Epilogue

54 6 23
                                    



Yujin perlahan-lahan membuka matanya. Dia menggeliat sebelum bangun dari pembaringan. Keningnya berkerut memandang sekitar bilik yang didudukinya sekarang.


Dia berada di dalam bilik tidurnya. Yujin kemudian menguap sambil melihat jam yang tergantung di dinding. Jam menunjukkan sudah hampir masuk pukul sembilan pagi. Dia termenung seketika, cuba memproses apa yang berlaku.


Apa yang berlaku? Bukankah dia kemalangan?


Adakah dia bermimpi lagi?



Yujin mencari telefonnya di bawah bantal kemudian membuka skrin telefon.


28 February 2025


Yujin menutup skrin telefonnya kemudian melepaskan keluhan. Benarlah, dia bermimpi lagi. Tetapi mimpinya seolah nyata.


Yujin meraup wajah.


"Ah kenapa kau menangis pula ni, Yujin." Dia mengesat air matanya yang tiba-tiba mengalir dengan deras. Tetapi semakin dikesat, semakin banyak yang mengalir.


Dia rindukan Beomgyu. Tetapi malang lelaki itu hanya mainan mimpinya sahaja, bukan kekasih realitinya. Dan bagaimana jikalau lelaki itu tidak wujud di dunia realiti dan hanya imaginasinya sahaja?



"Yujin! Wake up! Sarapan dah siap, sayangg!" Dia terdiam. Itu suara ibunya. Yujin tidak membuang masa, dia mengesat air matanya kemudian keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.


Dia duduk di salah satu sofa sambil menukar siaran televisyen. Cuba menghilangkan perasaan hiba dalam diri dan menerima kenyataan.


"Harini kita ada tetamu." Yujin menoleh memandang ibunya yang sedang menyediakan sarapan. "Siapa?" Ibunya hanya senyum tersimpul malu. "Adalahh~" Dahinya berkerut melihat reaksi si ibu.


Ding dong.


"Ha dah sampai dah tu. Sebelum tu sayang..." Puan Cha memegang bahu anak perempuannya. Wajah Yujin tertanya-tanya. Masih bingung dengan apa yang berlaku. Dah kenapa omma ni...


"Maafkan omma sebab dah lama rahsiakan benda ni dari kamu." Kata ibunya sambil mengelus pipi Yujin sebelum menuju ke pintu utama untuk menyambut kedatangan tetamu yang dinanti-nanti.




"Masuklah.."



Yujin berdiri kaku memandang susuk tubuh seorang lelaki yang amat dia kenali. Dia buat apa dekat sini?


Keningnya berkerut, terkejut melihat kehadiran lelaki tersebut. Rasa ingin menangis melihatnya, jadi lelaki ini benar-benar wujud. Bukan imaginasinya. Tetapi niatnya untuk menangis terbatal apabila melihat kelakuan ibunya.




Puan Cha memautkan tangannya pada lengan Beomgyu. "Omma perkenalkan ini Choi Beomgyu, boyfriend baru omma!"


The End




Aku sediakan comment segala cacian makian di sini :

terima kasih HAHAHAHA

Pada mulanya aku nak buat sad ending, dua dua character mati. Tapi ai tak sampai hati, jadi terbitlah weird ending lol.

Mahu minta maaf dari hujung kepala hingga hujung kaki kerana jalan cerita yang tak beberapa menarik dan mengarut. Serious talk, aku tak beberapa suka dengan short story ni.

Kalau ada rezeki aku tubuhkan fanfic sambungan cerita ni. KalAu LaH.

Terima kasih sudi membaca, have a great day! ai sarang you. >3<

𝐀 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 : 𝗖𝗕𝗚Where stories live. Discover now