04

67 11 28
                                    




"Aku dapat tahu kau dapat tempat kedua. Wah, Cha Yujin..." Gadis itu hanya senyum nipis. Sekurang-kurangnya ada juga yang bangga dengan usaha dia.

"Kenapa nak berjumpa dengan aku malam-malam macam ni? Rindu ke?" Bahu Yujin disenggol. Fikirnya Yujin mahu memarahinya, tetapi gadis itu diam. Melayan perasan mungkin.

Dia mendekati Yujin lalu memeluk lututnya. Kemudian kepala dilentokkan di atas lutut, wajahnya menghadap gadis itu. Yujin yang sedar akan renungan lelaki itu terus memalingkan wajahnya memandang arah lain, segan wajahnya ditatap.

"Janganlah pandang macam tu lah gila ish." Dia menolak bahu lelaki itu. Hampir sahaja dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Senyuman Yujin masih melekat di bibirnya.

"Yujin," Gadis itu menggumam sambil memandang terus mata lelaki itu. Dapat dia lihat, lelaki di hadapannya seolah sedang membaca wajahnya. Matanya menunjukkan seperti,

Dia sedang sedih dan sayu.

Tapi mengapa?

"Macam mana kau buat macam tu?" Yujin mengerutkan keningnya, tidak memahami dengan soalan yang ditujukan. "Buat macam tu apa?"

"Berpura yang kau okay."

"Aku tak berpuralah, Beomgyu. Aku sumpah okay, serious." Yujin mengangkat tangannya tanda dia bersumpah. Beomgyu menggeleng kemudian dia mencapai tangan gadis itu lalu mencantumkan dengan tangannya.

"Yes you are, every single day. Hati aku sakit bila nampak kau macam tu." Dia senyum pahit. Dapat dia dengar keluhan keluar dari mulut lelaki itu. "Berhentilah, Yujin." Dia menatap wajah Yujin.

"Dengan aku, tak perlu berpura, Yujin. Tak ada guna, aku boleh bacanya."

"So, tell me. What's wrong, love?" Beomgyu dapat melihat mata Yujin bergetar, air matanya mula penuh di kelopak mata seolah sudah lama gadis itu menahan dirinya dari menangis.

"Too many things happened.." Dia melepaskan keluhan.

"Am I stupid? Gred B...is it that bad?" Sedaya upaya dia menahan air matanya dari jatuh bergenang. Beomgyu melihat Yujin dengan wajah yang sayu sambil menggeleng perlahan.

"Why..."

"I did my best. I swear I did my best...but why..." Yujin tidak dapat menghabiskan ayatnya yang terakhir kerana tubuhnya sudah dipeluk erat oleh Beomgyu. Terus tersedu-sedan gadis itu menangis di dalam dakapannya. Dia tidak dapat menahan lagi.

Benar kata Beomgyu, dia tidak dapat berpura-pura di hadapan lelaki itu. Tiada guna.

Beomgyu mengusap belakang tubuh Yujin perlahan. Dia juga tidak dapat menahan rasa hiba. Hatinya seolah dirobek melihat gadisnya begitu.


"Kau dah buat yang terbaik. I'm really proud of you, really really am."

"It's okay to cry. But promise me this is the last time I see you crying like this.. It breaks my heart to see you like this."


Saat itu, hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa selamatnya Yujin berada di sisi Beomgyu. Dan hanya tuhan sahaja yang tahu betapa pentingnya Yujin kepada Beomgyu.

𝐀 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 : 𝗖𝗕𝗚Where stories live. Discover now