura cinta dan menaruh perhatian penuh terhadap si Evelyn. Padahal kenyataannya sangatlah bertolak belakang.

"Kau bilang tadi mahu keluar?"

"Tidak jadi."

Si Alfred leraikan pelukan. Dia memusing badan si Evelyn untuk berhadapan dengan dia.

"Tolong jaga baik-baik ni kandungan..."

Rayu dia sambil mengelus perut si Evelyn.

"Jangan terlampau buat kerja-kerja berat."

"Aku tahu Fred. Ni masuk kali kesepuluh sudah kau kasi ingat aku."

Tanpa bercakap apa-apa lagi, dia peluk erat badan si Evelyn sambil berhati-hati supaya tidak terlalu memberi penekanan pada bahagian perut isteri dia tu. Ketika dia merasa wajah dia sudah terbebas dari pandangan si Evelyn, dia mula menunjukkan seringai jahat.

'Jangankan diri kau Evelyn. Anak dalam perut kau tu pun aku tidak sudi dia lahir. Cuma si Melissa satu-satunya perempuan yang berhak terima benih dari aku. Bukan kau!'

Kemarahan dia sebab tidak dapat menerima kenyataan yang dia sudah menjadi suami sah si Evelyn, membuat tangan dia mengepal tanpa dia sedar. Semua disebabkan si Wilfred, bapa dia yang merayu dengan sangat supaya berkahwin dengan si Evelyn. Dalam pelukan yang belum terlerai tu, muncul kembali ingatan di masa lalu. Cuaca agak gelap, ditambah lagi hujan lebat yang tidak juga berhenti dari tadi. Sepasang kekasih tengah bertengkar serius di sebuah bus stop kecil tepi jalan. Si lelaki tidak banyak bercakap, hanya menunjukkan muka geram mendengar leteran si perempuan yang tidak habis-habis mencurah keluar dari mulut seperti curahan hujan lebat yang sedang turun. Sekali-kali kedengaran bunyi guruh, tetapi sama sekali tidak dapat menapis kata-kata jelas yang keluar dari si perempuan.

"Kau ni lelaki macam apa Alfred? Tidak bolehkah sekali saja kau tegas sama pilihan hidup kau sendiri? Seolah-olah kau lebih memilih tu perempuan perasan bagus tu daripada aku!"

DARAH DAGING PONTIANAKDonde viven las historias. Descúbrelo ahora