Hutang

16 0 0
                                    



Kelihatan seorang pemuda sedang melarikan diri daripada sesuatu yang mengejarnya. Keringat dingin semakin membanjiri tubuh badannya itu. Melarikan diri adalah keputusan terakhir yang berada dalam mindanya ketika itu. Setelah beberapa minit berlari serta meredah segala selok belok bangunan di bandar itu, akhirnya dia berhenti untuk melepaskan lelahnya.

Namun tanpa disedari bayang hitam sedang menghampiri dirinya ketika sedang berehat itu. Merasakan sesuatu sedang berada di belakang, pemuda itu segera melihat ke belakang. Tetapi tiada apa-apa pun yang berada dibelakang lalu dia segera memusing kepalanya kehadapan.

" Gotcha," ujar satu suara dihadapan wajahnya.

" Aahhhh!," jerit pemuda itu sehingga terdorong badannya ke belakang.

"Terkejut ke sayang? Penat tau I cari U," ujar suara itu.

" Apa lagi kau nak dari aku haa pompuan? Aku dah bayarkan hutang kau? Aku dah bagi duit tu dekat budak kau kan?," balas sang pemuda dengan suara yang tinggi.

" Aishhh," balas perempuan misteri dihadapannya lalu wajahnya berubah menjadi dingin seiring mengorek telinganya kerana merasakan mangsanya ini terlalu bising.

Melihatkan tingkah perempuan misteri itu, pemuda tersebut baru tersedar dengan kelancangan mulutnya sebentar tadi lalu segera menundukkan kepala. Menyedari mangsanya itu takut selepas perbuatannya itu, dia segera menayangkan senyuman kembali.

" Sayang janganlah marah-marah. Nanti semua orang dengar. U tak payah jerit-jerit, okay? I ada je depan U ni," ujar perempuan itu dengan suara yang lembut. Tetapi dengan suara yang lembutnya itulah dia berjaya menyihir mangsa-mangsanya selama ini.


" Sayang memanglah dah bayar hutang yang tu. Tapi kan duit tu tak sampai pon dekat I. I peliklah kenapa takde dekat I. So I cari laa U. Manalaa tau U nak bagi dekat I personal ke, kan?," tambah perempuan itu sambil mengusap rambut pemuda dihadapannya itu.


" Duit takde dekat kau? Tapi aku... a..ku dah ba..yar du..it tu de..kat budak kau ming..gu lepa..ss," ujar pemuda itu dengan suara yang bergetar.

" U dah bayar? Tapi kenapa duit tu tak  sampai dekat I? Are you sure?," balas perempuan misteri itu.

" Betul! Sumpah aku dah bayar duit tu!," ujarnya.

" Emm.. Kalau sayang dah cakap macam tu. Takpelaa. Mungkin esok sampai laa duit tu dekat I," balasnya seraya memusingkan badan kebelakang untuk beredar dari tempat itu. Melihatkan perempuan itu ingin pergi dari situ, pemuda tersebut segera melepaskan nafas lega.


"Tapi kan sayang. I baru ingat. Duit tu memang dah sampai dekat I. Tapi I dah terbuang duit tu. Macam mana ehh. It' s mean that U kena bayar balik semula laa kan?," ujar perempuan itu setelah menghentikan langkahnya. Mendengarkan percakapan perempuan itu, pemuda tersebut terkejut segera ingin melarikan diri.


Namun belum sempat dia ingin berlari, lehernya telah dicengkam kuat dari belakang serta tubuh badannya dihempas kuat ke dinding bangunan konkrit di situ.

"U nak lari mana, sayang," ujar perempuan itu. Belum sempat pemuda itu ingin bergelut, dia merasakan sesuatu cecair yang mengalir masuk ke dalam lehernya.

" Lain kali kalau nak bayar hutang tu, bayar dekat aku je tak payah bayar dekat orang lain. Arahan simple kau pegi susahkan. Emm.. kesian kau ni," balas perempuan itu


" T..akk gu..na ka.u pere..puan u..lar," ujar pemuda itu dengan suara yang lemah.

" I'm sorry sayang," balas perempuan itu sambil tersenyum sinis lalu menghadiahkan ciuman di pipi pemuda itu. Setelah itu, pemuda itu pon rebah ke jalan tar tidak sedarkan diri.

Code 1.0: Lady Of Medussa ( on going )Where stories live. Discover now