01 | ZERO

1.5K 185 9
                                    

-Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too-

 If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penumbuk dilayang ke arah wajah seorang lelaki di hadapannya itu. Terjelopok lelaki itu jatuh menyembah bumi.

Luke membetulkan kolar bajunya. Pandangannya begitu dingin. Terus sahaja dia membawa diri melangkah pergi dari situ.

"Sampah," bisiknya perlahan.

Elok saja tadi dia duduk minum alkohol di dalam sebuah kelab malam. Tiba-tiba seorang lelaki tadi memunculkan diri dan menumbuknya.

Dirinya dituduh sebagai perosak hubungan antara lelaki itu dan teman wanita lelaki itu. Perempuan yang mana satu pun dia tidak tahu.

Pandangan orang ramai di dalam kelab malam itu hanya dihiraukan. Langkah diatur keluar dari dalam kelab malam itu.

Kunci motornya dikeluarkan dari dalam poket seluarnya. Motor berkuasa tingginya dituju.

Dia naik ke atas motorsikalnya itu. Helmet dipakai lalu enjin motor dihidupkan. Berderum kuat bunyi motor itu saat Luke memulakan pemanduannya.

Tiba sahaja di rumah, kelibat Lucas kelihatan di hadapan pintu rumah. Luke melepaskan keluhan.

"Kau pergi mana lewat malam macam ini baru balik?" soal Lucas dengan kerutan di dahi. Wajahnya begitu serius.

"Kenapa kau nak sibuk? Jaga tepi kain kau sana. Sibuk nak tahu hal aku." bidas Luke dengan kasar.

Terus sahaja dia ingin berjalan melintasi abang kembarnya itu tetapi Lucas menahan. Rahangnya dicengkam sedikit kuat. Ditepis kasar tangan lelaki itu tanda dia tidak menyukainya.

"Apa hal muka kau berlebam? Gaduh lagi?" tanya Lucas begitu serius.

"Kau memang tak ada kerja lain, ke? Memang kena menyibuk hal aku, ke?" pintas Luke laju dengan menyampah.

"Aku abang kau dan aku berhak tahu, Luke Harvey."

Tersenyum sinis Luke dibuatnya. Terasa begitu lucu pada pendengarannya. Senyuman sinisnya kian pudar.

"Tapi aku tak anggap kau abang aku. Kalau kau rasa yang kau abang aku, bolehlah rasanya hormat kehendak aku. Aku tak suka diganggu dan aku tak suka orang menyibuk hal aku." tutur Luke.

"Luke!" Suara Lucas sudah naik seoktaf. Cukup marah dengan kata-kata Luke itu.

"Lucas? Luke?" tegur Lily di hujung tangga. Wajahnya memaparkan riak sedih.

Lucas dan Luke sering saja bergaduh dan hubungan mereka semakin renggang. Itu membuatkan dia merasakan sedih.

Luke menjeling Lucas lalu terus saja dia berjalan melintasi Lucas dan Lily tanpa menoleh. Langkah diatur naik ke tingkat atas.

The Stupidos 2 | The Shadow BonesWhere stories live. Discover now