BAB 3

26 4 0
                                    

Di pagi hari, dalam kawasan sebuah rumah mewah, si bapa dan si anak tengah berada di garage kereta. Si anak yang tengah duduk sedang berbual dengan si bapa yang tengah menampalkan sticker pada kaca jendela kereta bahagian depan. Dari tadi waktu perbualan dimula, sama sekali tiada aura keceriaan di wajah si bapa selepas si anak membuka topik cerita yang membuat telinga si bapa panas untuk mendengar. Dia cukup bosan berbahas soal si Evelyn yang seakan-akan tiada titik penyelesaian, apalagi seringkali cakapnya dibantah oleh si anak.

"Pak, kau memang hebat buat anak kau ni ikut 100% cakap kau. Sekarang aku sudah jadi laki sah si Evelyn. Kau puas kan pak?"

Si Wilfred geleng-geleng kepala sambil menampalkan sekeping sticker yang terakhir. Sedikit pun tiada minat dia mahu menatap muka anak dia.

"Tapi bapa gagal buat aku jatuh cinta sama tu perempuan! Sampai mati pun hati aku tetap untuk si Melissa saja pak."

"Ya, aku tahu!"

Jawab si Wilfred dengan tenang, sama sekali tidak terpancing emosi.

"Nanti lama-lama, pandai juga timbul rasa sayang kau sama si Evelyn tu. Sabar saja."

Dengan dua-dua tangan mengepal menahan kesal, si Alfred berdiri dan mendekati bapa dia.

"Pak! Kau tahukah! Mana-mana rumah tangga tidak bertahan lama kalau salah satu cinta pasangan dia cuma bertepuk sebelah tangan! Kau faham kan maksud aku ni pak? Jadi jangan kasi salah aku kalau satu masa nanti aku kasi tinggal tu perempuan."

"Jangan jadi bodoh Alfred! Macam mana kau mahu kasi tinggal dia sedangkan sekarang ni dia mengandung? Mengandung anak kau!"

"Itu bukan masalah pak! Aku ada cara kasi tinggal dia. Kalau bukan pasal aku mabuk malam tu, jangan harap tu perempuan dapat mengandung anak aku!"

Si Wilfred mendengus, isyarat mahu menghentikan perdebatan yang dia rasa tiada gunanya.

"Bagus kau baliklah Alfred, pigi tengok si Evelyn. Mana tahu ada apa-apa sama dia di rumah."

"Dia matikah, apakah, apa aku peduli!"

Bentak si Alfred sebelum beredar pergi dengan langkah cepat. Tanpa disangka-sangka oleh si bapa dan si anak, ada yang tengah mengintip mereka di balik sebatang pokok. Suara mereka berdebat begitu keras, sehingga tak satu pun yang tidak terdengar oleh telinga orang tu. Menggunakan telefon nokia model N70, orang tu berjaya merakam video, disertai suara perbualan mereka tadi yang betul-betul jelas. Orang tu memainkan semula video yang berjaya dia rakam, dan seringai jahat terserlah di wajah dia.

'Tidak sia-sia layan drama Korea, telenovela Filipina sama sinetron Indonesia. Tinggal ikut plot saja. Ini baru sikit Evelyn. Selepas ni lebih hebat apa yang kau dapat dari aku.'

Perempuan tu bergegas meninggalkan lokasi, takut sekiranya keberadaan dia di situ ada yang nampak. Dia berjalan dengan langkah cepat sambil tertimpang-timpang. Kejadian waktu di bangku sekolah menyebabkan dia sempat cacat teruk di atas kerusi roda. Nasib baik sekarang dia dapat berjalan walaupun masih timpang. Waktu di bangku sekolah dulu, dia pernah bergaduh dengan rakan sebaya dia, si Evelyn, menyebabkan dia jatuh dari tingkat dua bangunan sekolah. Dari satulah kecacatan dia bermula. Dia menuduh si Evelyn sengaja ingin mencelakakan dia, padahal kenyataannya dia terjatuh dengan sendiri kerana gagal menyeimbangkan badan. Ditambah lagi pagar balkoni tu telah dibuka kerana akan diganti dengan pagar baru. Dia sememangnya membenci si Evelyn disebabkan banyak hal yang sekaligus membuat dia dengki dengan wanita yang sekarang ni sedang menjadi calon ibu tu. Dengan mencarter kereta, dia tiba tepat di apartment si Melissa, kawan baik dia. Dia terpaksa mencarter kereta gara-gara kereta dia rosak, dan sekarang ni sedang diperbaiki. Beberapa kali mengetuk pintu, barulah pintu terbuka dengan lebar.

DARAH DAGING PONTIANAKWhere stories live. Discover now