11

38 6 1
                                    



"Oooohhh, so you something something dengan Beomgyu ehhhh~" Jia menyenggol lengan Yujin. Gadis itu menggeleng. "Nope, kitorang kawan." Jawab Yujin sambil membelek-belek snek.

Beomgyu disebelah Yujin hanya tersenyum senget. "Kawan huh..." Yujin menumbuk perut Beomgyu menggunakan sikunya. Lelaki itu mengaduh kesakitan.

"Kau tu, something something juga dengan Heeseung kan kan?" Yujin senyum senget memandang Jia. Terus Jia menekup mulut Yujin "Shhhh, jangan cakap kuat-kuat gila."

"Heeseung? Lee Heeseung? Oh so this is his girlfriend huh..." Beomgyu mencelah. Kedua pasangan itu tersenyum senget memandang Jia. Gadis itu terkumat-kamit ingin mengatakan sesuatu tetapi langsung tidak terungkap. Dia kemudian melarikan diri keluar dari kedai.

Beomgyu dan Yujin ketawa bersama. Mereka berdua memandang antara satu sama lain. Beomgyu mendekati wajah Yujin. "Friendzoned huh..." Yujin menolak dada Beomgyu.


"Berhenti dengan your 'huh'. Annoying gila." Yujin memutarkan matanya kemudian beredar pergi ke rak minuman pula. Beomgyu hanya membontoti Yujin sehingga gadis itu selesai membeli barang.

Yujin keluar dari kedai kemudian memusingkan tubuhnya menghadap Beomgyu. "Jangan dekat-dekat. Nanti orang pandang pelik pula." Beomgyu mencebik, dia lalu merampas beg plastik dari tangan Yujin, ingin membantunya membawa beg plastik tersebut.

"Ni terus balik bas kan? Kau nak pergi mana-mana lagi ke?" Soal Beomgyu. Yujin memandang sekeliling, matanya berhenti memandang sebuah kedai.

"Aku nak pergi beli air dekat seberang sana sekejap. Kau naiklah dulu, nanti orang pelik kau asyik ikut aku je." Beomgyu memutarkan matanya. "Tak habis-habis, takut sangat kantoi."

"Memanglah, kang nanti kena kejar dengan kau punya peminat, tak mahu aku–"

"Iyalah sayang, cepat pergi beli. Aku tunggu kau dalam bas." Yujin mengangguk. Beomgyu lalu meninggkalkannya bersama beg plastik yang dibelinya tadi. Gadis itu lalu melintasi jalan dan menuju ke sebuah kafe.

Dia masuk ke dalam kafe dan terus membuat pesanan. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya pesanannya siap.

Yujin berdiri di tepi jalan sambil menunggu lampu untuk hijau. Sekali-sekala dia mengerling jam tangannya. Mana tahu bas akan meninggalkannya.


Akhirnya lampu telah pun hijau, membolehkan Yujin untuk melintasi jalan raya itu. Semasa gadis itu sedang menyeberangi jalan, sebuah kereta laju meluru ke arahnya tanpa dia sedar.


Dengan hanya sekelip mata,


BAM!


Pandangan Yujin gelap.

𝐀 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 : 𝗖𝗕𝗚Where stories live. Discover now