BAB 21

12 3 0
                                    

Tengah hari yang panas. Dalam bilik pejabat, si uncle Edin tiba-tiba merasa sakit kepala. Itu kedua kalinya dia dilanda sakit kepala selama bekerja di syarikat mendiang abangnya, iaitu bapa si Evelyn dan si Cathy. Dia meminta si Cathy untuk menyelesaikan tugas-tugasnya yang tinggal separuh sebelum akhirnya dia pulang ke rumah untuk berehat. Dengan santai dia duduk di kerusi malas luar rumah, sambil menikmati tiupan angin perlahan yang mengeringkan peluh-peluh di badannya. Ketika merasa sakit kepalanya mulai sedikit berkurang, dia mendengar suara seseorang di depan pintu gerbang pagar halaman rumah.

"Uncle... Uncle Edin..."

Seorang perempuan yang memakai spek mata hitam dan topi cowboy berwarna hitam berdiri di situ, menunggu sang penghuni rumah membukakan pintu gerbang untuknya. Si uncle Edin mengamati terus perempuan yang tidak dikenalinya itu dengan kening berkerut sebelum akhirnya dia melangkah untuk membukakan pintu gerbang.

"Kita cari saya?"

Si uncle Edin bertanya dengan menerbitkan seulas senyum ramah. Perempuan tu terdiam dengan ekspresi serius sambil menatap orang tua tu dari atas hingga bawah, kemudian akhirnya bersuara.

"Ya..."

"Ada perlu apa?"

Tanya si uncle Edin yang ingin kepastian.

"Aku mahu berubat sama uncle. Uncle free kan?"

Si uncle Edin sudah menjangkakan yang perempuan tu datang dengan tujuan untuk mendapatkan perkhidmatannya. Dia mempersilakan perempuan tu masuk dan duduk di sofa ruang tamu sementara dia pergi ke dapur untuk mengambil minuman. Dia datang semula ke situ dengan membawa satu talam yang diletakkan sebotol jus buah-buahan yang mahal dan berkhasiat beserta dua cawan kaca sebelum akhirnya dia letakkan atas meja ruang tamu.

"Kita ada masalah apa? Oh, maksud saya. Kita mahu berubat apa? Sakit kita apa?"

Perempuan tu terdiam seketika seolah-olah tidak tahu hendak menjawab apa. Namun akhirnya dia tetap bersuara memberikan jawapan.

"Sakit aku ni tidaklah terlampau serius sangat uncle."

Sebaik saja memberikan jawapan yang dia rasa sesuai, tiba-tiba dia memegang kepalanya dan menunjukkan reaksi seperti sedang kesakitan. Si uncle Edin kehairanan dan sedikit panik.

"Kita kenapa? Kita okeykah ni?"

"Entahlah uncle. Tiba-tiba aku rasa sakit kepala. Tadi okey sudah, tapi sekarang datang balik pula. Aduh..."

Perempuan tu mengeluh kesakitan. Si uncle Edin baru teringat bahawa lebih kurang dua minggu yang lalu dia ada membeli sebotol pil ubat sakit kepala di sebuah kedai farmasi. Tadi sebelum berehat di luar rumah sewaktu dilanda sakit kepala hebat, dia sempat memakan sebiji pil tu dan hasilnya kini sakit kepalanya sudah hilang.

"Kita tunggu di sinilah, saya pigi ambil dulu ubat sakit kepala."

Perempuan tu hanya mengangguk sementara si uncle Edin mulai melangkah ke bilik tidurnya.

"Mana pula ni? Tadi aku letak di sini."

Si uncle Edin tercari-cari botol pil sakit kepala atas meja bilik yang sudah tidak kelihatan di situ selain botol-botol ubat lain. Perempuan tu dengan penuh teliti melirik ke sana-sini hanya untuk memastikan tiada yang memperhatikannya. Ketika merasa keadaan betul-betul aman, dia mengeluarkan satu botol kecil berwarna hitam seukuran ibu jari dari handbagnya, sebelum akhirnya cairan dari botol tu dia tumpahkan beberapa titis ke dalam cawan si uncle Edin yang sudah dia tuangkan air jus. Dia membancuh dengan jarinya sebelum dia masukkan semula botol tu ke dalam handbagnya. Wajahnya mulai menunjukkan seringai jahat.

'Cairan ni sudah aku campur sama ramuan dari mawar hitam. Sebaik saja seorang pengamal ilmu hitam meminum ni cairan, beberapa jam kemudian dia akan merasa badan dia lemas, dan akhirnya jadilah dia orang yang paling malang sebab sudah kehilangan seluruh kekuatan dia. Bila aku selesai kasi habis kau orang tua bodoh, senang sikit aku urus anak angkat kau, si Evelyn, si pontianak yang bangkit dari mati suri. Aku, Clara, tiada yang tidak dapat aku buat. Ini semua demi dendam aunty aku sama kau!'

DARAH DAGING PONTIANAKWhere stories live. Discover now