BAB 10

18 5 0
                                    

Si uncle Edin mulai membaik, sambil duduk dengan dirangkul bahu oleh si Cathy. Dia masih belum bersedia memandang wajah si Evelyn yang kini sudah tidak lagi bernyawa, bahkan untuk membayangkan pun dia tidak sanggup.

"Aku memang suami yang tiada guna."

Kata si Alfred menyesali diri, yang duduk sedikit jauh dari mereka.

"Penyesalan kau sudah terlambat lelaki gampang!"

Gertak si Cathy yang tetap tidak mahu memandang si Alfred. Beribu-ribu rupa pisau muncul dalam bayangan dia, yang siap untuk ditikam pada badan si Alfred.

"Untuk menebus kesalahan aku sama si Evelyn, biar semua kos pengurusan jenazah sama pengebumian dia, aku yang tanggung."

"Tidak perlu! Kau tidak payahlah buang duit kau satu sen pun untuk dia. Biar aku, bapa dia, yang tanggung semua. Macam yang sudah aku cakap sama kau tadi, kau tiada hubungan apa-apa lagi sama si Evelyn, start dari dia masih bernafas tadi!"

Kata si uncle Edin dengan tegas tanpa memandang si Alfred. Dia sebetulnya sudah tidak mahu berurusan atau bercakap apa-apa dengan lelaki tu. Tapi memandangkan dia mendengar ucapan demikian dari mulut lelaki tu, maka dia merasa perlu untuk membantah. Si uncle Edin memang sudah bersedia melakukan apapun untuk si Evelyn seandainya terjadi sesuatu yang buruk ke atas diri anak angkat dia tu. Dia bertekad akan merawat dan membesarkan bayi si Evelyn yang selamat dilahirkan secara tidak normal tu. Tapi... Ketika sedang mempertimbangkan perkara tu, mata dia mengarah pada wajah si Matilda yang duduk di samping si Alfred. Si Matilda terpaku kehairanan dirinya tiba-tiba dipandang, seolah-olah orang tua tu akan mengeluarkan kata-kata cacian kepada dia.

"Matilda... Mari sini..."

Dengan perasaan was-was, si Matilda beralih tempat duduk setelah diberi ruang oleh si Cathy.

"Tolong rawat anak si Evelyn. Aku percaya sama kau."

Tanpa berkata apa-apa, si Matilda hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Buat dia macam anak kau sendiri. Kasi nama dia si Jessy. Sebab itulah nama yang dipilih oleh si Evelyn sendiri."

"Ya uncle. Aku mahu."

Sekali lagi si Matilda mengangguk setuju.

"Terima kasih."

Ucap si uncle Edin sambil memandang sekilas si Alfred yang tertunduk lemas, seakan-akan tidak mendengar perbualan mereka. Ketika si Alfred dan si Matilda sudah pulang ke rumah, si uncle Edin dan si Cathy tetap berada di hospital. Kini mereka berada di ruangan tempat jasad si Evelyn dibaringkan sementara waktu sebelum dipulangkan ke rumah. Mereka berdua terus memandang ke arah jasad yang tertutup kain putih, dengan suasana berkabung.

"Evelyn..."

Ruangan tu agak gelap. Sebaik saja si uncle Edin menyebut nama si 'Evelyn', dengan tiba-tiba tangan si Evelyn muncul dari dalam kain putih dan rebah ke samping seolah-olah ditarik. Mereka tersentak dan saling memandang.

"Uncle. Kenapa tu?"

Tanya si Cathy yang mulai panik.

"Tiada apa-apa. Jangan takut."

Si uncle Edin berusaha menyurutkan kepanikan, atau mungkin juga ketakutan si Cathy.

"Syukurlah, baby kau tetap selamat Evi..."

Ucap si Cathy dengan mata berkaca-kaca. Bercakap tentang bayi, dia mengelus perut dia yang masih kempis. Usia kandungan dia masa ni baru sebulan lebih. Dia terfikirkan si Baxter, beserta raut wajah tampan si lelaki kacukan tu.

'Baxter... Padahal aku berharap betul selama proses aku mengandung baby kita sampai di masa aku kasi lahir dia nanti, kau tetap ada sama-sama aku. Aku berniat mahu pulang cepat pigi Netherland. Tapi... Selepas aku tahu yang kau mahu kasi cerai aku supaya kau dapat berkahwin sama si Chintya, aku bertekad tidak mahu lagi pulang di sana sampai bila-bila. Biarlah aku rawat kandungan aku ni seorang diri tanpa dampingan dari kau. Harap kau berbahagialah sama si Chintya di sana. Kalau seandainya kau cari aku di sini nanti, kau akan berjumpa aku dengan diri aku yang sudah tidak sama dengan diri aku yang sekarang ni. Sebab memang itulah tujuan sebenar aku balik sini, mahu ubah diri aku.'

DARAH DAGING PONTIANAKWhere stories live. Discover now