02

94 17 66
                                    



"Yujin, lap meja 13."

"Yujin, lepas ni lap tingkap pula."

"Jangan lupa basuh pinggan cawan dekat dapur sekali."

"Yujin,"

"Yujin!"

"Yujin."

Yujin melepaskan keluhan. Dia duduk di salah satu bangku di restoran itu sambil memegang perutnya yang mula mengeluarkan bunyi. Dari pagi tadi dia tidak mengalas perutnya dengan apa-apa makanan sehinggalah waktu makan tengah hari.

"Nah," Yujin memandang egg tart di hadapannya. Dia memandang gerangan yang menghulurkan makanan kepadanya.

Huening Kai atau nama panggilannya, Hyuka.

"Apa ni?"

"Makanan. Perut kau buat konsertkan? Makanlah." Ujar Hyuka masih menghulurkan egg tart kepada Yujin. Dengan teragak-agak gadis itu mengambilnya. "Mana kau dapat egg tart ni?" Soal Yujin sambil membuka plastiknya lalu menyuapkan ia ke dalam mulut.


"Curi." Ringkas sahaja jawapan Hyuka membuatkan gadis itu menjelingnya menyampah. "Thanks." Kemudian Hyuka beredar. Sedang elok Yujin menjamu seleranya, namanya dipanggil. Pantas Yujin menuju ke dapur apabila mendengar suara yang tidak asing baginya.


Kelihatan seorang lelaki sedang menyilangkan tangannya menunggu kehadiran Yujin. Dia memandang tuan pemilik restoran itu."Awak ke yang pecahkan pinggan-pinggan dekat dapur ni, Cha Yujin?" Yujin mengerutkan keningnya. Pinggan? Setahunya, dia hanya membasuh pinggan dan tiada langsung bunyi pinggan mahupun cawan terjatuh tadi.


Selepas dia membasuh pinggan, Hani salah seorang pekerja di situ pula yang masuk ke dapur manakala Yujin keluar untuk mengelap tingkap pula. Yujin menjadi bingung.


Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Baru dia ingin menidakkan jawapannya, Hani mencelah, "Saya nampak Yujin yang jatuhkan pinggan tu bos, dengan mata saya sendiri. Dah buat salah, lari pula tu." Dia tersenyum senget memandang Yujin.


Yujin terdiam. Dia kini tahu siapa gerangan yang sebenarnya menjatuhkan pinggan-pinggan di dapur. Ya, Hani.


Sudah dia agak gadis itu yang melakukan perkara buruk terhadapnya. Ada sahaja muslihat dia untuk mengenakan Yujin. Dia berbuat sedemikian agar gadis itu dipecat. Tidak pasti apa kesalahan Yujin sehingga dirinya menimbulkan rasa sifat benci terhadap gadis itu.


"Tak, bos. Sumpah bukan saya–"


"Dah berapa kali dah awak macam ni. Dan berapa kali lagi saya nak maafkan awak? Penat saya dengar alasan yang sama. Cuba berlaku jujur sahaja. Saya tak teragak-agak untuk pecat awak, tahu. Last warning, saya dengar awak buat masalah lagi– say bye bye to this restaurant." Kata tuan kepada restoran itu lalu beredar meninggalkan Yujin tanpa memberi peluang gadis itu berbicara.


Hani tersenyum senget. "Did you hear what he said? Aww, poor baby. Last warning, say bye bye." Dia mencuit pipi Yujin sebelum pergi membiarkan Yujin yang hanya kaku menahan geram.



"Fuck."

"Fuck all of you."


━━

𝐀 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 : 𝗖𝗕𝗚Where stories live. Discover now