07

41 8 2
                                    



Sob sob

Beomgyu ketawa kecil memandang Yujin yang sedang merawat wajahnya. Geli hatinya melihat wajah gadis itu menangis gara-gara dirinya.

Comel.

"Kau suka apa ha sial?" Yujin memukul dada Beomgyu sambil menarik hingusnya. Tersedu-sedan gadis itu melihat wajah Beomgyu yang dipenuhi luka.

"Janganlah menangis, sayang. You look ugly." Dia ketawa lagi.

"Muka kau, Beomgyu. Dah tak handsome lagi. Bukan sekali kau macam ni tau." Ujarnya sambil mengelap hingus menggunakan lengan bajunya. Lelaki itu tersengih. "Biarlah tak handsome, nanti tak ramai perempuan suka aku. Kau je lah suka aku nanti." Katanya sambil mengelus rambut Yujin, tapi pantas gadis itu menepis.

"Tak lawaklah gila!" Dia memukul dada Beomgyu. Lelaki itu mengaduh kesakitan sehingga terbatuk-batuk membuatkan Yujin cemas. "Beomgyu! Kau okey tak ni?" Soal Yujin sambil menggosok belakang Beomgyu.

Setelah lelaki itu berhenti memalsukan batuknya, Yujin terdengar kekehan dari mulut lelaki itu. Dia memandang Beomgyu yang sedang mentertawakannya. Dia mengetap bibirnya, geram. Air matanya mengalir lagi. Sensetif sungguh.

Beomgyu berhenti ketawa, pelik kerana tiada sebarang respon dari Yujin. Dia mengangkat kepalanya melihat gadis itu menangis lagi. Dengan gelabah dia mencapai kedua tangan gadis itu.

"Okay okay, sorry. Aku janji aku tak buat lagi." Dia memeluk Yujin berharap tangisan gadis itu berhenti.

Beomgyu tersenyum sambil tangannya membelai lembut rambut Yujin. "Baru aku tahu,"

"Yang betapa pentingnya aku dalam hidup kau, Yujin. Terima kasih sebab risaukan aku. Terima kasih jadi penyelamat aku disaat aku ditimpa masalah. Terima kasih kerana muncul dalam hidup aku."

"Aku tak tahu bagaimana aku mahu balas jasa kau, Yujin. Kau terlalu bermakna buat aku."


"I love you and I hope you know that you mean so much to me."

𝐀 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 : 𝗖𝗕𝗚Where stories live. Discover now