"It takes a strong heart to love,
but it takes an even stronger heart to continue to love after
it's been hurt."Kunci di tangan dimain-mainkan dan dilambung-lambungkan ke udara. Brandon melilaukan matanya memandang ke sekeliling.
Belakang tubuhnya sedang bersandar pada dinding. Sebelah tangannya lagi berada di dalam poket. Dia menarik senyuman manis apabila ada pelajar perempuan yang jalan melintasinya.
"Ingat cool lah itu." Elena memandang jejaka itu dengan wajah jengkel. Pasti Brandon sudah mula naik ulat bulu.
Brandon tidak peduli dengan sindiran gadis itu. Pantas langkah Elena dikejar. Leher Elena dipeluknya.
Terus sahaja Elena menyiku perut Brandon. Kelihatan Brandon yang memberhentikan langkahnya sambil memegang perutnya yang merasakan senak.
"Sakitlah." adunya apabila dirinya diserang secara tiba-tiba oleh gadis itu.
"Padan muka kau." Langkahnya dipercepatkan. Pintu auditorium dibuka lalu salah sebuah kerusi yang sedikit tersorok menjadi pilihannya.
Brandon menggelengkan kepalanya melihat gadis itu yang bersembunyi dari pandangan yang lain. Apatah lagi tempat duduk pilihan Elena langsung tidak terkena cahaya lampu.
Kaki menapak menuruni tangga. Kertas yang baru dikeluarkan dari dalam beg memukul-mukul perlahan telapak tangannya. Kelihatan murid dari kelas seni teater sudah pun berkumpul di hadapan pentas.
"Lambatlah, Brandon. Kering tekak aku tunggu kau." Zion, salah seorang pelajar lelaki yang kuat berseloroh mula bersuara.
"Air liur dalam mulut kau itu telan. Banyak stok lagi." pintas Brandon laju apabila dia sudah pun berdiri di atas pentas menghadap para pelajar seni teater.
Tergelak masing-masing mendengar jawapan sarkastik Brandon. Sudah biasa dengan lelaki itu yang kuat berseloroh.
Brandon tersenyum. Dia memandang seorang demi seorang wajah pelajar di hadapannya. Kepala diangguk-angguk berpuas hati.
"Kenapa kau panggil kita orang dekat sini? Kau nak belanja kita orang makan, ke?" soal Zion lagi.
"Eh diamlah kau. Aku nak bagitahulah ini. Tak menyabar langsung." potong Brandon geram. Mahu saja dia mencekik rakan sekelasnya yang banyak mulut itu.
Nafas ditarik. Kemudian, dihembus perlahan.
"Aku kumpulkan kau orang semua dekat sini sebab ada benda penting aku nak beritahu. Hari Keusahawanan nanti, pengetua minta untuk kelas teater join sekali acara itu. Disebabkan kita dari kelas teater, kita kena buat apa?" Tangan ditunjuk ke hadapan.
YOU ARE READING
The Stupidos 2 | The Shadow Bones
Teen FictionTeen Fiction ' Humor | on going Season 2 || The Stupidos Series ••• Luke Harvey - Dia seorang lelaki yang mempunyai gaya hidup bebas. Merokok, pergi ke kelab malam dan bergaduh. Semua itu sudah begitu sebati di dalam hidupnya. Ada sesuatu yang disi...