BAB 28

13 2 0
                                    

Si Samantha duduk santai di balkoni rumahnya tanpa menunjukkan sedikitpun reaksi takut mahupun rasa bersalah, kerana bukan sekali dia sudah melakukan pembunuhan. Sudah berkali-kali. Dia tersenyum dengan seringai jahat di wajah.

'Membunuh orang bagi aku sama macam memicit kutu.'

Dia menyedut asap terakhir rokoknya yang hampir habis sebelum dia buang ke bawah.

Selesai saja mengurus pengebumian anak mereka si Melissa, si Marley dan si Della bergegas keluar dari pintu rumah dan menuju ke kereta. Mereka dihentikan oleh si Betty dan si Chintya yang tertanya-tanya kedua orang tua tu hendak pergi ke mana.

"Uncle, aunty, mahu pigi mana? Kuburan?"

"Kami mahu pigi penjara, berjumpa sama pembunuh anak kami."

Jelas si Della yang penuh dengan aura kemarahan. Perempuan tu jelas-jelas menampakkan ekspresi geram seperti anak dinosaur karnivor yang hampir keluar dari telur, dan nantinya menjadi seekor predator pemakan daging yang bengis. Dua wanita tu sememangnya bersedih dengan kematian si Melissa sebagai sahabat baik mereka, jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka bersemangat berada di pihak kedua orang tua tu untuk menghentam si Evelyn. Dalam masa yang sama, dua perempuan tu juga masih meragukan kes pembunuhan tu, adakah pelakunya sememangnya si Evelyn atau orang lain, kerana yang mereka tahu si Evelyn masih menyanjung tinggi kata hati nurani walau sehebat apapun kemarahannya. Perempuan tu tidak mungkin membunuh. Tapi, apapun dapat terjadi jika seseorang sudah kehilangan tahap kesabaran, kerana orang penyabar dan lemah lembut bila sudah marah biasanya lebih berbahaya dari seorang pemarah. Mereka memutuskan untuk mengikuti dua orang tua tu.

Si Evelyn yang duduk di birai katil berlapis tikar nipis tersentak dengan kehadiran seorang polis perempuan yang berdiri di depan pintu jeriji besi.

"Ada yang mahu jumpa sama kau."

Tanpa menyahut apa-apa, perempuan tu hanya mengangguk lemah. Polis tu bersama seorang lagi polis perempuan memegangnya sambil membawanya ke ruangan pertemuan hanya untuk mendapati ibu dan bapa si Melissa sudah menunggunya dengan tidak sabar di situ. Dia tertunduk kerana tahu apa yang sebentar lagi akan dia terima dari dua orang tua tu.

'Plakkk!'

Si Della menampar pipi kirinya, sementara pipi kanannya ditampar oleh si Marley.

"Perempuan sial! Aku tahu anak aku banyak salah sama kau, tapi perlukah kau ambil kerja Tuhan untuk mencabut nyawa dia?"

Tengking si Della melepaskan seluruh kekesalan yang bersarang di hati. Tamparan saja tidak cukup, kini tendangan kakinya turut mendarat ke perut si Evelyn. Si Evelyn mengeluh kesakitan sambil melutut dan memegang perutnya. Dua orang polis perempuan yang menghantar si Evelyn ke situ tadi berdiri di samping pintu ruangan untuk menjaga mereka. Tidak seperti sebelum ni di mana semua polis berada di bawah pengaruh hipnosis si Clara, kini mereka semua sama sekali tidak dihipnosis. Dua polis tu bergegas menahan si Della dan si Marley yang berusaha menyerang si Evelyn dengan lebih agresif.

"Sabar uncle, aunty. Belum dipastikan dengan betul-betul sama ada dia pelaku atau bukan."

Kata salah satu dari dua polis tu sambil melirik sekilas ke arah si Evelyn yang kini terduduk sambil duduk bertinggung atas lantai. Si Della dan si Marley tidak mampu menerima kata-kata polis tu, kerana sewaktu mayat si Melissa ditemukan, jelas-jelas pisau untuk membunuh berada tepat di telapak tangan si Evelyn. Si Della yang dari tadi terisak-isak menangis semakin hebat lagi menangis.

"Tiada bekas sidik jari siapa-siapa di pisau tu, sedangkan suspek yang tertuduh langsung tidak memakai sarung tangan."

Polis tu meneruskan penjelasannya. Itu disebabkan pisau yang digunakan untuk membunuh sudah dibuang ke sungai dan diganti dengan pisau baru. Si Samantha memakai sarung tangan ketika memegang pisau baru tu supaya tidak meninggalkan bekas sidik jari. Perhatian mereka beralih ke seorang lelaki yang berdiri di pintu ruangan. Lelaki tu terus menatap tajam ke arah si Evelyn seakan-akan ingin memakan daging perempuan tu hidup-hidup. Si Evelyn menyedari keberadaan lelaki tu tapi dia buat-buat tidak tahu. Lelaki tu datang tidak lain tidak bukan hanya untuk mempamerkan kekecewaan kerana percaya pembunuh si Melissa adalah si Evelyn. Dia melangkah mendekati si Evelyn dan langsung menampar dengan keras pipi perempuan tu. Kesakitan dari tamparan si Della tadi kini ditindih dengan kesakitan tamparan lelaki yang sampai sekarang masih dia cintai. Dia menangis terisak-isak, namun si Alfred hanya menatapnya acuh tak acuh dengan aura kekesalan yang masih menyerlah.

DARAH DAGING PONTIANAKWhere stories live. Discover now